CITY HUNTER - Episode 13

SINOPSIS


Yoon Sung memecahkan pintu supermarket tersebut dan berjaya mendapatkan Nana. Jin Pyo berhenti mengeluarkan pistol lalu mengacu ke arah mereka namun melihat akan Yoon Sung, Jin Pyo segera beredar.

Young Joo semakin yakin bahawa Yoon Sung adalah City Hunter tapi dia gagal setiap kali cuba memerangkap Yoon Sung untuk membuktikan. Dia mula mengesyaki Yoon Sung adalah anak kepada Kyung Hee.

Ahjussi (Shik Joong) berusaha menjejak keberadaan Kyung Hee sehingga ke rumah kediamannya namun tidak jumpa. Kim Jung Shik telah mengarahkan orangnya untuk membunuh Shik Joong dan Nana. Sewaktu ahjussi datang ke Blue House menemui Eun Ah, dia telah dilanggar oleh orang suruhan Kim. Pada masa yang sama Yoon Sung dan Nana keluar mencari ahjussi dan telah menyaksikan sendiri kejadian itu. Ahjussi dimasukkan ke hospital dan berada di dalam keadaan kritikal. Yoon Sung sangat marah dan bertekad membongkarkan semua kegiataan Kim Jung Shik keesokan harinya.

Semasa di majlis penganugerahan kepada Young Joo, Kim hadir dan membuatkan Young Joo runsing jika City Hunter akan muncul di situ. Nana juga turut hadir kerana ingin mengucapkan tahniah kepada Young Joo. Sewaktu Young Joo berucap, rakaman video perbualannya bersama Kim Jung Shik telah terpasang di skrin besar dewan itu. Nana terkejut apabila mengetahui Young Joo adalah anak kepada musuh utamanya, Kim Jung Shik. Dan rahsia Kim sudah terbongkar di hadapan ramai pegawai.

Kim kemudian melarikan diri tetapi City Hunter sudah terlebih dahulu memerangkapnya dalam kereta. City Hunter menunjukkan semua bukti penipuan Kim dan mengugut akan menyerahkan semua itu kepada anaknya, Young Joo. Kim tidak mahu Young Joo turut musnah kerananya. Dia tiba-tiba menghentikan kereta dan keluar membawa lari bukti tersebut.

Sewaktu berada di atas jejantas, bukti itu terbang ditiup angin. Kim cuba mendapatkan tapi malangnya dia terjatuh namun sempat berpaut. Pada mulanya Yoon Sung berlalu pergi dan hanya membiarkan Kim mati terjatuh. Namun dia teringat akan kata-kata Nana yang tidak mahu City Hunter menjadi pembunuh. Dia kemudian berpaling untuk menyelamatkan Kim. Akan tetapi Kim atas sebab rasa bersalah dia telah melepaskan pautannya apabila mendengar suara Young Joo yang baru tiba di situ.



























































































































No comments:

Post a Comment