Seok Hyun juga turut menyaksikan kejadian itu. Dia serta merta memberhentikan kereta dan kemudian pulang dengan perasaan hampa. Begitu juga Yoon Su. Sebaik Shin beredar, dia berasa bengang dan terus menanggalkan rantai pemberian Shin. Di kala semua orang terluka, Shin bermain gitar dibiliknya sambil tersenyum bahagia.
Keesokkan harinya, Yoon Su memanggil Shin ke biliknya dan memarahi Shin kerana bertindak di luar kawalan. Dia memberi amaran kepada Shin agar tidak menemuinya lagi dan mengekorinya. Dia menyerahkan semula rantai itu kepada Shin. Shin berasa sangat kecewa apabila Yoon Su mengatakan dia tidak menyukai Shin kerana baginya Shin belum cukup matang buatnya.
Kyu Won ternampak kopi yang dibelinya untuk Shin tidak disentuh. Dia marah dan kemudian menemui Shin di studio. Mereka bertengkar. Kyu Won kemudian mengungkit perasaan Shin terhadap Yoon Su adalah perkara mustahil dan membuatkan Shin bengang. Shin membentak dan berkata dia tidak perlukan lagi Kyu Won sebagai orang suruhannya dan menyuruh Kyu Won tidak masuk campur dalam urusannya.
Akan tetapi itu semua hanyalah sementara disebabkan faktor kemarahan. Hubungan Kyu Won dan Shin kembali baik seperti biasa. Sementara itu, Ki Young telah bersetuju menyertai persembahan teater setelah Seok Hyun berjaya membuka hatinya dengan menunjukkan satu rakaman video mereka berdua dulu.
Satu malam, Shin menunggu Yoon Su di luar studio seperti biasa. Yoon Su tidak melarang Shin mendekatinya. Namun Shin menghalang Yoon Su dan bertanya bila Yoon Su akan melihatnya sebagai seorang lelaki dewasa. Dengan pandangan tajam, Yoon Su menjawab dia tidak melihat Shin sebagai seorang lelaki yang disukainya. Shin patah hati mendengarnya. Kyu Won yang kebetulan melalui kawasan itu telah menyaksikan kejadian tersebut. Dia sangat bersimpati kepada Shin.
Seok Hyun akhirnya berterus terang kepada Yoon Su yang dia masih cintakan Yoon Su. Dia minta agar mereka boleh mulakan perhubungan yang baru. Yoon Su diam seribu kata lalu Seok Hyun datang memeluk Yoon Su sambil disaksikan Shin. Shin berlalu pergi dan pada masa yang sama Kyu Won juga terlihat Seok Hyun dan Yoon Su lalu segera mengejar Shin. Dia cuba menghiburkan hati Shin. Namun Shin malah menghalaunya dan berkata dia tidak akan merubah perasaannya terhadap Yoon Su itu kepada Kyu Won walaupun Kyu Won cuba mengambil hatinya. Dia beredar meninggalkan Kyu Won yang menangis terluka dengan kata-kata Shin.












No comments:
Post a Comment