Nampaknya drama ini lebih kurang cerita dalam cerita. Pembukaan dimulai dengan penceritaan oleh dua watak hero tentang seorang wanita yang dicintai mereka. Sepertinya keseluruhan drama ini adalah flashback bagaimana perkenalan mereka berdua dengan wanita ini.

Jang Miri bekerja sebagai pelayan di sebuah bar di Jepun. Walaupun membenci kerjanya namun dia dipertanggungjawabkan melangsai hutang ayah angkatnya dengan dipaksa melacurkan diri oleh loan shark sehingga hutang itu selesai.

Di Korea, pengarah urusan Hotel A, Jang Myun Hoon bersama Direktor Kang sedang berbincang mengenai pengganti seorang yang pandai bercakap dialek Hakata kerana staff yang dulu telah berhenti kerja. Mereka terdesak untuk mencari pengganti kerana seorang VIP dari Jepun, Nakamura, bakal tiba di hotel itu tidak lama lagi. Ini akan memberi kesan buruk ke atas hotel tersebut dan akan memberi ruang kepada saingan mereka, Mondo Resort.

Berbalik kepada cerita Miri, dia membuat persiapan memasang bom buatan sendiri bagi tujuan melarikan diri setelah selasai melangsaikan semua hutangnya. Dia bertemu dengan loan shark tersebut lalu menyerahkan semua wang dan meminta dikembalikan segala dokumen dirinya termasuklah passport.


Namun, loan shark tersebut tidak senang-senang melepaskan Miri. Dia dipaksa melayan nafsu loan shark terbabit. Dalam keadaan terpaksa, bom yang dipasang Miri meletup lantas mengkucar-kacirkan keadaan. Miri merampas dokumennya dan segera lari. Loan Shark itu mengejarnya namun Miri berjaya melarikan diri memasuki keretaapi yang bergerak.

Di Korea, kelihatan Yutaka baru tiba di lapangan terbang. Sepanjang perjalanan, terserlah perwatakannya yang baik dan peramah menolong seorang ibu mendukung anak kecil. So sweet.

Di Hotel A, ayah mertua Myung Hoon, Presiden Lee, memperkenalkan Lee Hwa, penolong pengarah Mondo Resort kepadanya. Mereka membincangkan tentang kehadiran Nakamura dan pekerja yang bertanggungjawab melayan tetamu itu.

Sementara di keretaapi, seorang budak perempuan duduk berdekatan dan Miri terpandang rantai yang dipakai budak itu. Airmukanya berubah disebabkan terimbau kembali zaman kanak-kanaknya dulu.

Sewaktu kecil, ibu Miri telah meninggalkannya tanpa sebarang kata. Miri tidak sanggup menghadapinya sambil berlari mengejar ibunya. Setiap hari dia sabar menunggu kepulangan ibu dan hanya menatap rantai pemberian ibunya. Dalam tempoh itu juga, ayahnya telah meninggal dunia.
Miri telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Di sana dia telah berubah menjadi seorang yang ganas dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain.

Miri sering bergaduh dengan teman sekelas dan menerima hukuman atas perbuatannya itu. Betapa peritnya hidup Miri sewaktu kecil dan apabila dewasa juga masih menjalani detik hitam dalam hidupnya.

Miri menyedari dia telah sampai di Korea. Dia kelihatan tiada arah hendak dituju.

Semasa mengemas bilik yang disewa, Yutaka menerima panggilan daripada ibunya. Jadi kita tahu bahawa Yutaka ini adalah anak kepada Lee Hwa, penolong pengarah Mondo Resort itu. Yutaka ini meminta izin untuk berdikari sendiri tanpa bantuan kekayaan keluarganya. Dia menyewa sebuah bilik kecil. Kiranya Yutaka ini menyembunyikan identitinya sebagai seorang pewaris sebuah resort. Wah watak dia memang nampak seorang yang noble dalam drama ni. Tak ubah macam watak dalam Sungkyunkwan Scandal dulu.

Miri juga turut menyewa sebuah bilik bersebelahan dengan bilik Yutaka.

Yutaka yang kebetulan keluar dari biliknya, telah terlanggar Miri dan tertumpah air di baju Miri. Miri secara tak langsung berbisik dalam bahasa Jepun membuatkan Yutaka sedikit terperanjat.

Yutaka ingin menghulurkan bantuan tetapi ditolak Miri. Miri melemparkan sebuah pandangan dan membuatkan Yutaka seperti terkesima. Walah nampak macam Yutaka mula tertarik dengan Miri.

Keesokkan harinya, Miri cuba mencari pekerjaan. dia telah melakukan kerja seperti, membasuh kereta dan mencuci pinggan mangkuk disebuah restoran.

Dia juga beberapa kali menghadiri temuduga namun semuanya gagal kerana masalah dengan visanya dan juga kurang pengamalan. Sementara itu, pihak pungurusan Hotel A masih berusaha mencari seorang yang fasih berbahasa Hakata.

Dalam perjalanan balik, Miri singgah di sebuah kedai runcit. Kebetulan Yutaka juga masuk di kedai yang sama dan terlihat Miri berdiri di kaunter. Yutaka menyapanya namun Miri langsung tidak melayan. Yutaka mengejar Miri dan berjalan pulang bersama. Dalam perjalanan, Miri hanya berdiam sementara Yutaka ramah berbicara.

Myung Hoon bercadang menemui isterinya, Lee Gwi Yeon seorang pemain piano terkenal. Malangnya ketika melangkah masuk ke bilik itu, dia melihat isterinya sedang berasmara dengan lelaki lain.

Perkahwinan mereka memang retak menanti belah. Mereka sudah lama tinggal berasingan. Cuma Myung Hoon masih belum menceraikan isterinya. Selepas kejadian itu, isterinya berkeras minta cerai lalu membuatkan fikiran Myung Hoon terganggu.

Miri menghadiri satu temuduga. Tetapi semasa ditemuduga itu dia langsung tidak dipedulikan. Selepas dua orang calon lain keluar, dia ditahan oleh penemuduga itu dan memberitahu Miri bahawa dia tidak akan dipilih kerana masalah visa sementaranya juga latar belakang dirinya. Kemudian, penemuduga itu bertindak cuba mengambil kesempatan ke atas Miri.

Miri cuba melawan penemuduga itu. Beberapa orang staff lain masuk dan menghalang Miri. Dia telah dituduh cuba menggoda bos syarikat itu untuk mendapat pekerjaan. Miri merasa terhina.

Pada masa yang sama, muncul seorang lagi watak iaitu, Moon Hee Joo. Dia terlambat menghadiri temuduga di Hotel A bagi jawatan arkitek. Akan tetapi sempat menyelamatkan seorang nenek melintas jalan. Hee Joo merupakan anak kepada arkitek yang telah terlibat dalam pembinaan Hotel A tersebut. Dan dia memohon kerja di situ adalah kerana ingin meneruskan projek ayahnya.

Semasa temuduga, dia diminta menunjukkan blueprint tetapi blueprint tersebut telah terjatuh sewaktu menolong nenek melintas jalan. Dia kemudian tidak sengaja bercakap dalam bahasa Hakata. Hee Joo tidak habis-habis menyalahkan dirinya yang cuai sambil gelagatnya diperhati oleh Yukata yang kebetulan berada di situ atas tujuan ingin memohon pertukaran warganegara tapi telah tersalah tempat.

Semasa temuduga, dia diminta menunjukkan blueprint tetapi blueprint tersebut telah terjatuh sewaktu menolong nenek melintas jalan. Dia kemudian tidak sengaja bercakap dalam bahasa Hakata. Hee Joo tidak habis-habis menyalahkan dirinya yang cuai sambil gelagatnya diperhati oleh Yukata yang kebetulan berada di situ atas tujuan ingin memohon pertukaran warganegara tapi telah tersalah tempat.
Myung Hoon dan Miri keluar dari bangunan secara serentak. Myung Hoon telah terlanggar Miri yang sedang melintas jalan. Myung Hoon segera keluar dan membantu Miri. Miri bengang sambil bercakap dalam bahasa Hakata membuatkan Myung Hoon terkedu sebentar.

Oleh kerana syarikat mereka terdesak mencari seorang yang fasih berbahasa Hakata, Myung Hoon kemudian segera mengejar Miri sehingga ke stesen subway. Dia membawa Miri ke pejabatnya dan menawarkan pekerjaan itu. Namun Miri tidak mahu apabila menyangka statusnya hanyalah sementara. Dia menjelaskan bahawa dia terdesak untuk mencari pekerjaan tetap bagi mendapatkan visa membolehkan dia bermastautin di Korea.

Miri memandang air muka Myung Hoon seakan mengetahui dia tidak dapat membantu. Miri berkata dia tahu tiada siapa yang boleh memberinya jaminan walaupun dia adalah lulusan Tokyo University. Miri kemudian meminta diri. Tiba-tiba Myung Hoon menahan sambil bertanya, benarkah dia lulusan Tokyo University?
Bersambung....
Bersambung....
miss ripley..lee da hae..yeah..
ReplyDelete