Cerita bermula pada tahun 1983, bertempat di sebuah Martyr's Mausoleum di Burma menantikan kehadiran Presiden Korea Selatan bersama menteri kabinetnya. Sebaik sampai bom tiba-tiba meletup dan memusnahkan tempat tersebut.
Semua telah terkorban kecuali dua orang sahabat iaitu Lee Jin Pyo dan Park Mu Yeol yang merupakan ejen pelindung ketika kejadian.
Lima menteri kabinet mengadakan perbincangan dan telah mengetahui Korea Utara adalah dalang disebalik semua pengeboman itu. Salah seorang daripada mereka, Choi Eung Chantelah memutuskan untuk menyerang Korea Utara sebagai pembalasan. Walaubagaimanapun, mereka harus merahsiakan tentang serangan itu.
Choi Eung Chan telah melantik dua orang ejennya yang masih tinggal iaitu Lee Jin Pyo dan Park Mu Yeol sebagai ketua gerakan rahsia tersebut. Jin Pyo berkata kepada Mu Yeol, dia boleh melakukan misi rahsia itu seorang diri tanpa Mu Yeol kerana dia baru menjadi seorang ayah dan harus menjaga isteri dan anaknya yang baru lahir.
Mereka berdua singgah di hospital. Mu Yeol menyatakan kepada isterinya, Kyung Hee, dia akan pergi semula dan meminta dia agar menunggunya pulang untuk memberikan nama kepada anak lelaki yang baru lahir itu. Jin Pyo terkejut mendengar keputusan Mu Yeol yang berdegil untuk tetap menyertai misi serangan itu.
Mereka berdua mencari dan mengumpul beberapa orang bagi menggerakkan misi tersebut. Choi Eung Chan sempat datang ke kem memberi kata semangat dan berjanji akan membawa kesemua mereka pulang dengan selamat.
Dengan bantuan penyamaran menggunakan uniform tentera Korea Utara, mereka berjaya menyelinap masuk ke Pyongyang dan berjaya membunuh target mereka namun Mu Yeol telah tercedera di kaki. Misi selesai dengan jayanya dan kemudian menunggu untuk dijemput pasukan submarine.
Pada waktu yang sama, di Seoul, mereka tiba-tiba dimaklumkan bahawa kerajaan tetap dengan pendirian tidak akan melakukan serangan balas ke atas Burma. Atas faktor hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat, menteri-menteri itu meminta agar Choi Eung Chan membatalkan misi gerakan rahsia tersebut. Namun Choi Eung Chan menentang kerana ia membabitkan 21 nyawa orang yang dihantarnya dalam misi itu. Dia menentang sekerasnya dan menganggap mereka berempat hanya mementingkan kuasa.
Namun begitu, Choi Eung Chan tiada cara lain lagi selain memikirkan keselamatan rakyat dan terpaksa mengorbankan 21 nyawa itu.
Kelihatan kapal submarine telah sampai menjemput mereka. Tiba-tiab orang pertama yang menaiki kapal tersebut telah ditembak. Seterusnya seorang demi seorang ditembak. Jin Pyo yang sedang membantu Mu Yeol yang tercedera terkejut melihat kejadian itu. Mu Yeol ternampak senapang diacukan ke arah Jin Pyo. Dengan pantas Mu Yeol menghadang Jin Pyo dan menariknya masuk ke dalam air. Tembakan telah menembusi badan Mu Yeol.
Kapal itu beredar. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mu Yeol mengamanahkan keluarganya kepada Jin Pyo untuk dijaga. Jin Pyo tidak dapat menerima pemergian sahabatnya itu. Dia telah melepaskan Mu Yeol ke dalam lautan dengan penuh penghormatan.

Jin Pyo kemudian menyelinap masuk ke pejabat Choi EUng Chan bagi menuntut bela dan bercadang membunuhnya yang dianggap mengkhianati mereka semua. Namun percubaan membunuhnya gagal apabila pintu pejabat itu diketuk lantas Jin Pyo segera meninggalkan bilik itu melalui tingkap. Dia meninggalkan satu nota kepada Choi Eung Chan tertulis dia akan kembali membalas dendam untuk membela nasib 20 nyawa rakannya yang telah terkorban demi negara.
Jin Pyo kemudian pergi ke rumah isteri Mu Yeol. Dia telah menculik bayi lelaki dan meninggalkan nota tertulis, Mu Yeol telah mati dan dia mengambil bayi itu untuk dibesarkan agar Kyung Hee dapat memulakan hidup baru dan gembira. Kyung Hee meraung sambil berlari mencari anaknya namun tidak dijumpai.

Jin Pyo meninggalkan negara itu bersama bayi menaiki sebuah boat. Di dalam boat itu terdapat seorang wanita berbangsa Thailand menghulurkan bantuan apabila mendengar bayi itu tidak berhenti menangis. Jin Pyo telah menamakan bayi itu dengan nama Lee Yoon Sung disebalik menggunakan nama keluarga Mu Yeol, Park. Dia juga berkata akan kembali ke negara itu dengan membawa pembalasan paling kejam di dunia.

10 tahun kemudian. Jin Pyo kini telah menubuhkan penempatan sendiri dengan beberapa pengikut dan dia merupakan bos perniagaan dadah yang ditakuti ramai. Dia telah menjadi seorang yang berkuasa.

Juga kelihatan seorang budak lelaki sedang dilatih menembak. Budak itu adalah Lee Yoon Sung. Dia dimarahi oleh Jin Pyo yang dipanggilnya ayah kerana tembakannya yang tidak menepati sasaran. Dia diberi amaran jika tembakannya tiada kemajuan, dia akan mati.

Jin Pyo terlalu keras dalam melatih Yoon Sung. Siang malam dia mengarah Yoon Sung tanpa membantah. Jin Pyo inginkan Yoon Sung menjadi seorang yang kuat dan handal. Jelas dilihat dia gigih melatih Yoon Sung untuk membalas dendam satu hari nanti.

Yoon Sung menyelinap masuk ke bilik Jin Pyo dan mengambil sekeping gambar keluarga dari laci meja. Dia dapat merasakan wanita yang berada di dalam gambar itu adalah ibunya.

Jin Pyo masuk ke bilik dan mendapati Yoon Sung mengambil gambar tersebut. Yoon Sung lantas bertanya adakah wanita dalam gambar itu adalah ibunya. Jin Pyo marah dan mengatakan ibunya sudah meninggal seraya mengambil gambar itu dan mengoyakkannya. Yoon Sung sedih dengan tindakan Jin Pyo dan terus berlari keluar.

Yoon Sung melihat seorang ibu sedang membelai anaknya di pangkuan. Wanita itu adalah wanita yang dahulu pernah mendukungnya ketika dia masih bayi sewaktu berada di dalam boat. Dia merasa ingin sekali mendapat layanan sedemikian daripada seorang ibu. Wanita itu memanggil Yoon Sung lantas baring di pangkuannya.

Tujuh tahun selepas itu, Yoon Sung sudah meningkat remaja. Dia kelihatan seorang yang periang dan playful. Sedang berjalan-jalan di pekan, dia terdengar seseorang bercakap dalambahasa korea dan kelihatan sedang diacukan pisau oleh seorang ketua samseng. Dia lantas membuat kecoh dan membantu orang itu melarikan diri.
Selepas berjaya melarikan diri daripada kumpulan samseng berkenaan, Yoon Sung membawa lelaki yang bernama Bae Shik Joong pulang ke rumahnya.

Selepas berjaya melarikan diri daripada kumpulan samseng berkenaan, Yoon Sung membawa lelaki yang bernama Bae Shik Joong pulang ke rumahnya.
Jin Pyo memarahi Yoon Sung kerana membawa orang asing masuk ke tempat mereka. Dia kemudian bertanya kepada Shik Joong apa kemahiran yang dia ada. Shik Joong hanya menjawab dia pandai memasak. Selepas merasa masakan Shik Joong, Jin Pyo menyuruhnya bekerja di situ dan memberi amaran jika dia berani melarikan diri, dia akan dibunuh.

Yoon Sung terpandang gambar yang dibawa Shik Joong dan bertanya siapa wanita cantik itu. Shik Joong memberitahu namanya adalah Kim Na Na.

Wanita yang dianggap Yoon Sung seperti ibunya itu diheret dan diikat untuk dibunuh kerana suaminya telah melarikan diri. Jin Pyo menyuruh Yoon Sung sendiri yang menembak wanita itu tetapi Yoon Sung enggan. Dia akhirnya membuat persetujuan dengan ayahnya jika dia berjaya menembak tepat ke arah buah di atas kepala wanita berkenaan, wanita itu harus dibebaskan. Jin Pyo bersetuju lantas Yoon Sung menyiapkan mentalnya membuat tembakan tepat. Dan dia berjaya.

Yoon Sung kembali ke biliknya dan merasa kesal dengan sikap ayahnya itu. Dia memandang gambar Kim Na Na yang diletakkannya di atas meja dan bertanya, "You're probably off in that place called Seoul, right?"

Tiba-tiba, rumah mereka diserang oleh sekumpulan samseng yang berlawan dengan Yoon Sung tempoh hari sewaktu menyelamatkan Shik Joong.

Sewaktu berlari untuk melindungi Yoon Sung, wanita yang dianggapnya sebagai ibu itu ditembak dan mati serta merta. Yoon Sung menjadi marah dan bertindak mengejar samseng yang telah melarikan diri setelah Jin Pyo datang melepaskan tembakan.

Salah seorang daripada samseng itu telah mati terpijak bom. Semasa mengejar, Yoon Sung merasakan dia juga telah terpijak tanah yang mengandungi bom. Dia menahan diri dari bergerak.

Dua orang samseng itu berada di depan matanya dan apabila dia ingin melepaskan tembakan, pelurunya habis. Samseng terbabit bersedia untuk menembaknya. Mujur Jin Pyo datang lantas menembak mereka semua.

Jin Pyo cuba membantu Yoon Sung mengalihkan kakinya daripada pijakan bom itu. Malangnya bom itu meletup tetapi Jin Pyo berjaya menyelamatkan Yoon Sung ke tepi. Namun menyebabkan kaki sebelah Jin Pyo telah putus terkena letupan. Dengan pantas Yoon Sung membawa Jin Pyo ke rumah.

Yoon Sung menangis melihat keadaan kaki Jin Pyo yang telah putus.

Jin Pyo meminta Yoon Sung mengeluarkan sebutir peluru dari bahunya. Dia kemudian menceritakan kepada Yoon Sung kenapa peluru itu boleh berada di bahunya setelah sekian lama. Peluru itu adalah peluru sewaktu Mo Yeol melindungi Jin Pyo dari ditembak. Tembakan itu telah menembusi jantung Mo Yeol dan hanya terkena sedikit di bahu Jin Pyo. Jin Pyo telah menceritakan siapa sebenarnya bapa kandung Yoon Sung. Yoon Sung kelihatan sungguh terkejut kerana selama ini dia menyangka Jin Pyo itulah bapa kandungnya.

Yoon Sung tiba dari States di lapangan terbang Seoul. Sebaik memasuki kereta, dia menerima panggilan daripada Jin Pyo mengingatkan dia agar mencari target mereka yang pertama bernama Lee Kyun Wan. Dia juga mengingatkan agar melupakan kehidupannya di States dan hanya ingat pembelaan kematian ayahnya.

Yoon Sung duduk di satu penjuru sambil melihat gambar keluarganya. Kini dia sedari kenapa Jin Pyo gigih melatihnya selama ini. Dia merasakan dia harus berubah dan harus membalas dendam terhadap mereka yang sudah membunuh ayah dan keluarganya. Yoon Sung kemudian bertanya kepada Jin Pyo siapa yang telah membunuh ayahnya. Jin Pyo menjawab, terdapat lima orang yang telah bertanggungjawab ke atas kematian itu.
Tujuh tahun kemudian.

Tujuh tahun kemudian.
Yoon Sung tiba dari States di lapangan terbang Seoul. Sebaik memasuki kereta, dia menerima panggilan daripada Jin Pyo mengingatkan dia agar mencari target mereka yang pertama bernama Lee Kyun Wan. Dia juga mengingatkan agar melupakan kehidupannya di States dan hanya ingat pembelaan kematian ayahnya.
Yoon Sung keluar dari kereta dan cuba mengamati suasana bandar Seoul itu. Dia memejamkan mata lantas teringat kata-kata Jin Pyo mengatakan "Jangan jatuh cinta kepada sesiapa. Jika identitinya terbongkar, orang sekelilingnya akan terbunuh."
Di tempat yang sama, kelihatan seorang wanita cantik tersenyum sedang mengagihkan kepingan kad kepada orang ramai. Seakan dapat merasakan kehadiran wanita itu ada di belakang Yoon Sung.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment