CITY HUNTER - Episode 18

SINOPSIS

Yoon Sung dan Jin Pyo berjaya menewaskan orang-orang Chun. Akan tetapi Jin Pyo telah mengalami kecederaan di bahagian kaki. Orang kanan Chun telah mengetahui bahawa Yoon Sung adalah City Hunter. Dia cuba menghubungi Chun untuk memberitahu tentang hal itu namun talian tidak dapat disambung. Maka orang kanan Chun terlebih dahulu mengambil tindakan dengan menculik Nana. Dia mengumpan Yoon Sung datang menyelamatkan Nana yang telah ditenggelamkan di dalam sebuah akuarium besar. Pergelutan berlaku dan Yoon Sung berjaya menyelamatkan Nana. Yoon Sung juga telah memberi jawapan kepada Nana meminta Nana menunggunya sehingga misi Yoon Sung selesai. Nana akhirnya berasa tenang.

Sementara itu, ketua tempat Nana bekerja mula mengesyaki Yoon Sung. Rakan-rakan sekerjanya juga sering berbual mengenai tindakan Yoon Sung menangkis halangan Young Joo tempoh hari.

Kini Chun Jae Man telah diisytiharkan muflis. Semua perusahannya dibebani hutang yang banyak. Semua rakan perniagaannya kini menjauhkan diri daripada Chun. Chun hilang tempat meminta bantuan dan terpaksa merayu daripada Jin Pyo untuk menyelamatkan syarikatnya. Namun Jin Pyo enggan. Dia kemudian cuba meminta bantuan dari Presiden Choi juga enggan. Yoon Sung datang menemui Chun dengan menyamar sebagai seorang yang ingin membeli syarikatnya yang muflis itu. Yoon Sung memberitahu yang dia tahu HaeWon Chemical terlibat dalam pinjaman haram dan beberapa penipuan dalam kewangan yang boleh menyebabkan Chun dipenjara. Chun mula kelihatan tidak senang duduk. Yoon Sung kemudian mencadangkan agar Chun menjual semua share syarikat tersebut. Mahu tidak mahu Chun terpaksa menjualnya. Chun mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Semasa di lapangan terbang, City Hunter sudah bersedia menangkapnya dan menyerahkan dia kepada Young Joo.

Manakala Young Joo yang dimaklumkan oleh City Hunter tentang ketibaannya telah bersiap sedia dengan pasukan SWAT untuk mengepung City Hunter. Namun City Hunter terlebih dahulu merancang mengelirukan mereka dengan ketibaan beberapa orang awam yang memakai topeng seperti City Hunter. Chun yang tidak sedarkan diri berjaya diletakkan di depan pejabat polis. Sedang kekecohan berlaku, Young Joo telah mengekori kereta City Hunter dan berjaya menghalang keretanya. City Hunter keluar dari kereta dan mereka berdua berdepan sambil Young Joo mengacukan pistol ke arah City Hunter. Sepantas kilat city Hunter dapat merampas pistol itu dan mengacukannya ke arah Young Joo. Young Joo perlahan-lahan menghampiri City Hunter lalu menanggalkan topeng City Hunter. Akhirnya wajah Yoon Sung terpampang di hadapan Young Joo.














































































































No comments:

Post a Comment