SINOPSIS
Shin dan Kyu Won masing-masing menegakkan ideologi mereka mengenai muzik rock dan tradisional. Shin mencabar Kyu Won bertaruh membuat persembahan siapa yang paling mendapat sambutan. Kumpulan yang kalah akan menjadi orang suruhan selama sebulan. Kyu Won menerima cabaran itu.
Menjelang hari cabaran itu, Kyu Won gemuruh. Datuknya datang memberi semangat kepada Kyu Won. Sewaktu kumpulan Kyu Won membuat persembahan, tali gayageumnya terputus. Dan akhirnya menyebabkan mereka kalah. Kyu Won terpaksa akur menjadi orang suruhan Shin selama sebulan.
Tugas pertama yang diberi oleh Shin adalah menyuruh Kyu Won menggantikan tempatnya menghadiri kelas kerana dia diajak ibunya pergi menemui bapa kandung Shin yang tidak pernah dikenalinya. Bapanya memohon untuk berjumpa Shin sebelum dia mati kerana menghidap penyakit. Ibu Shin tidak mahu Shin mengikut jejak bapanya yang mana dulu dia juga mempunyai sebuah rock band. Ibu dan bapa Shin serta bapa Kyu Won merupakan sahabat sejak dulu.
Sementara itu, Seok Hyun mendapat tahu Yoon Su bakal menjadi guru koreografi dalam majlis ulang tahun universiti yang diarahkan olehnya. Dia pergi menemui Yoon Su di studio dan menyuruh Yoon Su menarik diri. Seok Hyun tahu Yoon Su sudah tidak boleh menari selincah dulu disebabkan kakinya yang pernah tercedera. Tapi Yoon Su enggan kerana tarian adalah segala-gala baginya.
Pemain drum The Stupid, Jun Hee jatuh hati kepada Hee Joo sejak pandangan pertama sewaktu Hee Joo masuk ke studio mereka mencari Shin. Hee Joo tidak percaya Jun Hee adalah anggota kumpulan The Stupid dan disebabkan itu dia sering memperlekehkan Jun Hee.

No comments:
Post a Comment