Chun Jae Man telah mengetahui latar belakang Steve Lee sebenarnya adalah Jin Pyo salah seorang yang terselamat dari insiden 1983 itu. Dia cuba memastikan dengan menjemput Jin Pyo ke satu majlis dan bertemu dengan Presiden Choi. Presiden Choi sangat terkejut apabila Jin Pyo muncul di hadapannya menghulurkan tangan untuk bersalam. Sepanjang majlis, Presiden Choi kelihatan sangat tidak selesa. Jin Pyo telah mengatur satu rancangan menakutkan Presiden Choi dengan memasang pistol mengandungi cat. Namun cat itu tidak terkena dia kerana Nana pantas bertindak. Suasana gamit seketika namun kembali reda. Nana menghulurkan sapu tangan pemberian Kyung Hee apabila ternampak palitan sedikit cat di baju Presiden Choi. Presiden Choi terperanjat melihat sapu tangan itu. Dia juga ada memiliki sapu tangan yang sama lalu cuba bertanya kepada Nana siapa yang memberinya sapu tangan tersebut. Tapi Nana tidak memberitahu.
Kyung Hee bersembunyi apabila ternampak Chun Jae Man berada di hospital. Dia kemudian terimbas saat dulu di mana Chun menemuinya di hospital untuk memberitahu anak dalam kandungannya harus digugurkan. Rupa-rupanya Yoon Sung adalah anak kepada Presiden Choi. Itulah rahsia terbesar yang Chun sering jadikan ugutan terhadap Presiden Choi.
Nana kecewa setelah mengetahui Sae Hee sebenarnya bekas isteri Young Joo dan sudah lama mengetahui perkara berhubung ayah Young Joo menyebabkan kemalangan ibu bapa Nana. Sementara itu, Young Joo hampir dipindahkan ke daerah lain namun keputusan itu ditarik semula dan dia telah dipersetujui untuk meneruskan siasatan ke atas City Hunter dan Chun Jae Man.
Chun Jae Man mengarahkan orang kanannya membunuh Jin Pyo. Jin Pyo mendapat panggilan palsu menyatakan ada kebocoran gas dirumahnya. Dia langsung pulang sendiri untuk melihat keadaan. Namun itu adalah satu perangkap untuk membunuhnya. Sang Gook melaporkan keberadaan Jin Pyo kepada Yoon Sung. Setelah diberitahu Jin Pyo menerima panggilan ada kebocoran gas, dia bergegas pulang kerana dia tahu itu adalah perangkap sama seperti yang dilakukan terhadap Young Joo dulu. Yoon Sung sampai tepat pada masanya apabila melihat Jin Pyo hampir dibunuh.









No comments:
Post a Comment