Myung Hoon menemui Hirayama untuk menyiasat tentang latar belakang Miri. Hirayama tidak menjelaskan yang sebenarnya malah hanya memberi Myung Hoon alamat club tempat Miri bekerja di Jepun dulu supaya Myung Hoon dapat melihat dengan mata sendiri kebenarannya. Dia kemudian terbang ke Jepun dan akhirnya ternampak gambar Miri terpampang di club tersebut. Cukup membuatkan dia tahu bahawa Miri adalah bekas pelayan kelab malam.
Hee Joo menampar Miri kerana dia telah mencuri hasil rekaannya. Dia memberitahu tindakan Miri itu akan membawa kemusnahan kepada syarikat Yutaka. Dia akan beritahu Yutaka perkara sebenar jika Miri tidak tampil berterus-terang. Miri panik dan merayu agar Hee Joo menolongnya. Pada mulanya Hee Joo enggan namun dia terimbas semula saat-saat mereka di rumah anak yatim semasa kecil. Akhirnya Hee Joo mengambil keputusan untuk tidak memberitahu perkara sebenar kerana tidak mahu Yutaka terluka.
Lee Hwa tidak bersetuju dengan rancangan Yutaka mengahwini Miri. Dia menasihati Yutaka agar berhati-hati kerana gosip yang tercetus boleh mencalar imej syarikat. Dia mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan gosip Yutaka bercinta dengan seorang wanita adalah tidak benar. Yutaka berasa marah dan dia kemudian mengambil keputusan mengadakan sidang akhbar untuk memperkenalkan Miri sebagai wanita yang akan dikahwininya. Yutaka meminta Miri agar bertahan dengan cabaran selepas ini kerana semua mengenainya akan didedahkan termasuklah sejarah kehidupannya yang lepas. Miri berasa takut.
Lee Hwa mendapat maklumat daripada orang kanannya, Mr.Han berhubung dengan siasatan latar belakang Miri. Mr.Han memberitahu dia tidak dapat mengesan rekod Miri sebelum masuk ke rumah anak yatim. Lee Hwa juga diberitahu nama Miri diberi sewaktu berada di rumah anak yatim. Namun Mr.Han memberitahu Lee Hwa, dia mendengar khabar angin mengatakan Miri dan Myung Hoon pernah bercinta. Lee Hwa mengarahkan Mr.Han terus menyiasat tentang khabar angin itu. Kecurigaan Lee Hwa memaksa dia mengatur satu pertemuan dengan Miri. Dia ingin bertanyakan sesuatu kepada Miri.
OST - Glass by Hwayobi
No comments:
Post a Comment