Episod 3 dimulakan dengan imbasan sewaktu kecil Hee Joo dan Miri di rumah anak yatim. Miri dan Hee Joo bersembunyi kerana Hee Joo bakal diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri dari Jepun. Hee Joo yang sedang sakit perut tidak mahu mengikut pasangan itu. Jadi Miri membantu Hee Joo bersembunyi di sebuah bilik kosong. Pasangan suami isteri itu sudah lambat mengejar flight pulang ke Jepun maka Sister mengambil keputusan menyerahkan Miri kepada pasangan itu. Miri berkeras tidak mahu kerana dia mahu duduk di situ menunggu ibu menjemputnya. Namun dia terpaksa diserahkan juga. Ouh macam itu rupanya dia boleh sampai ke Jepun. Hee Joo pula yang mendengar jeritan Miri berusaha untuk keluar dari bilik itu tetapi berkunci.


Yutaka yang telah mula bekerja sebagai Direktor di Mondo Resort, sedang melihat satu architectural design bersama rakannya Chul Jin. Mereka tertarik dengan design itu namun pemiliknya tidak dapat dikesan. Mungkin dengan melihat rakaman cctv mereka akan dapat mencari pemilik design itu.

Sementara itu, Hee Joo yang terjumpa Miri dalam bas membawanya pulang ke rumah. Miri seakan terpegun melihat rumah Hee Joo dan bertanyakan keluasan rumah itu. Hee Joo berkata rumah itu bukan miliknya tapi milik Chul Jin oppa yang datang ke rumah anak yatim selepas Miri di ambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Jepun itu. Aik? Chul Jin oppa itu kan kawan Yutaka? Haiya semua connected.

Miri kelihatan seperti tidak senang. Dia kata disebabkan membantu Hee Joo bersembunyi dulu lah hidupnya berubah selepas itu. Nampaknya dia menyalahkan Hee Joo atas penderitaannya selama ini. Whoaa pasti dendam ini. Hee Joo meminta maaf atas kesilapan dulu.


Di Hotel A, Myung Hoon memohon maaf kepada bapa mertuanya, Presiden Lee atas kes penceraian itu. Dia kemudian menyerahkan surat berhenti kerja kerana telah berjanji dengan bekas isterinya akan meninggalkan semua harta keluarga termasuk kerjanya. Namun Presiden Lee tidak menerima perletakan jawatan itu kerana dia memberi kedudukan itu kepada Myung Hoon bukan atas sebab dia menantu. Presiden Lee perlukan Myung Hoon menguruskan hotel itu.

Yutaka merancang pertemuan dengan Myung Hoon bagi membincangkan soal pembelian Hotel A oleh kumpulan Mondo.

Myung Hoon meletakkan beberapa syarat iaitu, staff dan suasana hotel itu harus dikekalkan dan Yutaka bersetuju. Kemudian mereka berbincang mengenai kuasa as Myung Hoon technically adalah dibawah Yutaka. Myung Hoon berkata dia walaubagaimanapun akan meletak jawatan tidak lama lagi membuatkan Yutaka sedikit terperanjat. Yutaka cuba bertanyakan sebab namun Myung Hoon menjawab ianya adalah hal peribadi. Di akhir rundingan, Yutaka meminta Myung Hoon agar merubah fikiran kerana jika dia tiada maka tiada gunanya kumpulan Mondo takeover hotel itu.

Myung Hoon mendapat panggilan kecemasan dari Direktor Kang menyatakan anak perempuan perdana menteri Jepun yang menginap di hotel itu telah hilang. Jika mereka tidak menjumpai PM's daughter itu sebelum Pm datang maka mereka akan berada di dalam kesusahan. Mereka memeriksa rakaman cctv dan mendapati PM's daughter telah menggunakan tangga untuk melarikan diri. Direktor Kang tertanya adakah mereka patut mengambil Miri bekerja semula?

Sementara itu, Miri merenung ke arah gambar dia dengan Hee Joo sewaktu di rumah anak yatim. Hee Joo dengan cerianya berkata dia gembira dengan pertemuan mereka dan mengembalikan suasana semasa mereka bersama dulu. Dia bertanya kepada Miri jika dia pun merasakan yang sama. Miri menjawab tidak. Dia tidak mahu mengenang semula kehidupan yang dulu. Dia bukan seperti yang dulu lagi. Dia mahu menjadi seorang yang lebih berjaya dan dipandang tinggi oleh semua orang.

Sewaktu mengemas dapur, Hee Joo menjatuhkan gelas secara tidak sengaja dan terpijak serpihan kaca. Dia meminta Miri mengambilkannya ubat di atas almari. Tiba-tiba dia ternampak sijil diploma Hee Joo di rak tersebut membuatkannya gembira bukan kepalang kerana itulah yang dicarinya.

Serta merta Miri berubah menjadi sangat ceria. Tadi bukan main masam mencuka seperti mahu tak mahu saja melayan Hee Joo. Dia konon-konon berkelakuan baiklah dengan Hee Joo dengan membantunya merawat luka Hee Joo. Sheesshh sungguh hipokrit siak.

Hee Joo terharu dengan layanan Miri dan terus memeluk Miri. Dia menawarkan Miri tinggal bersamanya di rumah itu. Alahai memang kasihan lah Hee Joo ini kelak.

Di pejabat pula, Myung Hoon sedang melihat profil kerja Miri. Ada satu dokumen tidak lengkap iaitu berkaitan dengan client report yang sepatutnya dilengkapkan dibiar kosong.

Miri tidur disebelah Hee Joo. Dia bangkit mengambil sijil diploma milik Hee Joo lantas segera pergi dari situ. Dia pergi ke tempat di mana sijil palsunya dibuat dan akhirnya, sijil itu siap. Dia kemudian pulang ke bilik sewanya.

Sementara itu, Yutaka dan Chul Jin sedang sibuk mengemas barang-barang kerana Yutaka akan berpindah dari situ.

Yutaka terserempak Miri di luar bilik dan cuba menyapa. Dia cuba mengajak Miri minum bersama namun tetap di ignore Miri. Tiba-tiba Yutaka berterus terang yang dia meminati Miri lantas Miri memberi pandangan pelik kepadanya. Yutaka menjelaskan perihal dirinya yang lahir dan dibesarkan di Jepun dan kemudian berpindah ke Korea kerana mengambil alih syarikat ayahnya.

Di luar dia terdengar perbualan manager Kim dan staff lain mengenai kehilangan PM's daughter yang bakal menyebabkan mereka semua akan ditimpa kesusahan. Menurut apa yang didengar, sesiapa yang menjumpai PM's daughter itu akan ditunaikan apa saja permintaanya. Ini membuatkan Miri berfikir untuk mendapatkan peluang itu.


Akan tetapi, Miri tidak percaya langsung dan berfikir Yutaka hanya mereka cerita untuk memikat hatinya. Lolololol. Dia melempar soalan sindiran kepada Yutaka. Kemudian Chul Jin keluar dan mendapati Miri bersikap kurang ajar terhadap Yutaka. Dia menyuruh Miri memohon maaf. Berlaku sedikit pertengkaran antara mereka namun berjaya dihalang Yutaka.


Di tempat kerja, semua staff bimbang kerana notis baru dikeluarkan. Setelah melihat notis itu, Miri menjadi marah kerana namanya tidak akan dipindahkan dari senarai probation. Dia kemudian pergi ke pejabat Myung Hoon dengan marah sekali.

Miri meminta penjelasan Myung Hoon kenapa dia masih di bawah probation. Bermacam-macam perkara yang dikatakan Miri untuk menegakkan dirinya sementara Myung Hoon yang pada mulanya hanya mendengar Miri berkata-kata, mengungkit tentang prestasi kerja Miri yang tidak memuaskan dimana dia tidak menyelesaikan repot berkenaan client. Itu sudah cukup membuktikan dia tidak layak untuk jawatannya. Miri bertambah marah dan segera keluar dari situ.

Miri pergi menemui Manager Kim cuba memujuk untuk mendapatkan maklumat mengenai PM's daughter itu. Namun manager Kim enggan kerana ianya sulit dan hanya orang tertentu sahaja tahu. Miri kemudian berpura-pura menggoda manager Kim dan akhirnya berjaya mendapatkan maklumat itu. Yayy kejinya si Miri.


Setelah mendapat gambar dan maklumat mengenai PM's daughter, Miri pun memulakan misinya menjejaki. Tapi belum ketemui. Sementara itu, Myung Hoon pergi mencari Miri di meja pejabatnya namun tiada dan telah menguatkan lagi buktinya bahawa Miri tiada etika kerja. Tapi kemudian mereka terserempak sewaktu menaiki lif bersama.

Sementara itu, Hee Joo prgi ke Mondo Resort untuk menghantar designnya menyertai satu pertandingan. Malangnya dia tidak membawa sijil diploma dan tidak tahu ke mana menghilang.

Lee Hwa menonton Myung Hoon memberi ucapan mengenai hal PM's daughter. Lee Hwa dan Yutaka tahu mereka kehilangan PM's daughter dan berasa senang di atas kesusahan yang dihadapi Hotel A. Lee Hwa menyarankan agar Yutaka mengambil saat itu untuk menjatuhkan Hotel A. Namun Yutaka tidak mahu berbuat demikian.

Miri meneruskan misinya menjejaki PM's daughter. Dia ternampak satu banner di mana berlangsungnya satu konsert.

Dia cuba mencari di dalam himpunan orang ramai. Tiba-tiba dia ternampak seorang peminat dipanggil naik ke pentas itu adalah PM's daughter.


Sementara itu, Direktor Kang memarahi Manager Kim setelah mendapat tahu dia telah membocorkan maklumat kepada Miri.
Miri mengekori PM's daughter dan rakannya ke hotel tempat mereka menginap. Dia terkejut apabila ternampak PM's daughter mencium pipi rakan perempuannya itu.

Miri cuba mengetuk pintu bilik PM's daughter tetapi tidak dilayan kerana tahu Miri dihantar oleh Hotel A untuk mencarinya. Miri menunggu di luar dan pada masa yang sama bertanya kepada pekerja di situ tentang PM's daughter. Dia mendapat tahu bahawa PM's daughter dan rakannya seperti pasangan bercinta. Ya lesbian. Sebenarnya PM's daughter itu membenci ayahnya kerana menghalang hubungan terlarang itu. Sebab itu dia lari dari Hotel A.
Myung Hoon juga berada di situ setelah mendapat laporan keberadaan PM's daughter. Dia ternampak Miri berada di situ.
Namun Miri tetap tidak dipedulikan. By the time PM's daughter menutup pintu, Miri cuba menahan dengan mengatakan dia juga sama sepertinya lesbian. Wahaha pandai betul si Miri ni buat cerita. Itulah dia watak Miri akan cuba sehabis mungkin mendapatkan apa yang dia mahu walaupun dengan cara menipu. Dia berlakon di depan PM's daughter menyatakan dia faham perasaannya apabila hubungan cintanya dilarang keluarga. PM's daughter kelihatan mula memberi perhatian.
Dan yang paling terkejut adalah Myung Hoon yang sedang curi-curi mendengar perbualan mereka. Nah dia percayalah tu Miri seorang lesbian.

Myung Hoon juga berada di situ setelah mendapat laporan keberadaan PM's daughter. Dia ternampak Miri berada di situ.

Dan yang paling terkejut adalah Myung Hoon yang sedang curi-curi mendengar perbualan mereka. Nah dia percayalah tu Miri seorang lesbian.

Keluarga Lee tiba di majlis keramaian VVIP di Hotel A. Myung Hoon menghubungi direktor Kang supaya melengahkan majlis. Miri juga tiba di situ by the time perdana menteri tiba. Dia melihat perdana menteri tanpa anak perempuannya di sisi membuatkan dia down sebab usahanya memujuk tidak berhasil.

Miri terkejut mendengar berita itu. Meninggalkan dia dengan satu kejutan di raut wajahnya.
Bersambung.......
Di pejabatnya, Miri terdengar bahawa PM's daughter akhirnya muncul juga. Dia terus berlari untuk mendapat kepastian. Dia terserempak dengan PM's daughter yang tersenyum memandangnya. PM's daughter berterima kasih kepadanya tentang nasihat itu.

Dia kemudian memeluk Miri sambil diperhatikan Myung Hoon. Semua berjalan dengan lancar.

Presiden Lee memuji Miri di atas apa yang telah dilakukannya. Dia menjemput Miri makan malam bersamanya dan juga Myung Hoon.

Di luar hotel itu, Yutaka yang menunggu dijemput ternampak Miri berdiri di sebelah Myung Hoon lantas tersenyum. Dia berjalan menghampiri Miri namun Miri dan Myung Hoon pula memasuki kereta. Yutaka terkejut melihat Miri masuk kereta bersama dengan Myung Hoon dan meminta orangnya mendapatkan dia senarai staff Hotel A.


Semasa dinner, Presiden Lee sekali lagi memuji dan berterima kasih kepada Miri. Presiden Lee mengatakan dia tidak lagi berasa bimbang untuk bersara kerana adanya orang seperti Myung Hoon dan Miri menguruskan syarikat.

Bersambung.......
No comments:
Post a Comment