SINOPSIS
Yutaka akhirnya sudah mengetahui hubungan Miri dengan Myung Hoon apabila dia terdengar perbualan mereka berdua. Selepas selesai makan malam, Myung Hoon mendapat berita ibunya tidak dapat diselamatkan lagi. Yutaka menghadiri majlis pengebumian itu dan terkejut melihat gambar wanita tua yang dibawanya ke hospital dan didakwa Miri adalah jirannya dulu, rupa-rupanya ibu Myung Hoon. Sewaktu beredar meninggalkan majlis, dia terserempak pula dengan Hirayama. Dia teringat Hirayama itu pernah mengejar Miri dulu.
Yutaka mula mencurigai Miri. Dia mengarahkan assistantnya menyiasat tentang Hirayama. Sementara itu, Lee Hwa mendapat maklumat ada orang yang cuba menyiasat identiti sebenarnya. Sebenarnya Lee Hwa adalah ibu Miri. Dia meninggalkan Miri kerana ingin berkahwin dengan pemuda kaya. Akan tetapi suaminya itu telah meninggal dunia dan dia berkahwin sekali lagi dengan ayah Yutaka. Lee Hwa juga telah menukar pengenalan dirinya dan tidak mahu ada yang mengetahui dia mempunyai seorang anak perempuan.
Yutaka mengambil keputusan bertemu Myung Hoon untuk bertanyakan hubungannya dengan Miri. Myung Hoon berterus terang yang dia pernah sukakan Miri. Myung Hoon telah memecat Miri membuatkan Miri berasa tidak puas hati. Dia kemudian pergi bersemuka dengan Myung Hoon. Miri terkejut kerana keputusan pemecatannya itu juga dipersetujui Yutaka. Dia bingung. Sebaik meninggalkan pejabat Myung Hoon, Manager Kim memberitahu Miri ada seorang lelaki memulangkan duitnya semula sewaktu majlis kematian ibu Myung Hoon. Miri panik apabila diberitahu sampul itu bertanda bunga ros. Dengan serta merta Miri pergi menemui Hirayama. Dia merayu kepada Hirayama agar tidak membocorkan rahsianya kepada Yutaka. Hanya Yutaka kerana dia benar-benar ikhlas mencintai Yutaka. Namun Hirayama tidak mempedulikan. Dia telah dibawa ke satu tempat dimana Yutaka sedang menunggunya.
Background Song OST - If You
No comments:
Post a Comment