CITY HUNTER - Episode 16

SINOPSIS


Selepas terserempak Young Joo, Yoon Sung pulang ke rumah lalu serta merta pengsan akibat terhidu gas kimia. Apabila tersedar dia berfikir tentang kehidupannya yang penuh bahaya demi melunaskan dendamnya itu. Dia mengambil keputusan meminta Nana melupakannya kerana Yoon Sung merasakan masa depannya yang gelap. Walaupun perit, Nana harus memaksa dirinya untuk melupakan Yoon Sung.

Sang Gook merasakan dendam Jin Pyo sudah melampaui batas. Dia telah memberi maklumat kepada Yoon Sung tentang satu-satunya dokumen insiden 1983 yang tinggal itu ada di pejabat Jin Pyo. Yoon Sung segera pergi mencari dokumen itu. Pada masa yang sama, Young Joo mendapat maklumat bahawa Steve Lee (Jin Pyo) juga ada memiliki dokumen asal tersebut. Dia juga pergi ke rumah Jin Pyo dan mendapati Yoon Sung juga berada di sana. Jin Pyo mendapat tahu Sang Gook sudah belot terhadapnya. Dia kemudian segera pulang ke rumah. Namun, dokumen itu telah hilang dari dalam peti besi. Jin Pyo turut terkejut dan merasakan Chun Jae Man telah mengarahkan orangnya mencuri dokumen tersebut.

Yoon Sung pergi ke perpustakaan untuk mencari gambar ayahnya sewaktu menjadi ejen dahulu. Sedang mencari, Presiden Choi muncul lalu menyerahkannya album tersebut membuatkan Yoon Sung terperanjat.


Background Song OST - So Goodbye (Kim Jong Hyun)

























































































































No comments:

Post a Comment