Chul Jin nampak Hee Joo duduk berseorangan. Dia tanya sama ada Hee Joo menaruh perasaan terhadap Yutaka. Hee Joo tidak menafikan. Chul Jin menasihatinya kerana bimbang dia terluka walaupun tahu Yutaka sukakan Miri.

Berbalik di hotel tempat mereka menginap, Miri bernasib baik kerana Yutaka berada di tandas sewaktu Myung Hoon berdiri di pintu biliknya. Miri cepat-cepat mengajak Myung Hoon berjalan-jalan di tepi pantai.

Yutaka mencari Miri di bilik itu. Tiba-tiba dia mendapat panggilan menyatakan ayahnya pengsan dan dimasukkan ke hospital. Dia terpaksa pulang ke Seoul malam itu. Sebelum pergi dia meninggalkan nota untuk Miri.

Miri berpura-pura mengatakan dia gembira Myung Hoon datang mencarinya di situ. Dia kononnya berharap yang Myung Hoon akan muncul di situ. Aiseh! Damn. Myung Hoon kembali semula ke Seoul pada malam itu. Miri menemani Myung Hoon sehingga dia menaiki teksi ke airport.
Sebaik Myung Hoon beredar, Miri terserempak dengan Yutaka yang mahu balik ke Seoul. Yutaka memberitahu Miri dia perlu segera pulang ke Seoul atas sebab emergency.

Ouhh ok mungkin Miri menangis kerana benar-benar terharu. Dia kemudian meniup lilin kek hari jadinya.

Selepas Yutaka menaiki kereta, Hee Joo berlari keluar. Dia memberitahu Miri ayah Yutaka dimasukkan ke hospital.

Di tempat kerja, Miri mendapati semua staff bahagian dapur hotel tidak berani menghantar makanan kepada Presiden Lee iaitu ayah Yutaka di hospital. Jadi Miri merasakan itu adalah peluangnya untuk mendekati Presiden Lee. Dia menawarkan diri menghantar makanan ke hospital.

By the time Miri sampai di hospital, Yutaka dan ibunya telah keluar sebentar. Miri menghidangkan makanan buat Presiden Lee. Dia membantu mengopek kulit ketam, makanan kegemaran Presiden Lee dan membuatkan Presiden Lee impressed terhadap layanan itu. Miri kemudian beredar dengan perasaan puas hati.

Hee Joo membantu Yutaka menyiapkan surprise birthday dinner buat Miri. Miri cuba mengelak apabila Myung Hoon cuba memanggilnya. See her face above? Lol. Myung Hoon ingin membawa Miri ke suatu tempat. Dengan paksa rela dia hanya menuruti Myung Hoon.

Myung Hoon telah membuat kejutan sebuah majlis hari jadi buat Miri di sebuah gereja. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak menyanyikan lagu sebaik Miri masuk ke situ.

Myung Hoon menghadiahkan Miri cincin warisan milik ibunya sekaligus melamar Miri. Miri kelihatan teragak-agak. Dia kemudian memberi alasan takut akan memberi tanggapan buruk oleh staff di hotel. Dia meminta waktu untuk menerima lamaran itu.

Birthday party oleh Yutaka dan Hee Joo sudah hampir siap.

Sementara menunggu Miri pulang, mereka duduk minum sambil berbual. Hee Joo cuba bertanya kepada Yutaka apa yang membuatkan dia suka kepada Miri. Yutaka menjawab, Miri seorang yang jujur sebab itu dia suka. Dia juga memuji Hee Joo seorang yang baik dan sebab itu dia rasakan Hee Joo adalah seorang sahabat yang sangat baik buatnya. Perkataan 'sahabat' itu telah mengguris hati Hee Joo. Air mata mula bergelinangan.

Hee Joo tidak dapat mengawal airmatanya lantas berlari masuk ke bilik air. Yutaka hairan melihatnya dan cuba bertanya kenapa.

Myung Hoon menghantar Miri pulang. Miri meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan kepada lamarannya itu. Myung Hoon kemudian meminta Miri menyiapkan portfolio supaya dia boleh membantu Miri mendapatkan pekerjaan di tempat lain agar hubungan mereka dapat berjalan dengan lancar. Miri sudah tentulah gembira sebab dengan cara itu bolehlah dia mengelak dari terus berjumpa Myung Hoon.

Hee Joo keluar dari bilik mandi dan berpura-pura ok. Yutaka menyedari Hee Joo seperti baru habis menangis. Hee Joo terus menghadang mukanya. Yutaka bimbang dan cuba membuat Hee Joo melihatkan wajahnya. Dalam masa yang sama, Miri masuk dan terperanjat melihat situasi itu. Yutaka memberitahu dia dan Hee Joo telah menyiapkan birthday dinner buat Miri namun Miri mengatakan dia tiada mood. Atas permintaan Miri Yutaka minta izin pulang.

Hee Joo cuba menjelaskan perkara sebenarn kepada Miri namun Miri telah menuduhnya yang bukan-bukan. Dia menuduh Hee Joo hanya berpura-pura baik di depannya.

Keesokkan paginya, Miri membaca surat yang ditinggalkan oleh Hee Joo untuknya. Hee Joo meminta maaf tentang kejadian semalam. Dia memberitahu pagi itu dia mahu pergi ke bekas rumah anak yatim mereka untuk menenangkan fikiran dan mencari punca kenapa mereka sering bergaduh. Hee Joo juga memasakkannya seeweed soup dan mengucapkan selamat hari jadi kepadanya. Miri menangis setelah memakan soup itu.

Semasa ingin berangkat ke tempat kerja, Miri ternampak hasil rekaan Hee Joo di atas meja. Dia teringat akan kata-kata Myung Hoon memintanya membuat portfolio lalu bercadang mencuri hasil rekaan Hee Joo untuk dijadikan portfolio. Again! Dia memfotostat semua rekaan itu dan membuat resume baru untuk diserahkan kepada Myung Hoon.

Myung Hoon menemui rakannya untuk bertanyakan kerja kosong buat Miri. Rakannya tanya apa hubungannya dengan Miri. Myung Hoon senyum dan berkata Miri tidak selesa jika mereka berkerja di bawah satu bumbung. Rakannya mencadangkan agar Miri masuk ke dalam bidang pendidikan dan bekerja sebagai lecturer.

Myung Hoon menyampaikan berita itu kepada Miri dan Miri kelihatan sungguh gembira. Namun Myung Hoon sedih kerana mungkin selepas itu mereka akan jarang bertemu. Miri pura-pura berjanji akan selalu datang menjenguknya. Duh!

Miri memedang tangan Myung Hoon dan ketika itu Direktor Kang ternampak mereka. Direktor Kang pergi menemui Myung Hoon untuk menasihatinya agar menjaga tingkahlaku kerana bimbang akan menjadi buah mulut orang di hotel itu.

Presiden Lee menikmati teh yang dihadiahkan oleh Miri setelah dia berusaha mencari maklumat tentang teh yang berkualiti. Presiden Lee memuji Miri di depan isterinya, Lee Hwa membuatkan Lee Hwa kelihatan seperti tidak senang.

Yutaka mengajak Miri berjumpa. Dia meminta maaf di atas salah faham itu. Kemudian Yutaka memberanikan diri menyatakan hasratnya untuk menjadikan Miri sebagai teman wanita. NO! Miri berpura-pura berkata itu adalah pertama kali dalam hidupnya ada orang yang meraikan hari jadinya dan melamarnya menjadi teman wanita. Miri senyum tanda terima! Dalam masa yang sama, Miri menerima panggilan daripada Myung Hoon tentang tawaran pekerjaan. Dia kemudian meminta izin untuk beredar.

Sesampainya Miri di sana, dia ternampak Hirayama juga berada di sana sedang memerhatinya. Miri menjadi tidak senang duduk.

Sementara itu, Yutaka bercadang pergi menemui Hee Joo di rumah anak yatim setelah Miri memberitahunya dia berada di situ. Yutaka menceritakan kepada Hee Joo yang dia dan Miri kini telah rasmi menjadi pasangan kekasih. Ouh sedihnya Hee Joo. Yutaka mengatakan dia dan Miri adalah satu takdir kerana dari waktu mula bertemu hingga kini mereka ditakdirkan tinggal di tempat sama malah dari sekolah yang sama. Hee Joo tanya sama ada Yutaka sukakan Miri disebabkan sekolahnya? Hee Joo nampak seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi terhenti. Dia kemudian beredar meninggalkan Yutaka.

Hee Joo menyembunyikan diri di dalam gereja sementara Yutaka mencarinya. Dia kemudian pulang setelah gagal mencari Hee Joo.

Yutaka termenung memikirkan Hee Joo. Sementara Hee Joo menangis sambil berdoa agar Tuhan menguatkan semangatnya kerana perasaanya terhadap Yutaka semakin dalam. Namun dia tidak mahu menghancurkan persahabatannya dengan Miri. Ouh kesiannya dia.


Miri melihat Hirayama memanggilnya. Dia pura-pura minta izin ke tandas. Di dalam tandas, Hirayama mengugut Miri supaya pergi menemui bos mereka jika dia tidak mahu rahsianya terbongkar. Miri menyuruh Hirayama diam. Myung Hoon juga kebetulan pergi ke tandas. Dia terdengar suara lelaki dan perempuan berbual dari dalam tandas wanita tetapi tidak mempedulikannya. Kemudian dia ternampak Miri keluar dari tandas itu tetapi belum mengesyaki apa-apa sehinggalah dia ternampak Hirayama juga keluar dari sana tidak lama selepas itu.
Bersambung........
Bersambung........
No comments:
Post a Comment