YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 4

SINOPSIS


Kyu Won meyakinkan dirinya bahawa Professor Yoon Su bukanlah wanita yang disukai Shin kerana baginya itu adalah mustahil. Namun suatu malam dia ternampak Shin dan Yoon Su berjalan bersama dari kampus dan meninggalkan seribu persoalan buatnya.

Hari pertama latihan bersama kumpulan drama menyaksikan kehadiran Kyu Won tidak disambut dengan baik. Semua senior termasuk Hee Joo merasakan dia tidak layak berada di situ. Manakala Shin bersetuju menyertai persembahan untuk majlis itu nanti. Semua rakan-rakannya hairan dengan perubahan sikap Shin dan menyangka dia berubah fikiran kerana Kyu Won. Kyu Won bertanya kepada Shin kenapa dia ingin menyertai persembahan itu. Shin menjawab dia ingin selalu menemui seseorang. Shin ingin selalu berada bersama Yoon Su.

Semasa latihan, Kyu Won telah bergaduh dengan senior lain. Semua mereka dihukum oleh Seok Hyun. Selesai itu, Seok Hyun menemui Kyu Won di luar dan cuba menghiburkan hatinya. Dari jauh Yoon Su melihat mereka bergurau senda. Tidak lama kemudian, Shin keluar dan ternampak Yoon Su sedang memandang ke arah Seok Hyun. Dia tahu Seok Hyun dan Yoon Su adalah bekas kekasih. Shin pergi menemui Seok Hyun dan memberitahu dia sukakan Yoon Su.

Kyu Won mengambil keputusan untuk menarik diri dari mengikuti persembahan. Dia memberitahu Seok Hyun bukan lakonan yang dia harapkan. Seok Hyun merasakan Kyu Won menarik diri kerana Shin. Dia menyuruh Shin memujuk Kyu Won untuk tidak menarik diri. Shin cuba mencabar Kyu Won membuatkan dia mengubah fikiran. Sejak itu, Kyu Won cuba berlatih bersungguh-sungguh dengan bantuan Yoon Su.

Shin mengambil nasihat ayahnya agar tidak melepaskan wanita yang dicintainya. Shin menghadiahkan rantai kepada Yoon Su dan membantunya memakaikan rantai itu. Dengan tiba-tiba Shin mencium Yoon Su. Kebetulan Kyu Won yang berada di dalam kereta Seok Hyun melalui jalan yang sama lalu ternampak kejadian itu.



























































































































No comments:

Post a Comment