CITY HUNTER - Episode 8

*****Episode 7





Yoon Sung terjun dengan luka tembakan di bahunya. Young Joo tiba di atas bumbung dan mengarahkan sekatan.


Seo Yong Hak kemudian tersedar dan terus bertanya tentang majlis itu. Dia tetap ingin meneruskan majlis ucapannya walaupun berkali-kali dinasihati untuk ke hospital.


Yoon Sung memandu dalam kesakitan sambil cuba menghubungi Shik Joong. Shik Joong pula sedang bersembunyi di timbunan sampah berdekatan bangunan itu.

Young Joo dan pasukannya menjalankan siasatan ke atas bukti yang ditinggalkan City Hunter iaitu tali dan darah. Young Joo menolak Jin Pyo sebagai suspek kerana saksi tidak melihat kecacatan orang tersebut.

Yoon Sung memecah masuk klinik veteriner Sae Hee. Dia cuba merawat luka terkena tembakan itu. Ouch!

Sedang dia merawat lukanya, Sae Hee kembali ke klinik itu dan mendapati cermin tingkap pecah. Dia berpaling dan ternampak Yoon Sung berdiri di situ menahan kesakitan.


Sae Hee membantu merawat luka Yoon Sung. Apabila selesai, Yoon Sung tanya kenapa Sae Hee tidak bertanya pun tentang kecederaan itu. Sae Hee senyum kerana dia tahu Yoon Sung ada sebab tersendiri kenapa dia tidak terus pergi ke hospital malah memcecah masuk kliniknya. Bagus Sae Hee ni memahami.

Jin Pyo menghubungi Yoon Sung lalu marah sambil berkata Yoon Sung sepatutnya bunuh saja orang yang cuba menembaknya itu. Haiya mana mungkinlah Yoon Sung nak bunuh Nana.


Nana pulang ke rumah mendapati Yoon Sung belum pulang. Dia duduk menyandar di sofa sambil mengimbas semula kejadian dia menembak City Hunter. Nana nampak seperti trauma.

Yoon Sung bermalam di klinik itu. Ketika tidur, Yoon Sung telah bermimpi sesuatu yang aneh. Nana mengacukan pistol ke arahnya dan begitu juga dia mengacukan pistol ke arah Nana. Nana melepaskan tembakan dan terkena Yoon Sung manakala Yoon Sung teragak-agak menembaknya. Tiba-tiba muncul Jin Pyo mengarah Yoon Sung melepaskan tembakan. Dan boom! Kedua-dua mereka rebah sambil berusaha mencapai tangan masing-masing. Mimpi penuh makna.

Yoon Sung tersedar dari tidurnya. Dia memandang Sae Hee sedang tidur di atas meja di klinik itu.


Keesokan pagi, Nana berleter seorang diri sebab mendapati Yoon Sung tidak pulang semalaman. Dia membuat andaian Yoon Sung mungkin bermalam di luar bersama wanita lain. Nana annoyed. Hahahahah.


Sae Hee membawakan Yoon Sung sepasang baju kerja kepunyaan Young Joo yang disimpannya sewaktu mereka bercinta dulu. Yoon Sung kelihatan agak terperanjat. Sae Hee menjelaskan bahawa Young Joo ialah bekas suaminya. (Wohh tak sangka) Mereka berpisah kerana Young Joo lebih memilih kerja berbanding Sae Hee.

Sebelum pergi, Sae Hee membersihkan luka Yoon Sung. Yoon Sung berjanji akan belanja dia kemudian hari.

Nana yang mahu ke tempat kerja ternampak Yoon Sung dan Sae Hee berdua berdiri di depan klinik. Apa lagi Nana salah faham dan terus berpatah balik tidak mahu dilihat Yoon Sung.

Yoon Sung ternampak Nana dan cuba memanggil tapi Nana malah melarikan diri dan terlanggar orang lain. Yoon Sung terpandang bakul yang dibawa Nana terjatuh dan mendapati ada sepasang baju untuknya. Aw caringnya. Yoon Sung cuba menahan Nana tapi dia malah keluarkan judonya menjatuhkan Yoon Sung. Auch! Sakit lukanya terkena.


Yoon Sung tanya kenapa dia lari macam orang buat salah. Yoon Sung meminta dia tidak berfikir bukan-bukan. Kemudian dia tanya "Do u like me?" Nana terkejut. Heh.


Di Blue House, latihan menembak sedang dijalankan. Yoon Sung nampak macam trauma bila tengok Nana menembak. Dia cuba melepaskan tembakan tetapi tangannya menggeletar. Alahai kasihan Yoon Sung. Mana tak trauma, Nana tu yang tembak dia.

Yoon Sung cuba beri cadangan kepada Nana untuk tukar pekerjaan kerana kerja bodyguard sangat bahaya. Nana berkata dia sepatutnya dapat tangkap City Hunter malam itu. Yoon Sung kemudian tanya jika dia menganggap City Hunter itu jahat. Nana hanya menjawab sudah menjadi tugasnya melindungi Seo Yong Hak.

Pasukan Young Joo dimaklumkan cctv di bangunan itu telah digodam dan IP datangnya dari Blue House.

Young Joo kemudian pergi ke bahagian MIT Blue House untuk merampas komputer di situ bagi tujuan siasatan. Young Joo terhenti di depan meja Yoon Sung sambil Yoon Sung senyum sinis kepadanya.


Setelah Young Joo keluar, Yoon Sung membuat sesuatu kepada komputernya. Mungkin memusnahkan bukti bahawa dialah yang telah menggodam sistem cctv itu.

Young Joo masuk ke tandas dan Yoon Sung juga berada di situ. Young Joo memandang tajam seraya berkata suit dan tie yang dipakai Yoon Sung itu adalah miliknya. Yoon Sung hanya mengiyakan lantas keluar dari situ. Young Joo menahan Yoon Sung. Dia membuat andaian Yoon Sung ada affair dengan Sae Hee.

Pertengakaran berlaku. Young Joo memberi amaran kepada Yoon Sung jangan mempermainkan Sae Hee. Sae Hee bukan seperti wanita yang selalu dipermainkan Yoon Sung. Dia layak mendapatkan lelaki baik berbanding Yoon Sung. Yoon Sung membalas kata-kata Young Joo bahwa dia tidak permainkan Sae Hee. Dia malah menyindir Young Joo yang hanya mampu menjadi Daddy Long Leg hanya tahu bersembunyi.

Shik Joong menahan malu ketika berada dalam train kerana badannya yang bau gara-gara bersembunyi di timbunan sampah. Semua orang menjauhinya. Kemudian Yoon Sung sampai di situ menjemput Shik Joong. Shik Joong menangis memeluk Yoon Sung. Hahahahhahaha. Aigoo. Suka aku tengok mereka berdua ni.


Mereka ke rumah Jin Pyo. Jin Pyo mengamuk dan menampar Yoon Sung. Shit! Dia mengatakan cara Yoon Sung sangat lembut dan dia mahu menyingkirkan Yoon Sung dari misi. Yoon Sung cuba meyakinkan Jin Pyo semula.

Mereka kemudian berbincang mengenai strategi seterusnya. Jin Pyo memberi amaran kepada Yoon Sung untuk membunuh siapa saja yang cuba menghalang usaha mereka termasuklah bodyguard. Gulp! Yoon Sung hanya terdiam.


Sewaktu makan, Shik Joong tanya siapa yang telah menembak Yoon Sung. Dia terkejut apabila Yoon Sung menjawab Nana. Kemudian mereka cuba mencari jalan bagaimana menghalang Nana daripada menjadi guard Seo Yong Hak pada hari itu nanti.

Shik Joong mendapat idea. Mereka berdua naik ke bumbung bangunan rumah Nana menantinya pulang. Rancangan Shik Joong adalah menjatuhkan sesuatu ke arah Nana agar dia tercedera dan tidak akan bekerja pada hari berkenaan. Bila nampak Nana puang, Shik Joong cepat-cepat ambil batu tapi dihalang Yoon Sung sebab batu akan buat dia mati. Kemudian Shik Joong ambil pasu bunga juga dihalang Yoon Sung. Hahahahaha.


Tiba-tiba mereka terlanggar pasu bunga lain dan terjatuh mengenai kepala Nana.

Tapi Nana tidak cedera pun. Yoon Sung dan Shik Joong cepat-cepat bersembunyi takut dilihat Nna. Mereka hairan kenapa Nana langsung tidak tercedera. Wakaka.


Yoon Sung membelanja Nana, Da Hae dan Eun Ah minum di cafe. Dia senyap-senyap telah meletakkan ubat cirit birit ke dalam minuman Nana. Masih dalam rancangan untuk buat Nana tidak datang kerja. Tapi end up Eun Ah yang minum. Hoho.

Da Hae bekeras mengajak mereka semua berkaraoke. Perut Eun Ah mula meragam. Yoon Sung mendapat sms dari Shik Joong menyatakan dia berada di bilik lain juga di tempat yang sama.

Eun Ah, Da Hae dan Nana pergi ke tandas sementara Yoon Sung menemui Shik Joong yang sedang berkaraoke di bilik lain. Shik Joong datang ke situ kerana membawakan ubat untuk merawat luka Yoon Sung.

Nana menunggu diluar tandas sementara Eun Ah dan Da Hae berada di dalam. Tiba-tiba Nana ternampak Shik Joong. Air mukanya serta merta berubah lalu terimbas sesuatu.

Ouh barulah tahu apa kaitan Shik Joong dengan Nana. Rupanya Shik Joong berada di kejadian kemalangan ibu bapa Nana.

Kemudian Nana segera mengejar Shik Joong dengan memanggil nama Bae Man Duk. Apabila tersedar Nana mengejarnya, Shik Joong cepat-cepat bersembunyi.

Sementara di dalam tandas, ada dua wanita berdiri di sebelah Da Hae sambil bergosip tentang keburukan Presiden Choi serta menyentuh soal Da Hae. Da Hae bengang. Dia menengking dua wanita itu.


Da Hae hilang sabar lalu menyerang wanita-wanita itu. Pergaduhan berlaku sehingga keluar tandas telah menarik perhatian orang ramai merakam pergaduhan itu. Eun Ah yang menahan sakit perut cuba meleraikan mereka.

Kembali ke pejabat, Nana dan Eun Ah dimarahi ketua mereka. Video pergaduhan itu telah tersebar di internet. Eun Ah terima hukuman akan ditolak gaji sebulan manakala Nana ditolak gaji 6 bulan dan digantung kerja 2 minggu.

Nana keluar dengan perasaan sangat kecewa. Yoon Sung menyuruhnya pulang rumah berehat dan membersihkan rumah itu. Nana pissed off lalu meninggalkan Yoon Sung. Yoon Sung lega Nana digantung kerja dan tidak perlu menjadi guard Seo pada hari itu nanti.

Nana duduk mengimbas sewaktu dia menemui Shik Joong di balai polis memberi keterangan berkenaan kemalangan itu. Nana sebenarnya benci kepada Shik Joong kerana laporannya menyatakan kemalangan itu berpunca dari ibu bapa Nana sendiri. Shik Joong adalah saksi kejadian.

Nana menangis dan tiba-tiba muncul Yoon Sung memberinya tisu. Yoon Sung menarik tangan Nana dan menyuruhnya masuk ke dalam kereta.


Yoon Sung tahu Nana bersedih jadi dia mahu buat Nana melepaskan kesedihannya itu dengan bersiar menaiki kereta. Nana tanya kenapa Yoon Sung sangat baik terhadapnya. Yoon Sung menjawab kerana mereka tinggal bersama seperti sebuah keluarga. Aww. Yoon Sung menyuruh Nana menjerit melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dan kemudian Nana pun kembali ceria.

Mereka berhenti di satu tempat sambil minum. Tiba-tiba hujan turun. Bumbung kereta itu rosak dan tidak dapat dinaikkan. Yoon Sung segera memandu dan balik ke rumahnya.

Mereka berdua basah lencun sesampai di rumah. Tiba-tiba pandangan Yoon Sung tertumpu ke badan Nana. Like hello? Baju putih basah lagi nampaklah baju dalam. Aumm. Hahahahaha. Tapi Yoon Sung cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan segera memberi Nana tuala dan baju kering untuk ditukar.

Yoon Sung menukar balutan lukanya di dalam bilik. Kemudian keluar mencari Nana. Tiba-tiba dia tergamam tengok Nana hanya memakai baju tanpa seluar sedang masak ramen di dapur. Rawr! Hahaha kelakar pula Yoon Sung ni playboy yang berusaha menahan nafsu.

Nana meminta bantuan Yoon Sung menghidupkan gas. Dia pula mahu mengambil mangkuk tapi tidak sampai. Kemudian Yoon Sung membantunya dan ............. dupdapdupdap. Yoon Sung tension terus tak jadi makan dengan Nana kahkah.

Nana tertidur ketika sedang menonton tv. Yoon Sung ternampak dan terus menyelimutkan Nana. Dia sempat merenung dalam wajah Nana sambil mengusap dahinya dan kemudian beredar. Sweet omo.

Tapi duduk semula dan perlahan merapatkan wajahnya ke wajah Nana untuk menciumnya. Tiba-tiba Nana membuka mata! Tapi dia tidak menghalang malah merelakan dirinya dicium. Hampir sudah tetapi hp Yoon Sung tiba-tiba berbunyi.


Jin Pyo mengingatkan Yoon Sung tentang persediaannya menjelang esok. Yoon Sung menyiapkan kerjanya sepanjang malam.


Pagi itu, Yoon Sung menghantar Nana pulang. Sebelum beredar dia memberitahu akan balik lewat malam ini. Ololoh macam suami isteri sudah. Nana kemudian tanya apa makanan kegemaran Yoon Sung kerana dia mahu masakkan untuknya malam itu. Teehee.

Sebaik Yoon Sung beredar, Nana menerima panggilan dari ketuanya menyatakan dia dipanggil bekerja semula sebagai guard kepada Seo Yong Hak. Nana pun apa lagi gembira sakan. Habislah rancangan Yoon Sung.

Majlis sudah bermula. Yoon Sung berjaya memasuki bilik audio dan memasang rakaman video rundingan Seo Yong Hak dan Mr-Hudson tentang kegiatan jahat mereka. Semua orang di dewan itu terkejut termasuklah Seo. Dia segera meninggalkan dewan itu bersama pengawalnya, Nana.

Young Joo yang juga berada di situ yakin City Hunter pasti ada di bangunan itu. Dia kemudian menuju ke pintu belakang dan kebetulan Yoon Sung juga sedang menuruni tangga. Young Joo cuba menangkap City Hunter itu. Berlaku pergelutan diantara mereka namun Yoon Sung berjaya melarikan diri.


Nana membawa Seo keluar dari bangunan itu. Sewaktu dalam perjalanan mereka terserempak City Hunter. Nana mengacukan pistolnya. Aigoo.


Kemudian muncul Yoong Joo di situ. Dia mengarahkan Nana untuk menangkap Seo. Malangnya Seo terlebih dahulu merampas pistol dan mengacukannya ke arah Nana. Nana mengambil peluang menyiku Seo dan berjaya menjatuhkan pistol itu namun dia pula telah ditolak. Seo kemudian lari.


Sepantas kilat Yoon Sung dan Young Joo berlari menyelamatkan Nana. Dalam masa yang sama, Jin Pyo memerhatikan semuanya dari bawah.


Antara Yoon Sung dan Young Joo, Yoon Sung berjaya mencapai tangan Nana daripada terjatuh.


Malangnya, darah mula menitis dari luka di bahu Yoon Sung. Aduh! Yoon Sung menahan sakit.





Bersambung......







No comments:

Post a Comment