Yutaka pergi ke rumah lama Miri yang telah lama terbiar. Dia mendapat maklumat bahawa ayah Miri telah lama meninggal dunia akibat kemalangan manakala identiti ibunya tidak dapat dikesan. Pada masa yang sama, Miri dan Lee Hwa minum bersama bagi membincangkan hubungan Miri dan Yutaka. Dia berterus terang dengan Miri bahawa dia tidak setuju dan meminta Miri memutuskan hubungan mereka. Miri cuba menegaskan keengganannya tetapi dia terkejut lalu panik apabila Lee Hwa memberitahu khabar yang didengarnya mengenai hubungan Miri dan Myung Hoon.
Yutaka mendapat tahu Lee Hwa telah berkata sesuatu kepada Miri sehingga membuat Miri kecewa. Dia kemudian pergi menemui ibu tirinya itu dan memberitahu dia tetap akan berkahwin dengan Miri. Dia mengatakan Lee Hwa tidak seharusnya memandang hina terhadap latar belakang Miri kerana dia juga bukan datang dari golongan berada.
Sementara itu, Myung Hoon masih menyiasat hal berkaitan Miri dan akhirnya mendapati Miri telah memalsukan maklumat pendidikannya. Dia kemudian mengarahkan semua yang berkaitan dengan Miri di Hotel A dibatalkan termasuklah video promosi yang meletakkan Miri sebagai model. Selain itu, jawatan Miri sebagai pensyarah juga telah digantikan dengan orang lain.
Oleh kerana takut gosip hubungannya dengan Myung Hoon diketahui Yutaka, Miri telah memburuk-burukkan Myung Hoon di depan Yutaka. Dia memberitahu Yutaka bahawa Myung Hoon selalu meminta dia menjadi peneman dan sering mengadu kesunyian. Yutaka sukar untuk mempercayai dan kemudian bercadang untuk bertanya sendiri kepada Myung Hoon. Myung Hoon tidak memberitahu perkara sebenar malah mengatakan dia akan meletak jawatan itupun selepas dia kembalikan semuanya ke tempat asal.
Ibu Myung Hoon menemui Miri untuk memujuk Miri kembali menerima anaknya. Miri dengan berat hati menjelaskan dia kini sudah memiliki orang lain dan mengembalikan semula cincin pemberian Myung Hoon kepada ibunya. Tapi ibunya tetap memujuk dan mengejar Miri. Yutaka yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak mereka dan kemudian Miri bergegas meninggalkan orang tua itu. Ibu Myung Hoon tiba-tiba pengsan dan Yutaka cepat-cepat membawanya ke hospital. Yutaka tidak mengetahui yang orang tua itu adalah ibu kepada Myung Hoon. Dia bertanyakan orang itu kepada Miri dan Miri menjawab dia hanyalah bekas jirannya dulu.
Yutaka masih dipenuhi seribu persoalan. Identiti Lee Hwa telah menjadi tanda tanya kerana dia mempunyai gambar bersama Miri sewaktu kecil yang disimpannya di tempat lain.












No comments:
Post a Comment