Yoon Sung mendapat tahu orang yang melanggar Ahjussi adalah Jin Pyo. Jin Pyo menggunakan kereta dengan nombor flat sama seperti kereta milik Kim Jung Shik kerana ingin membuatkan Yoon Sung membalas dendam. Yoon Sung kemudian pergi menemui Jin Pyo lalu melepaskan kemarahannya dengan menikam tangannya sendiri di depan Jin Pyo.
Yoon Sung menyuruh Nana menjauhkan diri daripadanya kerana tidak mahu dia menerima nasib yang sama macam ahjussi. Namun Nana tetap tidak berganjak dan mengatakan dia akan sentiasa berada di sisi Yoon Sung. Young Joo menerpa ke arah Yoon Sung dan memberi amaran akan menangkapnya satu hari nanti.
Nana memberanikan diri menemui Jin Pyo dan memintanya melepaskan Yoon Sung. Jin Pyo hampir menembak Nana tetapi dia berfikir itu hanya sia-sia jika dia membunuh Nana sekarang.
Ahjussi akhirnya sedar. Dia memberitahu Yoon Sung keberadaan ibunya. Yoon Sung segera pergi menemui Kyung Hee. Sebaik tiba, Kyung Hee yang keadaan tenat tidak mahu pergi ke hospital kerana ingin menunggu anaknya datang menemuinya di situ. Kyung Hee telah mengetahui Yoon Sung adalah anaknya.
Jin Pyo dan Yoon Sung masing-masing telah mengetahui Chun Jae Man adalah target keempat. Jin Pyo mendekati Chun dengan cara berpura-pura berminat untuk menjadi pelabur dalam perusahaan Chun. Sementara Yoon Sung berjaya menyelinap masuk ke pejabat Chun dan memasang tracking device. Di dalam pejabat itu, Chun mengambil keputusan untuk menghapuskan dokumen sulit berkaitan dengan insiden 1983. Yoon Sung terdengar perbualan Chun dengan orang suruhannya untuk membunuh Young Joo kerana Young Joo kini sedang menyiasat Chun. Tanpa membuang masa Yoon Sung segera mencari Young Joo yang telah menerima panggilan palsu dari kediamannya.
Sewaktu tiba di sana, Yoon Sung mendapati Young Joo dalam keadaan tidak bermaya terperangkap di dalam keretanya sendiri yang telah dilepaskan gas karbon monoksida. Tanpa membuang masa Yoon Sung memecahkan tingkap kereta itu dan berjaya mengeluarkan Young Joo. Semasa Yoon Sung ingin beredar, Young Joo menahan kaki Yoon Sung.




















No comments:
Post a Comment