CITY HUNTER - Episode 11

******Episode 10




Yoon Sung terkejut bila orang yang selamatkan dia itu Nana. Dia lalu membawa Nana keluar dari bangunan itu menaiki ambulans senyap-senyap.

Yoon Sung jadi bengang bila dapat tahu Nana sudah mengetahui identiti sebenarnya. Dia tanya sejak bila Nana tahu. Nana menjawab sejak Yoon Sung selamatkan dia dan dapat cam melalui mata Yoon Sung. Yoon Sung memberi amaran kepada Nana supaya tidak masuk campur dalam hal dia tapi Nana menjawab mana mungkin dia tidak masuk campur sebab dia pernah tembak Yoon Sung tapi Yoon Sung selamatkan dia dua kali. Yoon Sung membentak dengan berkata jangan masuk campur kalau dia tidak mahu mati dan meminta Nana lupakan semua tentang dirinya.

Young Joo dapat keputusan ujian DNA itu tidak sama dengan DNA City Hunter. For sure lah sebab Yoon Sung telah tukar sample darah dia kepada sample orang lain.

Jin Pyo marah sebab Yoon Sung langgar arahannya untuk tidak buat ujian darah. Tapi Yoon Sung menjelaskan dia sudah uruskan hal itu. Jin Pyo berkata walaupun begitu, Young Joo tetap akan mengesyaki Yoon Sung. Jika dia terus tinggal dengan Nana, itu hanya akan buat identitinya mudah terbongkar dan jika ia berlaku, Nana harus dibunuh.


Di rumah masing-masing, Nana tidak dapat membayangkan kesakitan Yoon Sung akibat terkena tembakannya. Manakala Yoon Sung berkata pada diri sendiri dia harus melupakan Nana untuk kebaikan Nana sendiri.

Di tempat kerja, Yoon Sung dimarahi bosnya sebab tidak hadir meeting kelmarin. Nana tolong Yoon Sung cover tapi Yoon Sung pula tidak suka. Dia terus beredar dan kemudian sms Nana untuk berjumpanya. Sekali lagi Yoon Sung memberi amaran kepada Nana agar tidak mencampuri urusannya. Nana membalas walaupun dia tahu rahsia Yoon Sung namun itu tidak mengubah tanggapannya terhadap Yoon Sung. Dia menganggap Yoon Sung sebagai penyelamatnya.


Yoon Sung mengambil keputusan meletak jawatan dari Blue House. Aigooo! Ni mesti mahu menjauhkan diri dari Nana.

Sementara itu, Young Joo mendapat maklumat bahawa Kyung Hee adalah isteri kepada salah seorang yang hilang dalam insiden 1983 dulu.

Young Joo kemudian pergi menemui Kyung Hee di hospital untuk menyoal siasat. Kyung Hee cuma dapat memberitahu suaminya adalah seorang secret service agent. Kemudian dia ternampak Jin Pyo sedang berdiri di satu penjuru dan Kyung Hee meminta izin untuk beredar.

Sebaik Kyung Hee masuk ke bilik, Jin Pyo telah menunggunya di sana. Jin Pyo meminta Kyung Hee tidak memberitahu Young Joo tentang dirinya. Kyung Hee tanya apa sebenarnya telah terjadi ke atas suaminya. Jin Pyo hanya menjawab dia telah berkorban untuk negara tapi negaranya sendiri telah membunuhnya.

Kyung Hee ingin bertemu anaknya. Jin Pyo mengatakan dia sudah mati lalu menunjukkan suratkhabar tertulis berita mengenai kapal terbang terhempas. Jin Pyo mengatakan orang yang membunuh suaminya itu juga telah membunuh anaknya. (What the..?) Dia meminta Kyung Hee mengikutnya berpindah kerana mungkin dia adalah sasaran seterusnya. Kyung Hee meraung sekuat hati kerana tujuannya hidup selama ni pun adalah kerana mahu menemui anaknya.

Jin Pyo mengarahkan Sang Gook mengemas barang-barang Kyung Hee untuk dibawa berpindah ke tempat lain. Kyung Hee pura-pura ingin meminum soda. Sewaktu Sang Gook membelikannya soda, Kyung Hee melarikan diri. Dalam masa yang sama, Yoon Sung pergi ke hospital melawat ibunya. Setelah mendapati ibunya tiada di bilik itu dia terus pergi menemui Jin pyo.

Yoon Sung tanya ke mana Jin Pyo telah membawa ibunya. Jin Pyo menggunakan ibunya sebagai umpan supaya Yoon Sung membunuh target ketiga dengan tangannya sendiri atau ibunya mati. Dia juga mengugut Yoon Sung untuk membunuh Nana dan ibunya jika dia tidak menuruti perintahnya. Shit!


Kim Jong Shik tiba di negara dan pergi menemui anaknya Young Joo untuk menasihatinya agar tidak menyesal dengan apa yang dilakukan.


Jin Pyo mengarah Sang Gook memasang tracking device di rumah Yoon Sung dan berjaya masuk ke rumah itu sewaktu Shik Joong sibuk dengan barangan dapurnya hahahaha.

3 daripada 5 target yang tinggal itu duduk berbincang di Blue House sambil Presiden Choi menunjukkan dokumen tentang insiden 1983 yang diminta Young Joo itu. Presiden Choi mencadangkan agar mereka memberitahu perkara sebenar namun Kim Jong Shik dan Chun Jae Man menentang. Kim mengatakan dia tidak mahu anaknya tahu perkara sebenar. Chun macam mengugut Presiden Choi yang dia boleh buat apa saja tapi dia mesti ingat yang Chun ada menyimpan satu rahsia Presiden Choi yang boleh menggugat kedudukannya sebagai Presiden. Hoh????

Yoon Sung mengemas barang-barang pejabatnya sebelum meninggalkan tempat itu. Dia memberi hadiah yang dibelinya untuk Nana kepada Ki Joon. Ki Joon kemudian memberi hadiah itu kepada Eun Ah. Lol. Eun Ah menunjukkan Nana hadiah beg yang diberi Ki Joon itu dan memberitahu Nana Yoon Sung sudah berhenti kerja. Nana terkejut lantas pergi menemui Yoon Sung.

Nana cuba menghalang Yoon Sung dan memujuknya supaya tidak berhenti kerja gara-gara dia. Tapi Yoon Sung tidak mengendahkan.

Nana kemudian bersetuju untuk kembali seperti dulu di mana dia hanya mengenali Yoon Sung sebagai Yoon Sung yang mula dikenalinya dulu. Dia akan menghilang dari hidup Yoon Sung. *heartbreaking (T____T)

Sedihnya tengok Yoon Sung ni. Nana kembali ke pejabatnya dan menerima sebungkus parcel berisi testimoni Bae Man Duk tentang kemalangan itu yang sebenar. Nana segera menelefon makciknya yang bekerja dengan Young Joo dan memberitahu tentang hal itu.


Nana pergi ke pejabat prosecutor dan makciknya meminta dia menunggu Young Joo di sana. Sewaktu menunggu, Nana terpandang satu nota dilekatkan di komputer Young Joo. Kata-kata dalam nota itu sama seperti kata-kata yang selalu ditulis di setiap surat yang dikirim untuknya dari Daddy Long Leg. Barulah Nana tahu bahawa Young Joo lah yang selama ini mengirimkan surat buatnya.


Nana beritahu Young Joo yang dia sudah tahu siapa Daddy Long Leg. Young Joo tunduk malu apabila Nana sudah mengetahui dialah orang yang selalu mengirim surat. Nana kemudian menunjukkan bukti Bae Man Duk kepada Young Joo. Air muka Young Joo berubah. Nana merayu agar Young Joo dapat menolongnya menyelesaikan kes itu.


Yoon Sung minta bantuan Shik Joong pergi ke rumah Jin Pyo dan meletakkan tracking device di tongkatnya supaya mereka dapat menjejaki di mana Jin pyo sembunyikan ibunya. Tapi Shik Joong takut hahahahah. Yoon Sung cuba memujuk dan menyuruh Shik Joong menghantar kod XYZ kepadanya jika dia ditimpa masalah. Hahahha.


Nana dihalau keluar dari rumah itu oleh Yoon Sung. Dia mengemas pakaiannya dan pergi menemui Sae Hee minta izin untuk bermalam di klinik itu sementara waktu.


Shik Joong membawakan Jin Pyo makanan dan pura-pura cuba memegang tongkatnya. Tapi Shik Joong tetap tidak berani memasang tracking device di tongkat itu kerana Jin pyo memerhatikannya lain macam. Hahaha memanglah Jin Pyo sudah tahu rancangan mereka.


Sementara itu, Young Joo menerima satu nota daripada City Hunter bertulis, ayahnya Kim Jung Shik adalah target seterusnya. Dia segera menemui ayahnya.

Young Joo memberitahu tentang nota itu. Tapi Kim nampak tidak gentar pun sebab dia tiada apa-apa kesalahan untuk ditangkap. Young Joo kemudian mengatakan tentang kemalangan membabitkan ibubapa Nana itu adalah kesalahannya. Barulah Kim tahu yang Young Joo rupanya tahu tentang hal itu dan sebab itulah dia menjauhkan diri darinya. Young Joo yakin yang ayahnya itu pasti akan tertangkap kerana saksi telah menghantar testimoni sebenar dan Nana pula mendesak untuk membuka semula kes itu. Setelah Young Joo beredar, Kim mengarahkan orangnya menangkap Nana dan Shik Joong. Damn! Kenapalah Young Joo bagitahu.

Shik Joong ditangkap sewaktu menziarah makan ibunya. Yoon Sung telah menerima kod mesej XYZ yang bermaksud Shik Joong di dalam kesusahan. Yoon Sung cepat-cepat menjejaki kedudukan Shik Joong lalu terus beredar.


Manakala Nana pula diculik sewaktu berjalan seorang diri. Dia sempat melawan namun telah dipengsankan dengan kloroform.

Nana terjaga dari pengsan dan mendapati tangannya diikat. Begitu juga Shik joong. Nana membangunkan Shik Joong dan mereka berpakat melepaskan diri.


Yoon Sung berjaya menyelinap masuk rumah Kim dimana Shik Joong dan Nana dibawa pergi. Semasa mencari Shik Joong, Yoon Sung sempat masuk ke bilik Kim untuk menyiasat jika ada bukti mengaitkan Kim dengan kehilangan wang 200 billion. Dia menjumpai satu papan berkunci dan cuba mencari angka password. Tapi terhenti apabila terdengar suara pengawal di luar. Dia keluar dan terserempak dengan Nana dan Shik Joong. Yoon Sung terkejut Nana juga berada di situ. Nana hanya menjelaskan ringkas lantas mereka semua keluar dari situ.

Yoon Sung menghantar Nana dan Shik Joong keluar dan dia pula masuk kembali sebab mahu meneruskan misinya mendapatkan password di bilik Kim itu. Dan akhirnya berjaya. Ternyata wang 200 billion yang disiasatnya itu ada di sebuah bilik di rumah itu. Malangnya lepas berjaya dapat bukti seorang pengawal telah menunggunya di luar dan apabila Yoon Sung keluar, dia ditembak menggunakan peluru pelali.

Nana dan Shik Joong yang masih berdiri di luar menunggu Yoon Sung ternampak Yoon Sung diheret masuk ke kereta dan di bawa pergi. Mereka pun terus mengekori.

Nana mengekori dan memerhatikan mereka secara sembunyi. Kelihatan Yoon Sung yang terhuyung hayang gara-gara kesan ubat pelali yang belum hilang sedang cuba melawan mereka. Nana tidak sanggup lagi melihat saja Yoon Sung dibelasah. Sewaktu Yoon Sung hampir dipukul dengan kerusi besi, Nana menyerbu masuk dan membelasah mereka semua. Punya main cool kau Nana! Daebak!

Malangnya salah seorang telah mengambil pistol dan mengacukan ke arah Yoon Sung. Nana ternampak lalu berlari ke arah Yoon Sung dan Nana tertembak! *Criessssss Yoon Sung terus bangun membelasah lelaki yang menembak itu dengan sekuat hati.

Dia kemudian kembali mendapatkan Nana lalu bertanya kenapa Nana biar dirinya ditembak. Nana hanya menjawab dia gembira kerana bukan Yoon Sung yang terkena tembakan lalu matanya terpejam. Yoon Sung menjerit memanggil nama Nana.





Bersambung.......










No comments:

Post a Comment