Nana di bawa ke klinik veteriner Sae Hee. Dia akhirnya membuka mata. Fuh nasib baik tak mati. Sementara itu, Kim Jung Shik mengamuk lepas diberitahu Nana dan Shik Joong terlepas oleh City Hunter.

Sae Hee mendesak Yoon Sung membawa Nana ke hospital sebab dia kehilangan banyak darah akibat dari tembakan itu. Tapi Nana enggan.

Yoon Sung menawarkan diri untuk memberi darahnya kepada Nana. Tapi Sae Hee melarang sebab akan membahayakan dirinya yang memang kekurangan darah akibat kecederaan lalu. Yoon Sung tetap berkeras mahu darahnya digunakan yang penting Nana dapat diselamatkan.

Aww sweet scene. Mereka menatap wajah masing-masing. Yoon Sung tidak membenarkan Nana bercakap dan hanya berehat saja.

Yoon Sung masih memegang tangan Nana. Dia tanya Shik Joong jenis orang macam mana Nana dan kenapa dia tidak kenal erti takut. Shik Joong menjawab, Nana seorang yang berani dan kuat. Begitulah dia hidup selama ini. Yoon Sung menambah adakah Nana boleh hidup tanpa dia kelak? ouhh!

Yoon Sung bawa Nana pulang ke rumahnya sebab di situ sajalah tempat yang selamat buatnya. Yoon Sung melarang Nana pergi ke Blue House kerana takut akan dijejaki Kim Jung Shik. Shik Joong kemudian menghubungi bos Nana memberitahu Nana tidak dapat datang kerja.

Yoon Sung duduk di ruang tamu meneruskan siasatannya ke atas timbunan duit di rumah Kim. Shik Joong duduk untuk membaca majalah sambil menyalakan lampu. Tapi lampu itu rosak. Dia kemudian cuba membetulkan mentol dan tiba-tiba terpandang tracking device yang Jin Pyo arahkan Sang Gook memasangnya di sana. Mereka berdua hairan siapa yang telah memasang alat itu. Yoon Sung seolah dapat mengagak lalu segera menuju ke rumah Jin Pyo.

Sewaktu hendak melangkah ke pintu rumah Jin Pyo, Yoon Sung terdengar perbualan Jin Pyo dan Sang Gook mengenai Nana yang mereka tahu sanggup mengorbankan nyawanya demi Yoon Sung. Jin Pyo harus memusnahkan Nana agar dia tidak menjadi penghalang misi Yoon Sung. Tiba-tiba Yoon Sung terdengar Jin Pyo mengatakan dia yang menculik Yoon Sung dari ibunya sewaktu kecil. Yoon Sung terkejut sebab selama ini Jin Pyo mengatakan dia telah dibuang ibunya.


Yoon Sung terus menyergah masuk sambil tanya kenapa dia berbohong mengatakan ibunya membuang dia dulu. Jin Pyo menjawab dia terpaksa menculiknya sebab mahu dia membalas dendam demi ayahnya. Yoon Sung membalas dia tidak mahu kehidupan begitu. Misi Jin Pyo itu telah memusnahkan hidupnya dan dia tidak akan memaafkan Jin Pyo. Dia menambah lagi akan membalas dendam dengan sendirinya dan memberi amaran kepada Jin Pyo supaya tidak menyentuh sedikit pun orang-orang kesayangannya, Kyung Hee, Nana dan Shik Joong. Kerana dia akan mempertaruhkan nyawanya melindungi mereka.

Sekembalinya Yoon Sung di rumah dengan hati yang musnah, Nana meminta izin untuk pulang. Dia akan tinggal bersama Sae Hee dan akan kembalikan baju yang dipakainya itu kemudian. Nana sudah berjanji tidak akan muncul di depan Yoon Sung dan menasihati Yoon Sung jangan berhenti kerja dari Blue House disebabkan oleh dia.


Yoon Sung menggenggam tangan Nana meminta dia jangan pergi. Tapi Nana melepaskan genggaman itu dan terus pergi. Yoon Sung kemudian menghampiri Nana dan memeluknya dari belakang. Omo! Aku suka ini. Hehe :')


Jin Pyo duduk termenung mengimbas detik terakhir bersama Mu Yeol. Dia berjanji akan sedaya upaya membalas dendam dan akan membunuh siapa saja yang cuba menghalangnya termasuk Yoon Sung. Sementara itu, Kim Jung Shik mulai resah kerana merasakan City Hunter sudah
menjumpai bilik yang dipenuhi duit itu.


Yoon Sung bantu Nana menukar balutan lukanya. Dia sempat mengusik Nana.


Nana mendesak untuk menyertai misi mereka menangkap Kim Jung Shik. Yoon Sung terpaksa akur dan membenarkan dia turut serta.

Mereka dikejutkan dengan kehadiran rakan sepejabat termasuk bos Yoon Sung. Dia mahu memujuk Yoon Sung bekerja semula di Blue House. Yoon Sung cepat-cepat menyuruh Nana bersembunyi di tingkat atas.


Tiba-tiba Eun Ah mahu meronda-ronda melihat rumah itu. Yoon Sung cepat-cepat mengekorinya dan Nana berjaya mengelak daripada dilihat Eun Ah. Hohoho.

Jin Pyo dan Sang Gook berbincang mengenai rancangan Yoon Sung untuk merampas semua duit itu dan kemudian menyerahkannya kepada prosecutor. Sementara, Yoon Sung dan Shik Joong berbincang mengenai rancangan mereka. Nana mendengar dengan penuh kusyuk dan kemudian bertanya adakah ayahnya tahu pasal identitinya sebagai City Hunter dan kenapa dia tidak tinggal bersama ahjumma (Kyung Hee). Yoon Sung cuma diam.

Kim Jung Shik datang ke universiti di mana satu demonstasi sedang dijalankan oleh sekumpulan pelajar. Dia cuba menenangkan mereka semua dan berkata dia faham perasaan mereka. Dia akan cuba sedaya upaya untuk menolong mereka. (Konon)

By the time Kim Jung Shik pergi appointment dengan doktor giginya, Yoon Sung datang ke klinik itu menyamar menghantar bekalan implan gigi. Implan gigi itu telah diubahnya menjadi tracking device di mana akan dimasukkan ke gigi Kim. Bijak gila.

Nana menghantar sms kepada Yoon Sung minta dia mengambil beg pakaiannya di klinik Sae Hee. Tapi setibanya Yoon Sung di situ, dia ternampak orang suruhan Kim berada di sana.


Yoon Sung kemudian ambil keputusan beli saja pakaian buat Nana. Nana terkejut bila Yoon Sung membelikannya banyak pakaian.


Yoon Sung tolong mencucikan rambut Nana. Dia ketawa sebab dia tidak percaya dia boleh melakukan perkara itu. Haha.

Yoon Sung mengurut kepala Nana sambil mencuci rambutnya. Nana hairan sambil tanya apa yang Yoon Sung buat. Kemudian Nana mula bermain buih. Sweet scene must watch! Teehee.

Yoon Sung mula mendengar perbualan Kim Jung Shik. Nana juga mahu sama mendengar. Sementara itu di pejabat Kim, Kyung Hee datang menemui Kim. Kyung Hee mengambil keputusan untuk menderma sejumlah wang untuk pelajar-pelajar universiti dan menyerahkan wang itu kepada Kim. Sewaktu Kyung Hee menyebut namanya, Yoon Sung tiba-tiba speechless lalu terus keluar.

Dia pergi mencari Kyung Hee, ibunya tapi malang dia terlepas pandang. Yoon Sung pulang dengan perasaan kecewa. Dia kemudian keluar semula untuk cuba mengekori Kim.

Kim membawa isterinya shopping. Sudah pastilah guna duit Kyung Hee beri tadi. Pfft! Yoon Sung mengambil gambar Kim sedang shopping dari jauh.

Kim membuat keputusan untuk memindahkan semua wangnya ke tempat lain. Dia memasukkan semua wang itu ke dalam kotak seorang diri. Young Joo datang ke rumah ayahnya dan ternampak duit-duit itu. Kim panik.

Barulah Young Joo tahu ke mana perginya duit 200 billion itu. Young Joo memujuk ayahnya supaya menyerahkan semula duit itu kepada pihak berkenaan. Tapi ayahnya enggan dan tetap mahu meneruskan rancangannya. Dia hanya merelakan Young Joo melakukan apa yang patut dilakukannya. Sementara itu, Yoon Sung yang mendengar perbualan anak-beranak itu tersenyum tanda misinya berjaya.

Keesokan hari, Yoon Sung, Nana dan Shik Joong mengekori lori yang membawa berkotak-kotak duit tersebut. Mereka berjaya merampas lori itu.

Tapi Jin Pyo dan Sang Gook telah mengejar lori yang dipandu Yoon Sung. Shik Joong dan Nana yang berada di kereta lain, cuba menghalang jalan Jin Pyo sehingga Jin Pyo gagal mengejar Yoon Sung. Namun dia berjaya menjejak semula lori itu dan telah menahan Yoon Sung di tengah jalan.

Yoon Sung turun dari lori dan datang bersemuka dengan Jin Pyo. Jin Pyo kata dia akan mengambil semua duit itu. Tapi Yoon Sung menjawab dia akan serahkan duit itu kepada yang layak menerima. Jin Pyo memukul Yoon Sung dengan tongkatnya. Yoon Sung tidak melawan lalu Jin Pyo masuk ke dalam lori dan membawanya pergi.

Bila Sang Gook membuka belakang lori itu, kosong. Jin Pyo ketawa sebab Yoon Sung berjaya mengenakan dia. Haha ketawa marah.

Sebenarnya mereka telah memindahkan semua wang itu ke lori lain sebelum Jin Pyo berjaya mengejar mereka tadi. Yoon Sung, Nana dan Shik Joong kemudian mula mengagihkan wang itu kepada beberapa kotak untuk dipos kepada pelajar-pelajar yang layak menerima. Sementara itu, Kim mengamuk setelah mendengar wangnya telah dibawa lari.

Semua pelajar telah menerima wang yang dikirim beserta sekeping nota daripada City Hunter. Walaahhh punya cool! Huhu.

Nana dan Yoon Sung keluar membeli bahan-bahan makanan untuk dimasak sempena meraikan kejayaan mereka. Sewaktu keluar dari supermarket, tomato yang dibeli mereka terjatuh dari troli. Nana keluar memutik tomato-tomato tersebut di tengah laluan parking lot.

Tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Yoon Sung tidak dapat keluar sebab pintu tidak dapat berfungi. Manakala Nana berada di luar. Tiba-tiba Yoon Sung ternampak sebuah motor laju sedang menuju ke arah Nana.

Sebaik menghampiri, Yoon Sung terkejut apabila mendapati orang yang menunggang motor itu adalah Jin Pyo. Cuba melanggar Nana!!! NOOOO!!
Bersambung.....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment