Shin mengayuh basikalnya sekuat hati sambil menitiskan airmata. Dia pergi menemui ayahnya di hospital. Ibu Shin melarang Shin pergi menemui ayahnya lagi. Sejak Yoon Su menolak cintanya, Shin menjadi tidak terurus. Dia sering duduk seorang diri dan merenung rantai yang dihadiahkannya buat Yoon Su. Dia juga sering tidak hadir ke kelas dan latihan membuat Seok Hyun memberi amaran kepadanya. Shin bengang setiap kali melihat Yoon Su bersama Seok Hyun. Tidak cukup dengan itu, jiwa Shin bertambah hancur apabila ayah yang disanjungnya telah meninggal dunia.
Shin dan keluarganya telah berpindah rumah bersebelahan dengan rumah Kyu Won. Mereka kini berjiran. Kyu Won sangat mengambil berat akan Shin. Dia tahu Shin terluka sejak kajadian itu. Dia mahu menghiburkan hati Shin namun dia tidak tahu akan keberadaan Shin. Dia mahu sering berada di sisi Shin ketika dia sedang berduka. Satu hari Kyu Won mendapat tahu Shin memunculkan dirinya membuat persembahan seperti biasa. Kyu Won bergegas pergi ke situ namun sebaik dia sampai, Shin sudah tiada di sana. Dia cuba menghubungi Shin namun gagal lalu kemudian pergi mencarinya dalam cuaca hujan lebat. Shin duduk di sebuah kaki lima sambil menangis. Yoon Su yang melalui jalan itu berhenti apabila ternampak Shin di situ. Dia mendapat tahu khabar kematian ayahnya. Dia kemudian turun menghulurkan payung dan menyuruh Shin pulang. Sewaktu ingin beredar, Shin menarik tangan Yoon Su lalu memeluknya sambil menangis di bahu Yoon Su. Yoon Su hanya membiarkan sambil cuba menenangkan Shin. Kyu Won yang sedang mencari Shin menyaksikan mereka berdua lalu menangis.
Background Song OST - Because I Miss You (Jung Yong Hwa)









No comments:
Post a Comment