MISS RIPLEY - Episode 16

SINOPSIS

Yutaka terjun ke dalam sungai menyelamatkan Miri lalu dibawa ke hospital. Miri mengalami kecederaan di kepala dan menyebabkan dia koma. Sementara itu, Lee Hwa sudah dikeluarkan dari hospital. Pada mulanya dia enggan menjenguk keadaan Miri. Namun naluri seorang telah melunturkan egonya. Dia lah yang menjaga Miri sepanjang Miri berada dalam keadaan koma.

Hirayama datang menziarahi Miri. Dia memberitahu Miri agar segera sedar kerana dia akan melepaskan Miri dan membiarkan dia memilih jalan hidup sendiri. Doktor mengesahkan peluang Miri untuk kembali sedar adalah tipis. Akan tetapi, Miri tiba-tiba mula sedar sewaktu Lee Hwa sedang menjaganya. Setelah sedar sepenuhnya, Miri menghalau Lee Hwa dan mengatakan dia tidak akan memaafkan Lee Hwa.

Dakwaan jenayah ke atas Miri masih lagi berjalan. Miri telah menyerahkan diri kepada pihak polis. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Yutaka terpaksa merelakan Miri pergi.

Setahun kemudian, Miri telah dibebaskan dari penjara. Hubungan antara dia dan ibunya kini kembali terjalin. Lee Hwa menanti kedatangan Miri di lapangan terbang setelah merancang memulakan hidup baru di Amerika. Namun, Miri mengambil keputusan untuk terus tinggal di Korea dan memulakan hidup baru. Dia mengirim sepucuk surat buat ibunya menyatakan dia sangat menyayanginya.

Sementara itu, Yutaka menyibukkan dirinya dengan kerja untuk melupakan Miri. Walaubagaimanapun, perasaannya tetap tidak berubah. Dia masih mencintai Miri yang kini sudah bahagia dengan kehidupan baru. Miri dan Hee Joo kini menjadi sahabat karib. Lee Hwa kini gembira membuat kerja kebajikan di samping suaminya yang tercinta. Myung Hoon pula kembali menjadi doktor setelah meletak jawatan dari Hotel A.

























































































-TAMAT-







No comments:

Post a Comment