MISS RIPLEY - Episode 5

******Episode 4





Selepas kissing moment, mereka berdua boleh kata berbincang mengenai perasaan masing-masing. Kononnya Miri takut yang Myung Hoon hanya saja-saja menciumkan sementara Miri serius dengan perasaannya. Eh gila perempuan ni punya kepura-puraan. Myung Hoon menjelaskan dia juga serius dengan perasaannya. Maksudnya macam ciuman mereka tu masing-masing ada makna. Suka sama suka.


Selesai menonton perlawanan besbol, Yutaka menghantar Hee Joo di depan pintu rumah. Dia terkejut apabila Hee Joo menghadiahkannya satu keychain berbentuk bintang pieces sama seperti bintang Hee Joo.


Di biliknya, Yutaka senyum melihat hadiah pemberian Hee Joo. Tapi dia lagi senyum seluas-luasnya melihat nombor telefon Miri yang ditulis di tapak tangannya. Auwwww hahahaha. Cute scene must watch! Lepas tarik selimut pun dia masih senyum. Aduhhh cinta betul dia dengan Miri. T___T


Miri meminta Myung Hoon memberhentikannya di tepi jalan kerana takut orang lain nampak dia dan Myung Hoon datang ke pejabat bersama. Dia takut orang menganggap dia dinaikkan pangkat disebabkan rapat dengan Myung Hoon. Cehhhh pandainya bermuka-muka. Tapi sebenarnya dia ada rancangan iaitu pura-pura membelikan Myung Hoon makanan dan membawanya ke pejabat supaya dia boleh tahu perkembangan siasatan tersebut.

Myung Hoon pula sedang menunggu faks laporan dari universiti semua staff kepadanya. Ketika Miri sampai di pejabatnya, Myung Hoon pula keluar ke cafe. Jadi bila Miri mendapati Myung Hoon tiada di bilik pejabat itu, dia pun mengambil peluang mencari dokumen laporan mengenainya.


Miri panik apabila menjumpai laporan mengenainya tertulis Tokyo University menafikan sijilnya. By the time, Myung Hoon pun masuk ke bilik itu. Miri cepat-cepat menyembunyikan laporan itu dan serta merta memulakan lakonannya dengan menunjukkan Myung Hoon makanan yang dibawanya. Duhhh!


Selesai makan bersama, Miri pun meminta izin untuk pulang. Tapi dia sebenarnya pergi ke bilik pejabatnya dan mula memalsukan laporan itu kemudian fakskan semula kepada Myung Hoon. Selesai.


Myung Hoon mengadakan sidang akhbar dan mengumumkan siasatan latar belakang pendidikan yang dijalankannya ke atas staff hotel dan hasilnya adalah benar. Pada masa yang sama Lee Hwa juga mengadakan sidang akhbar dan mengumumkan pembatalan projek gabungan bersama Hotel A atas faktor skandal yang dialami hotel itu. Yutaka nampak tidak gembira dengan berita itu.


Myung Hoon kemudian menemui Lee Hwa bagi membincangkan semula tentang penggabungan itu oleh kerana mereka sudah pun berjaya menyelesaikan skandal yang dihadapi. Namun Lee Hwa tidak menyetujui atas alasan lembaga pengarah sudah membuat keputusan muktamad.

Yutaka datang mencampuri rundingan itu dan mengatakan dia belum lagi muktamad untuk membatalkan penggabungan. Lee Hwa cuba memprotes namun Yutaka tetap dengan keputusannya untuk meneruskan projek itu. Lee Hwa memandang Yutaka dengan ketidakpuasan hati.


Selepas rundingan itu, Yutaka pergi menziarahi kubur ibunya. Di situ dia mengimbas semula zaman kecilnya bersama ibu. Airmata Yutaka jatuh. Ouhhh.


Kemudian dia singgah melawat ayahnya. Ayah bertanya adakah wanita yang diminatinya sama seperti arwah ibu. Dan Yutaka menjawab ya.


Ketika sedang makan, Miri mendengar rakan sekerja bercerita tentang rancangan Hotel A untuk membuat iklan komersil yang berkemungkinan mengambil pekerja hotel itu sebagai model. Miri pura-pura buat muka sedih di hadapan Myung Hoon. Mereka kemudian berjumpa di luar dan Myung Hoon bertanya kenapa dia kelihatan sedih. Miri memberi alasan yang dia menunggu-nunggu panggilan daripada Myung Hoon. Myung Hoon meminta maaf kerana kesibukannya.


Dia merasakan dia seperti tiada kepentingan di syarikat itu apabila mendengar rancangan hotel A ingin mengadakan iklan komersil tidak diketahuinya. Myung Hoon menenangkan hatinya dengan mengatakan dia adalah orang penting di hotel itu. Pendek kata si Miri ni minta kasihan supaya dia dimasukkan ke dalam iklan komersil itu. WTF!


Satu mesyuarat pemilihan telah dibuat. Yutaka telah memilih Miri sebagai model untuk iklan itu. Myung Hoon tersenyum mendengar as dia tahu pasti Miri akan gembira dengan tawaran itu.

Sementara itu, Hee Joo dikhabarkan dia adalah pemenang pertandingan rekaan namun atas sebab kes tuduhannya, dia tidak akan dipilih walaupun direktor itu tidak percaya Hee Joo melakukannya kerana bapanya adalah seorang arkitek terkenal.

Hee Joo berasa stess. Dia menghubungi Yutaka untuk menemaninya minum. Sesampai Yutaka di sana, dia cuba menghalang Hee Joo daripada terus mabuk. Hee Joo meluahkan kekesalannya terhadap diri sendiri kerana telah memburukkan nama arwah bapanya. Yutaka mengatakan dia mengenali bapa Hee Joo membuatkana Hee Joo terperanjat.

Semasa makan malam bersama, Miri berpura-pura tiada selera makan. Dia mengadu tentang hidupnya yang kesepian. Sering memikirkan apa Myung Hoon sedang buat. Bagaimana kehidupannya di rumah. Adakah dia kesepian. Bagaimana tidurnya. And so Myung Hoon mengajak Miri pulang ke rumahnya malam itu. WTFFFF!!! That bitch lololol.


Perbualan tentang bapa Hee Joo masih diteruskan. Yutaka menjelaskan bagaimana dia mengenali bapa Hee Joo. Bapa Hee Joo dikenali dengan kegagalannya dalam projek yang melibatkan Hotel A. Yutaka mengatakan seorang arkitek sepatutnya melibatkan diri dalam planning terlebih dahulu. Dia mengambil peluang ini memujuk Hee Joo untuk masuk bekerja dalam planning team Mondo Resort.


Ok damn scene. Myung Hoon membawa Miri pulang ke rumahnya dan berlakulah adegan intim.


Sesudah itu, mereka berbual sambil menyentuh kehidupan zaman kecil Myung Hoon. Myung Hoon berkata dia tidak pernah punya impian. Dia datang dari keluarga yang miskin dan impian hanya akan mengingatkan dia terhadap kemiskinan keluarganya.


Keesokan pagi, Hee Joo meminta pendapat Miri berkenaan rancangannya untuk bekerja dalam planning team. Miri menjawab dengan penuh kata sinis membuatkan Hee Joo berkecil hati. Miri ni macam tidak suka tengok Hee Joo lebih dari dia. Jadi apabila dia tahu Hee Joo merancang memasuki planning team Mondo Resort, dia memandang rendah terhadap kebolehan Hee Joo memegang jawatan itu.


Apabila Miri keluar dari rumah, dia disapa oleh Yutaka. Miri terus membentak menyuruh Yutaka membuat research terlebih dahulu tentang Mondo Resort sebelum mencadangkan Hee Joo bekerja di situ. LOL kalaulah dia tahu Yutaka itulah boss Mondo Resort.


Chul Jin mengingatkan Yutaka untuk hadir ke jamuan VVIP di Hotel A. Yutaka tidak mahu pergi tapi Chul Jin menyarankan agar dia pergi kerana itulah masanya untuk menunjukkan diri kepada VVIP lain.


Miri juga dijemput oleh Myung Hoon menghadiri jamuan VVIP itu. Dia kelihatan sungguh gembira sekali.


Adegan sweet dan gembira Miri bersama Myung Hoon. Nampaknya mereka kelihatan begitu bahagia sekali. Kasihan Myung Hoon tertipu dengan lakonan Miri.


Sementara itu, Hee Joo sedang mengemas rumah. Dia tidak sengaja telah menjatuhkan beg pakaian Miri. Semasa sedang mengemas dia terpandang sampul surat berisi dokumen Miri. Dia terkejut mendapati sijil diplomanya berada di situ.

Myung Hoon menghadiahkan Miri sepasang designer dress. Miri kelihatan sangat terharu.


Miri pulang ke rumah. Dia terkejut apabila Hee Joo menyerahkan sijil diplomanya yang ditemui di beg pakaian Miri. Miri pula menyalahkan Hee Joo kerana membuka beg pakaiannya. Akhirnya Miri terpaksa berterus terang tentang kesengsaraan hidupnya tapi tentang dia menjadi pelacur tidak pula disebut. Dia tidak pernah pun pergi ke kolej. Jadi untuk meneruskan hidup dia terpaksa memalsukan sijil pendidikan. Dan dengan itu sahaja dia boleh mulakan hidup baru dan bergembira. Setelah mendengar semua yang diperkatakan, walaupun perit Hee Joo mengambil keputusan untuk membiarkan saja perkara itu sebagai bayaran di atas kehidupan yang Miri jalani disebabkan oleh Hee Joo.


Keesokanya ketika Miri berangkat kerja, dia terlanggar Yutaka. Yutaka macam biasa cuba mengajaknya berbual sama sekali tidak melayan Yutaka dan segera pergi.


Pada malam majlis berlangsung, Yutaka tiba dan disambut gembira oleh Presiden Lee dan Myung Hoon.


Myung Hoon terpegun melihat ketibaan Miri dengan sepasang dres merah yang dihadiahkannya. Myung Hoon memperkenalkannya kepada Lee Hwa dan presiden Mondo Resort, Presiden Song. Dia memberi tips kepada Miri untuk mengingati setiap nama-nama VVIP yang berada di situ. Dan kemudian tiba masa dia memperkenalkan Miri kepada orang penting Mondo Resort iaitu Yutaka. Jeng jeng jeng. Tapi belum sempat Myung Hoon dan Miri menghampiri Yutaka, seorang rakan mengajak Myung Hoon berbual.


Tinggal Miri seorang diri sambil memerhati orang penting Mondo Resort memakai suit putih. Miri terkejut sejurus selepas mendapati orang itu adalah Yutaka. Gahhh!




Bersambung.....








No comments:

Post a Comment