YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 3

SINOPSIS

Kyu Won merenung Shin menyanyi sambil mengimbas saat-saat pertemuan mereka. Sementara Shin menyanyi sepenuh hatinya sambil teringat akan Yoon Su dan ayahnya. Selepas selesai persembahan, Shin pergi menemui Yoon Su untuk berkongsi kegembiraannya bertemu dengan ayah. Yoon Su tumpang gembira mendengarnya.

Seok Hyun dan professor-professor yang lain sedang sibuk menguruskan ujibakat untuk memilih persembahan pada majlis ulang tahun universiti itu nanti. Seok Hyun bercadang untuk mengambil Ki Young, bekas pelajar di situ dalam persembahannya nanti sebagai watak utama. Dia berusaha memujuk Ki Young hadir ke ujibakat namun Ki Young enggan.

Kyu Won bersetuju untuk turut serta menghadiri ujibakat nanti. Semua pelajar sedang sibuk membuat persiapan menghadiri ujibakat tersebut kecuali Shin. Dia langsung tidak minat dengan hal seperti itu malah lebih memilih untuk belajar gitar bersama ayahnya di hospital.

Sewaktu hari ujibakat berlangsung, Ki Young telah berjaya diperdaya untuk pergi ke situ. Setelah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, dia tetap bekeras tidak mahu menyanyi. Kumpulan Kyu Won kemudian dipanggil masuk untuk diujibakat. Ki Young masih berdiri di sana sambil dicabar oleh Seok Hyun. Kyu Won dan kumpulannya diminta memulakan persembahan. Kerana rasa tercabar, Ki Young menyanyi sambil diiringi alunan muzik yang dimainkan kumpulan Kyu Won. Semua panel juri terpegun dengan suara Ki Young termasuklah Kyu Won.

Keputusan telah dikeluarkan. Kyu Won dan kumpulannya berjaya dipilih. Semua peserta dikehendaki berkumpulan di dewan. The Stupid juga telah dipilih walaupun tidak mengikuti ujibakat. Shin tetap tidak berminat. Sewaktu dia ingin keluar dari dewan, Yoon Su masuk. Shin menghentikan langkahnya dan merenung ke arah Yoon Su. Kyu Won menyedari Shin sedang merenung Yoon Su. Dia seakan merasakan ada sesuatu yang ganjil dalam suasana itu.


Background song (OST) - The Day We Fall In Love


























































































































No comments:

Post a Comment