YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 1

SINOPSIS


Lee Kyu Won, seorang pelajar jurusan muzik traditional yang tinggal bersama datuknya seorang pemain muzik traditional terkenal. Di sebabkan itu, dia sangat bertegas ke atas Kyu won agar menjadi sepertinya hebat dalam alat traditional. Satu hari Kyu Won diminta lecturer memainkan alat muziknya, gayageum di depan kelas. Lecturer kemudian meminta Lee Shin memberi komen terhadap persembahan Kyu Won. Jawapan Lee Shin telah menyakitkan hati Kyu Won.

Lee Shin adalah vokalis band The Stupid. Dia dan bandnya sangat terkenal di kolej itu. Dia menyimpan perasaan terhadap guru tarian di kolejnya, Yoon Su. Setiap kali Yoon Su terseliuh kaki semasa berlatih menari, Shin akan segera datang membawa ubat. Dia selalu memerhatikan Yoon Su dan menunggunya di luar studio sehingga larut malam. Yoon Su meminta Shin untuk berhenti menjaganya dan mencari seseorang seusianya.

Satu hari Kyu Won diajak rakannya menonton konsert The Stupid. Dia terpegun melihat persembahan Lee Shin. Namun begitu, Kyu Won sering meluat setiap kali bertemunya. Shin selalu menyakitkan hati Kyu Won. Shin menyangka Kyu Won seperti gadis-gadis lain yang meminati dirinya tapi tidak dilayan Shin.

Kyu Won bersama rakan-rakannya telah menganjurkan satu majlis amal bagi mengumpul dana buat lecturer mereka yang ditahan di hospital. Kyu Won menjemput The Stupid membuat persembahan kerana dengan cara itu pasti ramai yang akan membeli tiket ke majlis tersebut. Sewaktu tiba giliran The Stupid membuat persembahan, Shin tiada kerana dia pergi menemui adiknya yang telah dimasukkan ke hospital. Kyu Won bengang dan terpaksa mengambil alih sebagai vokalis band itu kerana penonton sudah mulai bising.

Seok Hyun yang juga berada di majlis itu terpegun menyaksikan bakat Kyu Won yang sebelum itu membuat persembahan klasik dan kini tampil menyanyikan muzik moden. Seok Hyun adalah bekas kekasih Yoon Su yang baru saja kembali ke Korea.

Selesai majlis, Kyu Won langsung ke hospital menemui lecturernya untuk menyerahkan duit yang berjaya dikumpul. Malangnya, lecturer itu telah meninggal dunia. Kyu Won menangis sekuat-kuatnya sementara ditenangkan oleh Seok Hyun. Hari berikutnya, Shin datang menemui Kyu Won dan menyerahkan semula duit yang dibayar Kyu Won untuk The Stupid. Kyu Won yang sangat bengang ketika itu telah melemparkan semula wang itu ke kaki Shin. Pertengkaran bermula.




























































































































No comments:

Post a Comment