MISS RIPLEY - Episode 4

*****Episode 3




Yutaka bercadang mahu mengambil pemilik design yang menarik perhatiannya bekerja di syarikat itu. Jadi Chul Jin melihat semula rakaman cctv di dalam lif dan mendapati Hee Joo ada di lif itu.


Chul Jin ini lebih kurang abang angkat kepada Hee Joo. Dia tinggal serumah dengan Hee Joo. Tapi dia di tingkat atas dan Hee Joo ditingkat bawah. Chul Jin memujuk Hee Joo bekerja dengan syarikat mereka tetapi Hee Joo tidak mahu kerana dia hanya berminat dalam designing.


Yutaka kini tinggal bersama Chul Jin. Ketika dia pulang ke rumah itu, Hee Joo terkejut. Belum sempat Chul Jin memperkenalkan, mereka sudah bertegur sapa. Gara-gara malu, Hee Joo tertumpah air sabun yang dipegangnya ke baju mereka berdua. Hee Joo panik lantas mengelap baju Yutaka tapi malangnya dia tergelincir dan tangannya terkena serpihan gelas kaca yang pecah. Tak habis-habis accident si Hee Joo ni.


Yutaka yang tersangatlah baik itu menolong merawat luka tangan Hee Joo. Hee Joo memandang muka Yutaka dengan penuh makna. Macam dia sudah mula tertarik dengan Yutaka. Awww. Hee Joo tanya mengenai suit basah itu. Yutaka menjelaskan dia baru pulang dari sebuah event. Tapi Hee Joo ni ingat Yutaka bekerja sebagai sales person. Yutaka hanya senyum.


Myung Hoon menghantar Miri pulang selepas habis makan malam bersama Presiden Lee. Di dalam kereta, Myung Hoon bertanya betulkah Miri seorang lesbian. Miri tersenyum dan menjawab dia hanya mereka cerita kerana ingin menolong PM's daughter itu. Dia berpura-pura mengatakan dirinya lesbian agar PM's daughter mendengar nasihatnya kononnya dia tidak mahu PM's daughter kehilangan ayah seperti dia. Walaweyh! Pandainya Miri putar belit cerita. Siap menangis minta simpati Myung Hoon. Damn.


Sewaktu dia ingin keluar, hujan lebat turun. Myung Hoon ingin keluar mengambil payung tapi dihalang Miri dengan alasan tidak mahu Myung Hoon basah. Miri menanggalkan kasutnya kemudian segera keluar berlari. Myung Hoon tersenyum melihat Miri. Padahal hanya lakonan Miri semata demi membuktikan dia seorang yang cekal. Ceh!


Yutaka meyakinkan Chul Jin yang dia akan berusaha memujuk Hee Joo dengan caranya sendiri tanpa perlu memberitahu dia adalah manager di syarikat itu. Kerana Hee Joo ingat Yutaka ni cuma kuli batak dalam syarikat. Huhu.

Yutaka menerima senarai staff Hotel A yang dimintanya tempoh hari. Dia kemudian tersenyum melihat profile Miri.


Myung Hoon memanggil Miri masuk ke pejabatnya dan menunjukkan surat khabar terpampang berita mengenai Miri dan PM's daughter. Myung Hoon mengucapkan tahniah kepadanya dan memberitahu Miri peluangnya untuk dilantik sebagai general manager. Miri begitu gembira dan mempelawa Myung Hoon keluar makan malam bersama atas alasan ingin meminta khidmat nasihat mengenai pekerjaan. Myung Hoon bersetuju.


Miri keluar shopping baju untuk dipakai ke makan malam. Dia singgah ke kedai buku dan ternampak artikel mengenai penceraian Myung Hoon dan isterinya. Air muka Miri seakan bermaksud dia harus mengambil peluang itu untuk menggoda Myung Hoon.


Sementara di tempat kerja Hee Joo, dia dan rakan sekerjanya menonton berita mengenai penumpasan sindiket pemalsuan sijil. Tiba-tiba beberapa pegawai polis datang ke situ dan membawa Hee Joo ke balai. Dia ditahan atas tuduhan terlibat dalam sindiket pemalsuan itu.


Miri memakai serba cantik dan glamour berusaha sehabis mungkin untuk menarik perhatian Myung Hoon. Haisss sungguh ular. Myung Hoon pula kelihatan terpanah dengan kejelitaan Miri.


Myung Hoon menghantar Miri pulang. Miri memberi Myung Hoon hadiah tanda terima kasih namun Myung Hoon menolak. Myung Hoon meminta diri untuk pulang lantas Miri memuji jari Myung Hoon menarik membuat Myung Hoon berasa malu. Miri memerhati Myung Hoon pulang dengan senyuman penuh muslihat. Plastik!


Yutaka singgah di kawasan tempat Miri menyewa. Dia ternampak Miri sedang membuang sampah. Miri terkejut apabila ternampak loan shark, Hirayama sedang duduk di tangga berdekatan. Dia cuba bersembunyi namun terlihat Hirayama. Miri lari apabila Hirayama mula mengejar. Yutaka melihat kejadian itu segera mengejar Miri.


Adegan kejar mengejar berlaku di dalam kereta api. Mereka berjaya menyelamatkan diri daripada Hirayama apabila Yutaka berjaya menarik Miri keluar dari keretapi yang sedang bergerak. Miri berada dalam keadaan sangat terkejut dan kemudian menangis sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Yutaka memeluknya dan mengatakan semuanya sudah selamat. Awww touching!


Dengan bantuan peguam Yutaka, Hee Joo berjaya dikeluarkan dari penjara.


Yutaka cuba bertanya siapa orang yang mengejarnya namun Miri menyuruhnya supaya tidak masuk campur. Waalaubagaimanapun Miri berterima kasih kerana telah menolongnya. Yutaka menawarkan diri menghantar Miri pulang tapi Miri enggan dan memintanya meninggalkan dia seorang diri.


Miri mengemas semua pakaiannya keluar dari bilik sewanya dan duduk menunggu bas. Yutaka duduk di dalam kereta memerhati Miri dari jauh.


Yutaka termenung membayangkan saat-saatnya terserempak Miri. Begitu juga Myung Hoon tersenyum apabila teringat kata pujian Miri kepadanya. Dua-dua sedang memikirkan Miri. Uh-oh.


Miri ke rumah Hee Joo tetapi Hee Joo tiada. Dia menunggu di luar. Kebetulan Yutaka juga baru pulang ke rumah itu dan ternampak Miri sedang duduk di luar. Dia memanggil Miri dan bertanya apa dia buat di situ. Miri yang terkejut juga bertanyakan soalan yang sama. Tidak lama lepas itu, Hee Joo dan Chul Jin pulang. Dia memanggil Miri. Yutaka kelihatan sedikit terperanjat.


Di dalam bilik, Chul Jin hairan kenapa Yutaka meminati wanita seperti Miri. Yutaka hanya senyum dam berkata tidak perlu apa-apa sebab untuk menyukai orang lain.


Hee Joo memberitahu Yutaka adalah pekerja baru di tempat Chul Jin bekerja. Ini membuktikan lagi sangkaan Miri yang menyangka Yutaka hanya bohong apabila mengatakan dia anak kepada pemilik hotel itu betul. Hee Joo memuji Yutaka seorang yang baik. Miri membalas yang baik saja tidak mencukupi kalau dia tidak mempunyai apa-apa. Nah jelaslah Miri ni target orang berharta. Habislah kalau dia tahu Yutaka ni anak orang kaya. Pastilah dia goda juga.

Miri tanya kenapa Hee Joo balik lambat. Dia terkejut apabila Hee Joo memberitahu mengenai penumpasan sindiket pemalsuan sijil itu. Namun kembali lega apabila Hee Joo mengatakan pihak polis tidak dapat mengesan pelanggan-pelanggan sindiket itu. Hee Joo kelihatan mula curiga melihat reaksi Miri yang pelik.


Di hotel A, Miri ternampak sekumpulan wartawan memasuki hotel itu. Miri masuk dan ternampak seorang pekerja bahagian HR digari sambil dibawa keluar kerana didapati memalsukan sijil diplomanya.


Yutaka menemui Myung Hoon untuk berbincang mengenai kes pemalsuan sijil melibatkan pekerja hotel. Skandal itu telah menjejaskan reputasi bukan sahaja Hotel A tetapi Mondo Resort. Maka Yutaka telah membuat keputusan untuk menghentikan projek penggabungan mereka dengan Hotel A.


Gara-gara tuduhan memalsukan sijil, Hee Joo telah dipecat oleh pihak pengurusan. Hee Joo menyatakan ketidakpuasan hatinya dipecat di atas perbuatan yang tidak dilakukan. Direktor Kang yang rapat dengan Hee Joo juga tidak dapat berbuat apa-apa.


Miri mendapat tahu Hee Joo dipecat. Dia datang menemui Hee Joo dan bersimpati terhadapnya. Mungkin juga rasa bersalah kerana semuanya atas perbuatan Miri.


Akibat daripada kes itu, Myung Hoon mengarahkan bahagian HR melakukan siasatan semula ke atas semua latar belakang staff hotel tersebut. Dia meminta siasatan itu dilakukan secara rahsia dan segala maklumat hanya akan sampai ke pengetahuannya. Miri panik.


Dai mula memikirkan helah apakah yang harus dilakukan. Dia pura-pura berlakon berdiri di luar menunggu teksi dengan harapan Myung Hoon lalu dan mempelawanya naik ke kereta. Lakonan berjaya. Dia pura-pura bertanya mengenai siasatan itu.


Yutaka turun dari kereta apabila ternampak Hee Joo sedang memilih bunga. Dia membayarkan bunga pilihan Hee Joo. Kemudian mereka bersiar-siar di taman. Yutaka bertanya adakah Miri dilanda masalah. Kemudian dia cuba bertanya mengenai kegemaran Miri. Hee Joo menjawab Miri menyukai pekerjaan dan sukan. Yutaka bercadang menonton perlawanan besbol dan meminta Hee Joo membawa Miri dan dia akan membawa Chul Jin bersama. Yutaka kelihatan sangat gembira apabil Hee Joo bersetuju sambil berkata nampaknya akan ada kemajuanlah dia memikat Miri. Air muka Hee Joo berubah menyedari Yutaka sukakan Miri. Alahai kasihannya Hee Joo.


Miri yang dilanda kebimbangan tidak mahu mengikut mereka ke perlawanan besbol setelah diajak Hee Joo. Tapi melihat Hee Joo kecewa dia akhirnya terpaksa bersetuju.


Yutaka nampak sangat gembira sekali apabila Hee Joo memberitahunya Miri mahu menyertai mereka. Yutaka kemudian meminta assistantnya membooking tiket ke perlawanan besbol.


Miri curi-curi masuk ke pejabat Myung Hoon untuk mencari maklumat mengenai siasatan yang dijalankan. Setelah meneliti beberapa dokumen dia pun keluar. Dia terperanjat apabila Myung Hoon menyapanya dan bertanya kenapa dia keluar dari pejabatnya. Cepat-cepat Miri menjawab dia ingin menemui Myung Hoon untuk mengajaknya keluar makan malam. Dan Myung Hoon bersetuju.

Miri menghubungi Hee Joo memberitahu dia tidak dapat menyertai mereka.


Yutaka kelihatan sedang menunggu mereka dengan senyuman lebar. Apabila Hee Joo tiba dia mendapati Miri tiada. Dia kelihatan kecewa namun tetap meneruskan rancangan menonton perlawanan itu.


Myung Hoon membawa Miri melawat ibunya di hospital. Dan sekali lagi Miri pura-pura berlakon sweet. Dia melayan ibu Myung Hoon dengan penuh kasih sayang. Myung Hoon ternampak dan memerhati dari jauh sambil teringat kata-kata bekas isterinya tentang ibu.


Miri membantu membasuh cadar ibu Myung Hoon dan mereka sedang gembira bermain air bersama. Manakala Yutaka dan Hee Joo seronok menonton perlawanan besbol bersama.


Selesai menonton, Yutaka membelikan patung buat Hee Joo. Tapi Hee Joo menyangka patung itu untuk Miri tapi Yutaka kata itu untuknya kerana telah menemaninya. Hee Joo kelihatan sangat suka tapi apakan daya hanya bertepuk sebelah tangan. Tsk.


Yutaka dan Hee Joo pulang menaiki keretapi. Yutaka memandang Hee Joo sedang terangguk-angguk tidur. Tanpa sedar, kepaa Hee Joo tersandar di bahu Yutaka membuatkan dia hanya mampu tersenyum.


Sementara Miri masih dengan kepura-puraannya. Dia pura-pura tidur di dalam kereta sementara Myung Hoon berhenti di satu tempat mengambil udara segar sambil merenung jauh. Dia mengimbas semua tentang Miri. Dan tiba-tiba Miri keluar dari kereta memeluk Myung Hoon dari belakang. Dan chup! Kissing moment.




Bersambung......











No comments:

Post a Comment