CITY HUNTER - Episode 19

SINOPSIS

Kini Young Joo sudah dapat kepastian bahawa City Hunter adalah Yoon Sung. Namun begitu, dia tidak menangkap Yoon Sung malah menyuruh Yoon Sung melarikan diri apabila pasukan polis tiba.

Chun Jae Man telah berjaya melepaskan diri dari tahanan atas bantuan seseorang di dalam pejabat itu. Chun menghubungi City Hunter untuk membuat perundingan agar tidak mencarinya lagi dengan balasan dia akan memberi dokumen rahsia itu kepada City Hunter. Namun rundingannya tidak diterima. Yoon Sung berusaha menjejaki keberadaan Chun.

Sementara itu, Yoon Sung mendapat tahu dia adalah anak kepada Presiden Choi. Dia bengang lalu pergi menemui Jin Pyo kerana telah menipunya selama ini dan menghancurkan hidupnya. Nana juga telah mengetahui tentang itu daripada Kyung Hee.

Chun mengirim dokumen rahsia itu ke rumah Young Joo. Akan tetapi dia telah berubah fikiran lalu mengarahkan orang-orangnya mengambil semula dokumen itu di rumah Young Joo. Pada masa yang sama, Sae Hee berada di rumah Young Joo. Dia terlebih dahulu membuka bungkusan itu dan memberitahu Young Joo yang berada di talian telefon. Young Joo segera pulang. Sesampai di rumah, dia mendapati Sae Hee telah diikat dan dokumen itu telah diambil. Young Joo kemudian membawa Sae Hee ke hospital. Sae Hee memberitahu yang dia ingin memberi peluang untuk memulakan semula hubungan mereka. Young Joo bersetuju dan meminta Sae Hee menunggunya pulang kerana dia harus ke satu tempat setelah menerima mesej dari City Hunter menyatakan lokasi dokumen penting itu disembunyikan.

Young Joo sampai di gudang kereta terbiar. Di situ dia telah bertemu dengan Chun dan konco-konconya. Young Joo dibelasah dengan teruk sewaktu hendak mencari dokumen tersebut. Sementara itu pada masa yang sama, Yoon Sung telah berjaya menjejaki lokasi keberadaan Chun. Dia bergegas pergi. Young Joo yang sedang teruk dibelasah tahu Yoon Sung juga berada di sana. Dia cuba menghalang konco-konco Chun ke luar menangkap Yoon Sung. Young Joo menghantar mesej kepada Yoon Sung memberitahu lokasi dokumen itu. Akhirnya Yoon Sung berjaya mendapatkan dokumen tersebut. Manakala Young Joo sudah semakin parah apabila kepalanya dipukul dengan benda keras. Yoon Sung pergi mencari Young Joo dan menemui Young Joo sedang tenat dan berlumuran darah. Sebelum menutup mata, Young Joo meminta maaf bagi pihak ayahnya kepada Yoon Sung.



Background Song OST - Suddenly (Kim Bo Kyung)












































































































No comments:

Post a Comment