Ketika keluar dari pejabat kebajikan itu, Yoon Sung nampak staff Shim Jae Dong sedang memusnahkan satu dokumen dipercayai ada kaitan dengan muslihat target pertama. Dia masuk ke sebuah bilik dan membuat satu kebakaran kecil dan kemudian membunyikan loceng kebakaran.

Orang ramai menjadi huru hara. Yoon Sung mengambil peluang menyelinap masuk ke pejabat itu dan mengambil beberapa dokumen termasuk yang telah dimusnahkan Jae Dong. Sementara itu, Nana masih berada di bangunan itu mencari Yoon Sung. Yoon Sung tiba-tiba muncul di belakangnya dan sempat diperli Nana kerana hanya menyelamatkan diri sendiri berbanding menolongnya. Hehe. Mereka beredar dari tempat itu namun Jae Dong sempat ternampak Yoon Sung membawa beg plastik berisi dokumen yang diceraikannya. Tapi dia belum lagi mengesyaki sesuatu.

Di rumah, Yoon Sung berusaha mencantumkan semua dokumen itu. Setelah selesai dia mendapati nama Mi Jin dan Do Jin, kanak-kanak di kejiranan Nana itu, ada di dalam senarai yang mendapat kebajikan. Terbukti bahawa target pertama terlibat dalam penyelewengan wang.

Tiba-tiba Yoon Sung mendengar perbualan antara target pertama dan Jae Dong mengatakan wang sudah ditransfer.

Yoon Sung bergegas pergi ke tempat Jae Dong berada. Sampai di situ, dengan selamba Yoon Sung mengambil pouch berisi dokumen dan pergi dari situ. Beberapa orang menyerangnya tapi berjaya ditepis Yoon Sung. Nampaklah juga cool Yoon Sung dalam scene ni.

Sementara itu, Young Joo bertekak dengan bossnya mengenai waran tangkap Lee Kyung Wan. Dia menerima satu bungkusan tiada nama pengirim berisi bukti-bukti penyelewengan Lee Kyung Wan. Kita tahu yang kotak itu dikirim oleh Yoon Sung.

Young Joo dan staffnya harus mendapat persetujuan semua kabinet atas penangkapan Lee Kyung Wan berdasarkan bukti-bukti itu. Jadi satu sidang telah dibuat dan Lee Kyung Wan begitu semangat menyakinkan orang ramai yang dia tidak bersalah. Young Joo mendengar di sebuah bilik berasingan. Yoon Sung juga berada di dewan tersebut.

Setelah selesai, undian berpihak kepada Lee Kyung Wan dan dia digugurkan dari penangkapan. Young Joo kecewa. Yoon Sung tidak puas hati sambil fikirannya membayangkan penderitaan dua beradik Mi Jin dan Do Jin. Jin Pyo juga turut menyaksikan melalui tv. Dia kelihatan sangat marah.

Lee Kyung Wan sempat menyindir Young Joo di luar bangunan. Lee Kyung Wan menyindir dia sepatutnya bekerja menangkap penjenayah sebenar.

Yoon Sung memerhatikan Lee Kyung Wan dari jauh dengan muka yang sangat tidak puas hati. Di dalam kereta, Jae Dong memberitahu Lee Kyung Wan, dia seolah tahu siapa yang mendedahkan bukti dokumen itu. Dia menggambarkan ciri orang yang disyakinya.

Nana menelefon Yoon Sung mengajaknya makan bersama dengan kanak-kanak itu di rumahnya. Yoon Sung memuji masakan Nana dan Nana telah menyebut sesuatu berkaitan masakan mak lalu membuat air muka Yoon Sung berubah. Mungkin sebab dari kecil dia tak pernah rasa masakan ibu kandungnya.


Lepas makan, Yoon Sung dan Nana menikmati kopi pula.

Beralih kepada cerita Young Joo. Di sini barulah keluar satu lagi watak tak kurang penting juga dalam drama ni. Dia adalah Jin Sae Hee. Young Joo menemui Sae Hee kerana Sae Hee lah orang yang tepat ditemuinya sebab dia sajalah dapat memahami Young Joo. Aku rasa si Young Joo ni suka dengan Sae Hee. And suprisingly, mereka berdua kenal dengan Nana. Dan Sae Hee ni bekerja di sekitar Blue House. Ok watak dia masih samar-samar lagi.

Yoon Sung makan ramen seorang diri di ruangan makan rumahnya. Dia memandang keadaan sekeliling ruang itu sambil teringat ruang makan rumah Nana membuatkan dia merindui kampung halamannya. Dia kemudian menelefon ahjussi Shik Joong yang berada di Thailand dan bertanyakan khabar. Dia merindui masakan Shik Joong kerana baginya masakan Shik Joong adalah masakan ibu baginya. Alahai sedih pula dengar.

Jin Pyo memberitahu sudah tiba masanya Shik Joong dihantar ke Korea dan menemani Yoon Sung.

Lima ahli kabinet bertemu di pejabat Presiden Choi membincangkan tentang kes Lee Kyung Wan itu. Menurut Presiden Choi, hukuman tetap dijalankan kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah walaupun di kalangan mereka berlima. Mereka berempat itu nampak macam tidak senang dengan Presiden Choi. Kalau ditengok Presiden Choi seorang saja yang baik yang empat itu semua gila kuasa.

Lee Kyung Wan tidak duduk diam. Dia menyuruh menyiasat siapa yang berani membongkar bukti kegiatannya. Telah ada petunjuk yang membawa mereka kepada Yoon Sung. Lee Kyung Wan tahu dua kana-kanak itu tahu siapa dalangnya.


Da Hae menemui ayahnya yang sedang bertukang kayu di bengkel. Da Hae memujuk ayahnya menukarkan dia tutor lain. Memang dia aim Yoon Sung jadi tutor dia.

Nana kelam kabut kerana sudah lambat ke kerja. Yoon Sung ternampak Nana berlari lantas memberhentikan keretanya. Nana rasa senang sebab menyangka Yoon Sung mahu menumpangkan dia tapi tidak. Yoon Sung cuma berhenti untuk mengusiknya dan terus berlalu meninggalkan Nana. Hehe.

Semasa sampai di Blue House, Nana ternampak Da Hae dan Yoon Sung sedang bertekak. Da Hae meminta Yoon Sung menjadi tutornya tapi macam biasa Yoon Sung enggan. Jadi mulalah Da Hae membuat scene di sana.

Waktu lunch, Nana menemui Yoon Sung dan menyampaikan mesej bahawa First Lady ingin berjumpanya. Tapi Yoon Sung tidak mempedulikan. Dia kata dia ada temujanji dengan orang yang lagi penting dalam hidupnya. Itu hanya membuatkan Nana kuat mengatakan Yoon Sung seorang playboy. Tapi sebenarnya Yoon Sung pergi ke airport menjemput Shik Joong. Teehee.

Malam itu Nana meghantar sms kepada Yoon Sung. Dia macam merungutlah kenapa Yoon Sung sudah jarang meminta dia melakukan kerja. Haha ada bunyi cemburu di situ sebab dia fikir Yoon Sung ni selalu spent time dengan perempuan-perempuan lain. Yoon Sung balas dengan ayat yang buat Nana bengang. Dia kemudian membalas semula memberitahu dia bersama Do Jin dan Mi Jin sedang menyiapkan gubahan untuk majlis Lee Kyung Wan dan minta dia jangan datang menemui mereka. Hahaha.

Di hari majlis itu, Chun Jae Man memberi amaran kepada Lee Kyung Wan agar berjaga-jaga kerana masih ramai yang bercakap tentang kes penyelewengan tersebut. Chun cuma bimbang jika dia ditanya macam-macam oleh wartawan.

Young Joo juga hadir di majlis terbabit dan menunjukkan diri di hadapan menteri berempat itu. And ooh! Aku rasa Young Joo ini adalah anak kepada Kim Jong Shik, salah seorang daripada berempat itu. Whoa makin suspen pula cerita ni. Sementara itu, Chun Jae Man mengarah orangnya memerhatikan Lee Kyun Wan.

Di luar bangunan, kelihatan Yoon Sung sudah bersedia dalam rancangannya. Turut membantu ialah Shik Joong menyamar sebagai tukang cuci.
Nana menemani Mi Jin dan Do Jin menyerahkan cenderahati yang dibuat mereka malam itu tapi telah dibuang ke dalam tong sampah. Nana melihat dari jauh dan ingin menuju ke arah mereka tetapi disapa oleh Young Joo.

Nana memberitahu dia ada menonton Young Joo di tv dan memberi kata semangat kepada Young Joo dalam usahanya membanteras penyelewengan.

Mi Jin dan Do Jin dibawa menemui Senator Lee Kyung Wan. Senator Lee cuba bertanya siapa ahjussi yang selalu bersama mereka itu. Senator Lee ni cuba mencungkil maklumat berkaitan dengan orang yang cuba membongkar perbuatannya itu.

Belum sempat pun dia habis menyoal siasat, Yoon Sung yang berdiri di tingkat bawah tempat Lee Kyung Wan berada menelefon agar melepaskan kanak-kanak itu. Dia sendiri akan menyerah diri kepada mereka.

Yoon Sung kemudian masuk menyerah diri. Lee Kyung Wan dengan angkuh berkata-kata di depan Yoon Sung bahawa duit itu memang patut pun diambilnya kerana budak-budak yang diabaikan ibubapa itu bukannya tanggungjawab kerajaan. Macam-macam lagilah yang dikatakannya. Tapi yang bestnya dia tidak tahu semua kata-katanya itu telah dirakam oleh Yoon Sung melalui cermin mata yang dipakainya.

Dengan bantuan Shik Joong dan gadget canggih, rakaman itu berjaya memasuki semua siaran media elektronik seluruh negara melalui cara menggodam sistem telekomunikasi Blue House. Maka tersiarlah ucapan Lee Kyung Wan untuk tontonan umum. Lee Kyung Wan panik melihat video itu. Keadaan menjadi tidak terkawal. Chun Jae Man mengarahkan orangnya mengeskot Lee Kyung Wan keluar dewan.

Yoon Sung berjaya melepaskan diri dari orang suruhan Lee. Dia ternampak Lee melarikan diri bersama orang suruhan Chun menaiki sebuah bot. Yoon Sung segera turun dengan aksi paling cool lah orang kata. Dia berjaya melompat masuk ke bot yang baru berlepas itu. Orang suruhan Chun itu cuba membunuh Lee tapi berjaya dihalang Yoon Sung. Berlaku sedikit pergaduhan. Yoon Sung berjaya menewaskan orang berkenan.

And shoot! Yoon Sung menembak Lee Kyung Wan. Tapi hanya peluru ubat pelali. Haha.

Walaupun revenge, Yoon Sung berhati mulia juga tidak membunuh. Dia hanya memasukkan senator Lee ke dalam kotak dan menyerahkan ke pejabat Young Joo untuk tindakan undang-undang. Lee Kyung Wan sudah terbukti bersalah sebab dia sendiri sudah mengakui perbuatannya melalui rakaman tersebut.

Yoon Sung menghubungi Nana bertanyakan keberadaannya. Nana sedang membawa budak-budak itu berjalan-jalan setelah apa yang berlaku di dewan tadi. Yoon Sung mengarahkan Nana membelikannya kopi dan datang menemuinya satu tempat.

Sambil meneliti tempat ibunya berniaga, Yoon Sung menoleh kebelakang mendapati Jin Pyo sedang berdiri sambil melihat ke arah Yoon Sung.
Bersambung......
Yoon Sung kelihatan bermain dengan pancutan air di tempat itu. Nana hanya memerhatikan sambil tersenyum. Kemudian Yoon Sung menarik mereka semua bermain air bersama. Maka berlakulah adegan paling sweet seperti sebuah keluarga bahagia. Huhuhu.

Nana membawakan kopi buat Yoon Sung. Nana tersenyum melihat budak-budak itu kembali ceria kerana baginya tiada yang menggembirakan selain melihat anak-anak itu gembira.

Sementara itu, Young Joo menyoal siasat Lee Kyung Wan. Dia bertanya apa maksud di sebalik dog tags yang digantung di lehernya semasa dia diberkas itu. Jelaslah yang dog tags itu bukti buat dendam Yoon Sung menumpaskan target pertama. Namun ia menimbulkan seribu persoalan kepada Young Joo.

Yoon Sung menghantar Nana dan budak-budak itu pulang dengan pakaian masih basah. Dia merungut kesejukan dan segera berlari masuk ke rumah Nana. Di rumah, mereka menonton tv bersama sambil Yoon Sung makan masakan Nana. Dia sempat complain masakannya itu haha.

Mereka menonton berita mengenai penangkapan Lee Kyung Wan. Nana memuji semangat Young Joo dalam membanteras jenayah itu. Dia juga tertanya-tanya siapa 'city hunter' disebalik penangkapan Lee Kyung Wan.

Jin Pyo yang menonton berita itu marah kerana Yoon Sung tidak membunuh terus Lee Kyung Wan seperti yang diharapkannya. Dia kemudian menghubungi Yoon Sung dan Yoon Sung menjelaskan dengan cara itu saja pembalasan setimpal diberikan kepada Lee Kyung Wan.

Yoon Sung terkejut melihat rumahnya dipenuhi kitchen ware yang baru dibeli oleh Shik Joong. Shik Joong tanya Yoon Sung jika dia ada mencari ibunya. Airmukanya berubah. Dia tidak mahu mencari orang yang membuangnya masa kecil.



Shik Joong terpandang gambar keluarga yang dulu pernah dikoyak Jin Pyo tetapi Yoon Sung telah membaikinya. Shik Joong ternampak nama kedai yang tertera di background gambar itu. Dia cuba menjejaki kedai tersebut demi mencari ibu Yoon Sung.

Sementara itu di Blue House, Presiden Choi menerima laporan tentang siasatan dog tags yang didapati di leher Lee Kyung Wan sewaktu dia diberkas itu. Presiden Choi seperti dapat tahu apa sebenarnya motif dog tags tersebut, membawa dia mengenang semula tentang orang-orang yang dihantarnya menyerang Burma dahulu.

Shik Joong berjaya menjejaki keberadaan ibu Yoon Sung. Dia bergegas memberitahu Yoon Sung namun reaksinya hambar. Shik Joong meninggalkan alamat ibunya di atas meja Yoon Sung.

Walaubagaimanapun, hati Yoon Sung masih ingin bertemu ibunya. Dia pergi ke alamat yang diberikan dan memerhati dari jauh ibunya sedang menjual rice cake di kaki lima. Beberapa ketika kemudian, ada seorang lelaki menemui ibunya menyatakan ada orang ingin berjumpa dengannya.

Kyung Hee terperanjat apabila mendapati orang yang ingin menjumpainya adalah Presiden Choi.

Sambil meneliti tempat ibunya berniaga, Yoon Sung menoleh kebelakang mendapati Jin Pyo sedang berdiri sambil melihat ke arah Yoon Sung.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment