Lepas Myung Hoon dan Yutaka terserempak di kedai emas, mereka kemudian ke cafe sambil bercerita mengenai pasangan masing-masing. Both punya kekasih yang sama. Aigoo!

Miri nervous kerana itu adalah hari pertama dia masuk kelas mengajar. Sebaik masuk semua pelajar terpesona dengan kecantikan Miri. Tapi kesian masa Miri mengajar di depan, pelajarnya tidak tumpukan perhatian. Haha. Last-last Miri fed up. Dia cakap dengan semua pelajarnya, dia tidak salahkan mereka sebab dulu dia pun begitu bila belajar subjek boring. Kemudian Miri koyakkan lesson plan dia dan minta diri untuk keluar. Sekali semua pelajar tepuk tangan sebab terpegun dengan cara Miri. Lol.


Bos Miri memujinya sebab dia sudah berjaya mencuri hati pelajar dengan caranya sampaikan gambarnya yang diambil sewaktu dalam kelas sudah tersebar di internet sebagai seorang pensyarah yang hebat. LOLOLOL. Miri apa lagi bukan main gembira dan terharu.


Pembantu peribadi Yutaka datang ke kolej menjemput Miri untuk dibawa ke satu tempat. Pada masa yang sama Myung Hoon juga datang ke kolej membawa bunga buat Miri. Tapi bila dia sampai, dewan kuliah sudah kosong. Dia menghubungi Miri tanya dia di mana. Miri pura-pura beritahu ada gathering dengan pelajar-pelajarnya

Bila Myung Hoon mahu beredar, dia bertemu dengan rakannya dan mengajak Myung Hoon ke bar. Sewaktu sedang minum, seorang pelajar Miri masuk bertemu dengan professor yang juga rakan Myung Hoon. Myung Hoon tanya kenapa dia tidak pergi ke gathering seperti yang dikatakan Miri. Budak itu menjawab, tiada pun gathering yang diadakan. And so Myung Hoon bingung. Haruslah dia tahu Miri sudah menipu dia.

Sampai di tempat itu, Miri melangkah masuk ke dalam dan nampak lilin-lilin tersusun di sepanjang laluan juga bunga-bungaan. Dan ada slide show gambar-gambarnya dimainkan di skrin besar. Kelihatan Yutaka sedang depan piano sedia mainkan lagu buat Miri.

Ouhh shweeeet!! Miri menangis terharu bila Yutaka mula nyanyi untuk dia sambil bermain piano. Aduhhh cinta mati betul dia dengan si Miri ni. Tak sanggup bayangkan Yutaka ni patah hati nanti bila semua rahsia Miri terbongkar.

Lagi sekali ouhhh!! Yutaka melamar Miri sambil menyarungkan cincin ke jarinya. Miri tanya benarkah Yutaka betul-betul mencintainya sekalipun dia wanita yang macam mana. Yutaka menjawab Miri pun tidak begitu mengenalinya macam mana jadi bolehlah mereka mengenali diri masing-masing bersama-sama kelak. Dan shit! Miri pun terima lamaran Yutaka. Miri pulang ke rumah dan terus masuk ke bilik mandi tanpa menghiraukan Hee Joo. Mesti dia rasa bersalah sebab lamaran Myung Hoon dia tolak tapi terim lamaran Yutaka.

Miri berdiri memandang luar tingkap rumah Myung Hoon sambil menangis. Dia mengimbas semula saat-saat mereka bersama. Macam berat hatinya melepaskan Myung Hoon. Part ni kesian juga tengok Miri ni. Myung Hoon pula kecewa sebab Miri sanggup menipu dia.

Ini lagi seorang sungguh kesian. Yutaka terserempak Hee Joo dan ingin memberitahu dia sudah melamar Miri tapi tidak sempat sebab Chul Jin tiba-tiba mencelah dan terus bawa Hee Joo ke cafe. Sebab dia sendiri yang mahu beritahu Hee Joo tentang lamaran Yutaka. Chul Jin menasihati Hee Joo supaya melupakan Yutaka. Hee Joo mula buat-buat gembira macam tiada apa yang berlaku tapi hakikatnya hati dia berkecai. *Cry

Yutaka membuat lawatan ke Hotel A. Myung Hoon membawanya melawat setiap jabatan. Bila mereka masuk ke jabatan tempat Miri kerja, Miri terus rasa panik. Yutaka bersalaman dengan Miri seperti biasa. Tapi Miri pula takut kantoi depan Myung Hoon tentang hubungan dia dan Yutaka.
Masa itulah Myung Hoon ternampak cincin dipakai Miri. Dia terkejut sebab cincin yang pernah diberinya kepada Miri tidak diterima. Jadi dia hairan siapa punya cincin itu.

Lepas beberapa kali cuba call Miri tapi tidak diangkat, Myung Hoon cuba call guna telefon pejabat. Barulah Miri angkat. Myung Hoon ajak berjumpa tapi Miri bagi alasan dia sibuk lalu meletakkan telefon. Miri berlari keluar dan menangis. Sebenarnya dia tidak tergamak pun buat begitu terhadap Myung Hoon. Tapi dia terpaksa pilih seorang saja dan pilihannya adalah Yutaka (yang lagi kaya dan berkuasa for sure) Jadi dia harus menjauhkan diri dari Myung Hoon. Myung Hoon pula kasihan masih terhegeh-hegeh Y___Y




Selesai melawat, Yutaka mempelawa Myung Hoon makan bersama. Miri pula telah dijemput oleh Yutaka untuk turut serta. Dan akhirnya terbongkar! Heartbreaking.


Tapi masing-masing tidak bersuara. Cuma melemparkan pandangan. Miri tentulah rasa takut-takut. Sampaikan dia tertumpah wine ke baju Yutaka. Yutaka minta diri ke tandas.


Jadi tinggal Miri dan Myung Hoon berdua. Myung Hoon tanya berapa lama sudah perkara ini berlaku. Miri menjawab sebaik dia tiba di Korea dia sudah kenal Yutaka dan baru mula bercinta beberapa hari lepas. Dia tidak bermaksud untuk menipu Myung Hoon. Dia kata itulah diri dia sebenar dan minta Myung Hoon hanya menganggap dia seperti perempuan jahat. Lalu Miri memutuskan hubungannya dengan Myung Hoon. Belum habis perbicaraan mereka, Yutaka pun masuk.

Dalam kereta Miri kelihatan murung sebab rasa bersalah memperlakukan Myung Hoon begitu. Sementara Myung Hoon duduk dengan hati yang kecewa. T___T

Myung Hoon call Miri dan mereka berjumpa di luar rumah Miri. Miri meminta Myung Hoon melepaskannya. Myung Hoon tanya apa salah dia sampai Miri jadi begitu. Miri menjawab Myung Hoon tiada salah apa cuma dia saja yang telah berubah. Baginya cinta saja tidak cukup. Dia mahu lebih. Myung Hoon tanya jika Miri pernah mencintainya tapi Miri jawab tidak. (heartbreaking) Miri minta Myung Hoon anggap saja dirinya malang kerana berjumpa dengan perempuan seperti Miri.

Sementara itu, Chul Jin dan Hee Joo mendapat laporan bahawa ada seorang telah muncul dengan design bangunan yang sama seperti yang mereka gunakan. Mereka cuba buat research mengenai hal itu dan mendapati blueprint design itu tertera nama Hotel A.


Lee Hwa meminta orangnya menyelidik latar belakang Miri. Dia mahu tahu segala-galanya tentang Miri.

Sekarang Miri sudah terkenal. Dia siap diwawancara di sebuah rancangan tv. Yutaka muncul ke stesen tv untuk menemui Miri. Pertemuan mereka telah menarik perhatian sekumpulan wartawan. Yutaka membawa Miri lari. Sebuah helikopter telah menunggu mereka di bahagian rooftop bangunan itu. Yutaka membawa Miri naik menuju ke satu tempat.

Yutaka membawa Miri menziarahi kubur ibunya. Sewaktu Yutaka bercakap depan makam ibunya, Miri berselindung menutup airmatanya. Ouhh dia sedih sebab teringat ibunya juga.

Miri sekarang nampak macam dah mula bersikap jujur. Airmata pun bukan airmata palsu lagi. Dia kata dengan Yutaka setiap kali teringat ibu Yutaka dia juga teringat ibunya sendiri. Miri mula menangis lagi. Yutaka mententeramkan Miri dengan berkata jika Miri merindui ibunya, pandang Yutaka dan dia siap menjadi ibu kepadanya. Sweet gila Yutaka haih nangis aku cenggini.

Myung Hoon dan Direktor Kang menemui rakan perniagaan mereka di pejabat. Sewaktu menaiki elevator, lelaki itu terlihat video promo Hotel A yang mana Miri menjadi modelnya. Lelaki itu seperti mengenali Miri lalu mengeluarkan sekeping kad dan menunjukkan kepada Myung Hoon.

Myung Hoon terkejut apabila melihat gambar Miri pada kad itu. Gambar sewaktu Miri menjadi GRO sebuah bar di jepun dulu. Myung Hoon kembali ke pejabatnya dan mengeluarkan kad yang diberi Hirayama. Habislah Miri. Myung Hoon sudah tahu!!!
Bersambung.......
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment