MISS RIPLEY - Episode 13

SINOPSIS

Hirayama telah menjelaskan kepada Yutaka perkara sebenar tentang Miri. Walaupun sukar menerima kenyataan, Yutaka terpaksa akur bahawa wanita yang dicintainya itu telah berbohong kepadanya. Setelah berfikir panjang, akhirnya dia membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Miri. Dia meminta Miri untuk kembali ke pangkal jalan dan berdepan dengan kehidupannya yang sebenar. Jika Miri mahu berubah, dia akan menerimanya kembali.

Lee Hwa mendapat tahu Miri telah memalsukan maklumat pendidikannya dan itu akan mencemarkan imej syarikat mereka. Dia mengarahkan Myung Hoon untuk menyingkirkan Miri secara senyap tanpa diketahui pihak media. Lee Hwa bertambah bengang apabila mengetahui dari Hirayama bahawa Miri adalah bekas GRO. Di satu majlis, Miri menghadirkan diri membuatkan Lee Hwa marah. Dia membawa Miri ke sebuah bilik lalu menamparnya dan kemudian mencampakkan gambar-gambar Miri sewaktu menjadi GRO dulu. Miri sungguh terkejut. Yutaka perasan Miri berada di majlis itu lalu pergi mencarinya. Yutaka mendapati Miri sedang menangis sambil memungut gambar-gambarnya. Dia kemudian bergegas keluar dari situ sambil Yutaka mengejarnya.


Background Song OST - A Space Left For You (Park Yoochun)
























































































No comments:

Post a Comment