Presiden Choi bertemu Kyung Hee mengatakan tentang Mu Yeol. Kyung Hee bertanya apa sebenarnya yang terjadi kepada suaminya. Presiden Choi terkejut sebab dia menyangka Kyung Hee sudah tahu perkara sebenar. Presiden malah bertanya jika dia tahu Jin Pyo berada di mana. Kyung Hee juga sedang mencari Jin Pyo yang telah membawa bayinya lari. Dia memohon kepada Presiden Choi untuk mencari Jin Pyo kerana dia terlalu ingin menemui anaknya.

Jin pyo datang mencari Yoon Sung kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Yoon Sung menyerahkan Lee Kyun Wan kepada pihak polis yang tidak dipercayainya sejak dulu. Jin Pyo mahu Lee Kyung Wan terus dibunuh. Namun Yoon Sung tetap bertegas dengan caranya membalas dendam tanpa pertumpahan darah. Maka Jin Pyo mengambil keputusan menggugurkan Yoon Sung dalam misinya dan akan melakukan revenge dengan cara sendiri. Yoon Sung cuba meyakinkan Jin Pyo yang dia akan melakukan semuanya. Jin Pyo berkata jika Yoon Sung yang jumpa dulu target kedua, dialah yang akan urus. Tetapi jika Jin Pyo yang menjumpainya dulu, maka target kedua itu akan mati di tangannya. Pehh bapa dan anak bersaing.

Yoon Sung pergi semula ke tempat ibunya berniaga. Perlahan-lahan dia mendekati wanita yang sedang duduk resah. Yoon Sung duduk di meja dan order tamen sambil terus memerhatikan Kyung Hee penuh kesayuan.

Tiba-tiba Da Hae serta bodyguardnya Nana dan rakannya datang duduk di sebelah meja Yoon Sung. Nana memanggil Kyung Hee ahjumma. Apparently, Nana selalu datang makan di kedai Kyung Hee. Dia sempat bertanya tentang kesihatan Kyung Hee kerana dia lihat kyung Hee seperti tidak sihat. Kemudian barulah mereka perasan yang Yoon Sung juga berada di sana. Da Hae terus duduk di sebelah Yoon Sung sambil memujuk untuk menjadi tutornya. Mata Yoon Sung tetap tidak lari dari merenung Kyung Hee membawa ramen kepadanya.

Yoon Sung membayar harga makanannya tanpa makan sedikit pun dan berlalu pergi. Semua mereka hairan melihat kelakuan Yoon Sung.

Nana menerima sms daripada Yoon Sung menyuruhnya menjadi driver pada malam itu. Yoon Sung sedang minum seorang diri di bar. Kebetulan Young Joo dan partnernya juga pergi ke bar itu untuk berbincang mengenai 'City Hunter'. Dia telah ditugaskan menyiasat dan menangkap 'City Hunter'. Yoon Sung mendengar perbualan mereka.

Nana kemudian sampai dan terserempak dengan Young Joo. Dia segera memimpin Yoon Sung yang sedang mabuk keluar. Tiba-tiba Young Joo terlanggar Nana menyebabkan duit syilingnya jatuh terburai dari purse. Young Joo membantu Nana mengutip duit syiling itu. Yoon Sung annoying melihat scene itu dan segera keluar.

Di kereta, Nana membebel tentang perangai Yoon Sung seperti anak manja. Manakala Yoon Sung hanya diam membisu. Nana menyebut tentang ibubapa lantas Yoon Sung menjawab dia tidak mempunyai ibu sejak kecil. Yoon Sung menyuruh Nana memberhentikan kereta.

Yoon Sung sebenarnya down memikirkan ibu yang disangkanya selama ini hidup bahagia dan senang tetapi sebaliknya. Nana membelikan Yoon Sung minuman.

Nana meminta maaf atas kata-katanya tadi. Dia mengatakan mereka mempunyai persamaan iaitu tidak mempunyai ibu. Yoon Sung tanya kenapa dia selalu mencari persamaan antara mereka. Huhu. Nana cuba menghiburkan Yoon Sung dan berjaya membuatnya senyum.

Di rumah, Yoon Sung memberitahu Shik Joong, Jin Pyo berada di Korea mencarinya. Shik Joong panik kerana dia tahu Jin Pyo pasti marah sebab Yoon Sung tidak membunuh Lee Kyung Wan.

Keesokan harinya, Yoon Sung pergi ke butik mencari purse baru buat Nana setelah melihat pursenya yang jatuh semalam. Di butik, dia terserempak Young Joo yang jelas turut ingin membelikan Nana purse baru.

Yang tak boleh blah adalah mereka tertarik dengan purse yang sama. Maka berlaku perebutan dan Yoon Sung berjaya mendapatkannya. Tapi Young Joo juga beli purse yang sama dan ditambah dengan keychain. Haha.

Ketua Young Joo mendesak dia menyiasat 'City Hunter' itu secepat mungkin. City Hunter harus diberkas kerana telah menculik Lee Kyung Wan.

Sementara itu, Da Hae dipujuk ibunya untuk segera bangun pergi kelas sambil diperhati Nana yang sedang bertugas. Da Hae enggan kerana dia mahukan Yoon Sung menjadi tutornya.

Berita mengenai penyelewengan oleh Lee Kyung Wan telah membangkitkan kemarahan rakyat dengan melakukan protes di luar bangunan kongres. 3 ahli kongres duduk berbincang mengenai situasi itu memandangkan mereka takut jika kedudukan mereka dalam bahaya.

Di tepi sebuah pantai kelihatan Jin Pyo sedang berdiri mengimbas kembali saat-saat dia dan rakan-rakannya yang telah dibunuh dalam misi mereka dahulu.

Kemudian datang Kim Sang Gook, seorang pegawai polis yang merupakan adik kepada salah seorang yang terbunuh bersama-sama Mu Yeol. Jin Pyo tahu Sang Gook pernah menyiasat tentang abangnya yang terkorban namun tiada maklumat. Jin Pyo menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Mereka kemudian bersepakat membalas dendam. Jin Pyo mengarahkan Sang Gook menyiasat tentang target kedua yang identitinya masih kabur.

Dalam waktu yang sama, Yoon Sung juga sedang menyiasat tentang target kedua. Dia masih belum tahu siapa rakan-rakan seangkatan Lee Kyung Wan yang lain.

Yoon Sung dan rakan sekerjanya dipanggil oleh Presiden Choi meminta mereka menyiasat siapa yang telah menggodam sistem telekomunikasi Blue House mengenai penyebaran video Lee Kyung Wan itu.

Sebaik Yoon Sung keluar dari pejabat Presiden Choi, salah seorang daripada 4 kongres itu, Seo Yong Hak, masuk bertanya kepada Presiden Choi tentang military tags yang ditemui di leher Lee kyung Wan itu ada kaitan dengan insiden di Burma itu atau tidak. Presiden Choi menafikan. Namun tahap kawalan dan keselamatan akan ditingkatkan di kalangan mereka.

Nana menerima surat penarikan rumah dari mahkamah. Dia bergegas minta izin untuk pulang. Yoon Sung kehairanan dan bertanya surat apa yang diterima Nana. Salah seorang staff berkata, itu adalah surat dari mahkamah.

Yoon Sung menghubungi Shik Joong memberitahu tentang penarikan rumah Nana. Shik Joong meminta Yoon Sung untuk membantunya tetapi Yoon Sung malah menyuruh Shik Joong sendiri mengurus hal Nana.

Shik Joong keluar mengekori Nana yang sedang berusaha merayu untuk ditangguhkan penarikan rumahnya. Masih menjadi tanda tanya apa hubungan Shik Joong dengan Nana ini.

Sementara di rumah, Yoon Sung masih menyiasat siapakah target keduanya. Dia meminta Shik Joong menyiasat tentang Seo Yong Hak. Shik Joong pula meminta Yoon Sung menjaga Nana in return.

Yoon Sung duduk dalam kereta memerhatikan Nana sedang merayu kepada pemilik rumah supaya diberikan peluang untuknya membayar hutang. Namun dia malah dihalau keluar. Nana menangis. Yoon Sung sengaja menghubunginya dan menyuruh Nana menjemputnya di satu tempat. Nana cuba memberi alasan lantas Yoon Sung menawarkan jika dia tiba dalam masa 30 minit, semua hutangnya dikira langsai.

Sebaik sampai, Nana melihat Yoon Sung tidak pun mabuk seperti kebiasaan jika dia diminta menjadi driver. Yoon Sung berkata dia baru ingin mula minum. Lalu membuatkan Nana sakit hati. Dia kecewa dengan sikap Yoon Sung yang tidak pernah memahami kesukaran orang lain. Nana menghantarnya pulang. Suasana sepi sepanjang mereka di dalam kereta. Yoon Sung hanya diam memerhati Nana.

Sampai di rumah Yoon Sung, Nana menyerahkan kunci dan segera berlalu pergi tanpa sepatah kata. Yoon Sung hanya melihat dia pergi. Yoon Sung naik ke rumah seperti teragak-agak. Tidak lama lepas itu, dia turun semula dan masuk ke kereta mengejar Nana.

Tetapi Nana sudah pun naik ke dalam bas. Yoon Sung mengekori bas tersebut dari tepi dan melihat Nana sedang menangis.

Hearbreaking. Wuwuwu. Yoon Sung cuma memerhati dari jauh. Dia pun sebenarnya tidak tahu nak ekspresikan perasaan bagaimana.

Yoon Sung mengekori Nana sampai ke rumah. And again dia cuma mampu berdiri melihat tingkap rumah Nana dari bawah. Sementara Nana menangis sekuat hati sambil bercakap dengan gambar keluarganya. Oh very heartbreaking.

Dalam perjalanan pulang, Yoon Sung ternampak ada kekecohan sedang berlaku di sebuah klinik haiwan. Dia memberhentikan kereta untuk melihat apa yang telah berlaku. And there is Sae Hee sedang diperas ugut oleh seorang pelanggannya mengenai anijngnya.

By the time customer itu cuba memukul Sae Hee, muncul Yoon Sung menahan tangan customer itu sambil membuat panggilan polis. Yayy confirmlah Sae Hee jatuh hati dengan Yoon Sung. Her hero. Pffft.

Sae Hee berterima kasih kepada Yoon Sung dan memperkenalkan diri masing-masing. Yah! Mata bertaut! Pfftt.

Nana dan rakannya telah diberi tugasan baru iaitu menjadi bodyguard kepada Seo Yong Hak yang merupakan calon presiden baru.

Seo Yong Hak meminta Nana mencarikan lagu yang sesuai untuk majlis ulangtahun perkahwinannya nanti.

Sementara itu, Sang Gook melaporkan maklumat siasatannya kepada Jin Pyo. Mereka masih mencari siapakah target kedua mereka.



Sama juga dengan Yoon Sung. Shik Joong memberitahu maklumat yang disiasatnya mengenai Seo Yong Hak yang mana Yoon Sung berasa dialah target kedua yang dicari mereka. Yoon Sung terkejut apabila Shik Joong memberitahu Nana telah dilantik menjadi bodyguard kepada Seo Yong Hak meletakkannya di tempat bahaya.

Di Blue House, komputer Nana bermasalah. Mereka menghubungi Ki-Joon untuk perbaiki. Namun atas kesibukannya, Yoon Sung terpaksa melakukan. Pada mulanya dia enggan. Tapi setelah mendengar komputer rosak itu milik Nana, dia cepat-cepat bersetuju kerana berpeluang memberi purse yang baru dibelinya kepada Nana. Akan tetapi sebaik dia sampai di sana, Nana menarik muka masam dengannya.
Sewaktu membaiki komputer, dia mendengar perbualan Nana dan rakannya tentang lagu yang dipilihnya untuk makan malam sempena ulang tahun Seo Yong Hak.
Sewaktu membaiki komputer, dia mendengar perbualan Nana dan rakannya tentang lagu yang dipilihnya untuk makan malam sempena ulang tahun Seo Yong Hak.

Yoon Sung keluar setelah siap membaiki komputer Nana. Nana menerima bungkusan berisi purse dan keychain yang sama dibeli oleh Young Joo. Whoaaa Young Joo sudah mendahului. Huhu. Tapi pengirimnya tertulis, 'ahjussi'. Nana memberitahu rakannya hadiah itu daripada Daddy Long Legs. Hurmm..mungkin orang yang dimaksudkan Nana itu ialah Shik Joong. Tiba-tiba Nana menerima sms daripada Yoon Sung meminta membawakan kopi untuknya.

Yoon Sung menunggu Nana di luar pejabat sambil tersenyum melihat purse yang dibungkus rapi. Tapi Nana pula masih bermasam muka dengan Yoon Sung. Nana segera beredar selepas membawakan kopi tapi dihalang Yoon Sung untuk memberi hadiah. Tapi dia ternampak purse yang dipegang Nana sama macam purse yang ingin dihadiahkannya. Yoon Sung tanya purse itu pemberian siapa. Dengan bangga Nana menjawab dari Daddy Long Leg orang yang paling dia suka di dunia selain ayahnya. Air muka Yoon Sung serta merta berubah. Dia tidak jadi memberi purse itu. Huhu kasihan pula.

Yoon Sung meminta Shik Joong melawat Lee Kyung Wan di penjara untuk mendapatkan maklumat namun gagal kerana Lee Kyung Wan akan dipindahkan ke penjara lain. Kelihatan dia dibawa keluar oleh pihak polis dan rupanya Jin Pyo sedang menyamar jadi polis itu. Dia membawa Lee Kyung Wan masuk ke dalam bas. Yoon Sung yang menunggu Shik Joong di luar ternampak pegawai polis itu adalah Jin Pyo lalu segera mengejar bas itu.

Berlaku adegan kejar-mengejar di jalan raya. Dia tahu Jin Pyo akan mendahuluinya mendapatkan maklumat tentang target kedua dari Lee Kyung Wan dan seterusnya dibunuh. Dia berusaha menghalang bas itu namun beberapa kali terbabas. Akhirnya dia mengambil keputusan menghadang laluan bas itu dan berdiri di atas keretanya dengan harapan Jin Pyo berhenti.

Tapi Jin Pyo yang kejam itu tetap merempuh kereta Yoon Sung cuma di bahagian belakang menyebabkan Yoon Sung tercampak ke jalan raya.

Jin Pyo berhenti di satu kawasan dan cuba mencungkil maklumat dari Lee Kyung Wan. Lee Kyung Wan ketakutan setelah diberitahu Jin Pyo telah menyaksikan rakan-rakannya dibunuh oleh tentera kerajaan dan selepas itu laporan palsu dibuat mengatakan mereka hilang. Jin Pyo mengeluarkan beberapa gambar dan menyuruh Lee Kyun Wan memberitahu siapa lagi 4 orang rakannya yang lain. Belum sempat mendapat maklumat, pasukan polis tiba. Jin Pyo melarikan diri dan hanya berjaya mendapatkan satu nama iaitu, Seo Yong Hak!

Seo Yong Hak calon presiden dibawah lindungan Nana meraikan ulang tahun perkahwinan bersama isteri dan anak-anak di sebuah restoran. Jin Pyo memerhati dari jauh sambil membuat panggilan kepada Yoon Sung mengatakan dia sudah berjaya menjejaki target kedua.


Yoon Sung terdengar muzik latar melalui panggilan itu sambil diberitahu Jin Pyo yang muzik itu sesuai bagi majlis ulang tahun. Tiba-tiba Yoon Sung teringat di mana dia pernah mendengar muzik itu sebelum ini dan kemudian teringat Kim Na Na. Suasana panik menyelubungi lantas segera menelefon Nana. Tapi Nana hanya membiarkan panggilan itu.


Yoon Sung terdengar muzik latar melalui panggilan itu sambil diberitahu Jin Pyo yang muzik itu sesuai bagi majlis ulang tahun. Tiba-tiba Yoon Sung teringat di mana dia pernah mendengar muzik itu sebelum ini dan kemudian teringat Kim Na Na. Suasana panik menyelubungi lantas segera menelefon Nana. Tapi Nana hanya membiarkan panggilan itu.
Jin Pyo sudah pun bersedia meletakkan target dengan senapang jarak jauh di bangunan sebelah. Pada masa yang sama Yoon Sung cepat-cepat ke restoran di mana dia pernah terdengar Nana menyebutnya semasa dia sedang membaiki komputer Nana.
Semasa Jin Pyo sudah siap untuk menarik picu senapang, tiba-tiba bekalan elektrik putus. Suasana menjadi gelap gelita menghalang Jin Pyo melihat targetnya. Nana segera mengarah Seo Yong Hak dan ahli keluarganya bersembunyi di bawah meja untuk keselamatan.

Semasa Jin Pyo sudah siap untuk menarik picu senapang, tiba-tiba bekalan elektrik putus. Suasana menjadi gelap gelita menghalang Jin Pyo melihat targetnya. Nana segera mengarah Seo Yong Hak dan ahli keluarganya bersembunyi di bawah meja untuk keselamatan.
Nana kemudian berdiri memerhati keadaan sekeliling. Jin Pyo masih meneruskan rancangannya untuk menembak. Dalam suasana gelap itu targetnya mengenai kepala Nana. By the time peluru ditembak mengenai tingkap, Nana ditarik oleh seseorang dan telah menyelamatkan nyawanya.
Bersambung......
Bersambung......
No comments:
Post a Comment