Young Joo pengsan dan Yoon Sung menghubungi ambulans. Atas permintaan Yoon Sung, Nana mengambil keputusan untuk tidak masuk campur lagi dalam misi Yoon Sung menyiasat Chun Jae Man. Siasatan Yoon Sung setakat ini telah menunjukkan bahan kimia yang dikeluarkan oleh kilang milik Chun telah menyebabkan salah seorang daripada pekerjanya menghidap penyakit kronik.
Kyung Hee menyerahkan cincin pusakanya kepada Yoon Sung untuk dihadiahkan kepada Nana. Dia tahu Yoon Sung menyukai gadis itu. Namun Yoon Sung masih menyembunyikan perasaannya kerana dia tidak mahu memberi harapan kepada Nana.
Young Joo mendapat maklumat bahawa identiti Yoon Sung sebagai John Lee adalah palsu. John Lee yang sebenar sudah mati. Young Joo juga telah mendapat tahu kehidupan Yoon Sung di Triangle suatu ketika dahulu dan telah memanggil Yoon Sung dengan gelaran "Puchai". Yoon Sung terdiam.





No comments:
Post a Comment