Salah faham timbul. Nana dipanggil assistant Mr.Hudson dan menyerahkan dokumen yang diminta Seo. Dia terus beredar dari situ. Yoon Sung memanggil Nana untuk menjelaskan keadaan.

Manakala Young Joo tanya Sae Hee apa yang dibuatnya di situ. Sae Hee bersikap dingin terhadapnya.

Ouh Nana cemburu lettew. Yoon Sung cuba menghubungi Nana tapi tidak dijawab malah hpnya dimatikan.

Young Joo masih mendapatkan penjelasan daripada Sae Hee. Ketika berbincang, Young Joo mendapat panggilan penting dari pejabat. Sae Hee benci dengan pandangan Young Joo lalu menyuruhnya pergi dari situ. Young Joo pula berasa serba salah.
Mereka berjaya mengesan orang yang mempunyai kaki tempang itu ialah Jin Pyo. Tapi dalam maklumat diri, Jin Pyo hanya dikenali sebagai Steve Lee warganegara Korean-American.

Dari luar bilik, Yoon Sung tetap menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Nana mendengar lalu menyesal sebab berfikir yang bukan-bukan. Eh macam orang bercinta pula mereka ini teehee.
Semasa Yoon Sung sedang melihat maklumat tentang anak Seo Yong Hak, Nana tiba-tiba membuka pintu dan menyergahnya untuk mengajak Yoon Sung makan bersama sampai Yoon Sung terkejut beruk. Nana kata Yoon Sung macam orang sedang layan porno sebab terkejut macam itu. Wakaka!

Yoon Sung berkali-kali cuba menghubungi Nana namun tiada jawapan. Malah menerima panggilan daripada Jin Pyo. Jin Pyo tanya kenapa dia seperti tidak melakukan kerja adakah ianya disebabkan perempuan. Yoon Sung sedikit menggelabah dan menjawab tidak.

Dalam masa sama, Young Joo datang menemui Jin Pyo. Walaupun agak terperanjat, Jin Pyo tetap menyambut kedatangan mereka manakala Yoon Sung dan Shik Joong bersembunyi. Sewaktu Jin Pyo mengambil air minuman, Young Joo menyuruh rakannya mengambil cap cari di rumah itu.

Semasa dalam perjalanan keluar dari rumah itu, rakan Young Joo berkata akan menyelidik cap jari yang telah diperolehi dari sewaktu di elevator hingga cap jari di rumah Jin Pyo. Malangnya siasatan mereka itu hanya akan sia-sia kerana Jin Pyo telah menampak jari-jarinya menggunakan tape. Phew. Jin Pyo mengingatkan Yoon Sung untuk lebih berhati-hati.

Sementara di gerai makan Kyung Hee (ibu Yoon Sung), Nana nampak membebel seorang diri tentang Yoon Sung yang dilihatnya bersama Sae Hee. Dia bengang dalam ramai-ramai wanita, kenapa mesti dengan Sae Hee unni. Haha jeles. Kyung Hee memberi lebihan makanan kepada Nana untuk dibawa pulang.

Nana memindahkan makanan pemberian Kyung Hee ke bekas lain sebab dia mahu memulangkan bekas itu semula.

Yoon Sung pulang ke rumah bertanya kepada Nana kenapa dia tidak menjawab panggilannya. Nana mengendahkan Yoon Sung. Yoon Sung cuba menjelaskan kepadanya kejadian sebenar. Tapi Nana tetap ignore. Apa lagi Yoon Sung terpegang tangan dan bahu Nana. Bayar! Heh. Tapi bila Yoon Sung bagi duit Nana pula terus masuk bilik.

Air muka Yoon Sung berubah apabila Nana beritahu makanan itu pemberian snack bar ahjumma (ibu Yoon Sung) Nana menambah ahjumma itu selama ini telah melayan dia seperti seorang ibu. Ouhh.

Mereka pergi menemui Kyung Hee untuk memulangkan bekas makanan.

Sewaktu mereka ingin beredar, Kyung Hee tiba-tiba hampir pitam. Yoon Sung cepat-cepat pergi ke arah Kyung Hee. Jin Pyo berada di situ memerhatikan mereka dari jauh.

Nana menyuruh Yoon Sung piggyback Kyung Hee dan menghantarnya pulang ke rumah. Sesampai di rumah, Kyung Hee berterima kasih kepada mereka dan kata ibu Yoon Sung pasti berbangga kerana mempunyai anak seperti itu. Yoon Sung menjawab dia tidak punya ibu dan tidak pernah mengenali ibunya. Mereka kemudian beredar pulang.

Nana perasan mood Yoon Sung berubah selepas pulang dari rumah Kyung Hee. Yoon Sung menyuruh Nana pulang dulu. Dia kemudian duduk seorang diri memikir keadaan ibunya sebentar tadi.

Nana kemudian muncul dan duduk di sebelah Yoon Sung. Dia seperti tidak percaya Yoon Sung yang playboy itu boleh juga sedih teringat ibu. Dia cuba menghiburkan hati Yoon Sung yang kelihatan masih murung. Nana kemudian menyanyi sebuah lagu. Nana memeluk bahu Yoon Sung untuk comfortkan Yoon Sung. Ouhh first time Nana pegang Yoon Sung. Sweetttt.

Yoon Sung pelik dengan kelakuan Nana. Dan akhirnya tersenyum juga dia. Hikhik. Inilah yang akan membuat Yoon Sung tambah sayang dengan Nana.

Jin Pyo pertama kali muncul di depan Kyung Hee setelah sekian lama dia hanya memerhati dari jauh. Kyung Hee terkejut dan terus memukul-mukul Jin Pyo agar menyerahkan kembali anaknya.

Mereka duduk berbincang setelah Kyung Hee kembali reda. Jin Pyo bertanya kenapa Kyung Hee jadi begini dan mana perginya duit yang diberinya secara rahsia kepada Kyung Hee. Kyung Hee menjawab dia tidak mahu menggunakan wang itu dan akan dikembalikan dan meminta Jin Pyo menyerahkan anaknya. Jin pyo tidak dapat berbuat begitu dan berjanji akan menjelaskan semuanya apabila tiba masa nanti. Kyung Hee menangis sambil bertanya nama anaknya dan Jin pyo hanya menjawab, Johnny.

Ki Joon dibebaskan apabila adiknya datang menjelaskan perkara sebenar.

Presiden Choi datang ke jabatan itu dan menasihati mereka agar lebih berhati-hati degan penggodam. Dia kemudian memanggil Yoon Sung dan meminta dia menjadi tutor kepada anaknya, Da Hae sehingga tamat peperiksaan.


Da Hae menerima panggilan daripada ayahnya mengatakan Yoon Sung besetuju untuk menjadi tutornya. Dia terlanggar Nana sewaktu ingin berlari menemui Yoon Sung. Dia kenal haruman shower gel yang dipakai Nana itu adalah sangat mahal. Da Hae kemudian berjumpa Yoon Sung dan dia juga terhidu haruman yang sama dengan Nana. Dia hairan dan membuat andaian yang mereka tinggal bersama. Hahaha. Da Hae tanya ciri-ciri wanita idamannya. Yoon Sung menjelaskan ciri-ciri idamannya mesti pandai masak kimchi seolah merujuk kepada Nana. Tapi Nana menyangka semua ciri-ciri itu ada pada Sae Hee kecuali kimchi.

Nana mendapat sms daripada Yoon Sung complaint Nana memakai shower gelnya yang sangat susah didapati. Dia meminta Nana membawakannya kopi. Yoon Sung minta resepi macam mana Nana membuat kopi yang sedap itu. Heh.Shik Joong dan Yoon Sung berbincang tentang strategi mereka memerangkap Seo yong Hak pada hari pengundiannya nanti.

Di Blue House, Presiden Choi menyentuh tentang kerosakan military boot adakah ianya berkaitan dengan Seo Yong Hak. Presiden Choi naik berang dengan pengurusan Seo.

Seo mengadakan kempen terakhir sebelum sehari menjelang hari pengundian. Turut hadir adalah anak bongsunya. Anak bongsu Seo memandang Nana yang sedang berkawal dengan penuh minat.

Selesai kempen, Young Joo menemui Seo bertanyakan jika dia mengenali lelaki dalam gambar itu. (Gambar Jin pyo) Namun Seo tidak mengenalinya.

Nana kelihatan sedang menunggu bas pulang ke rumah. Anak bongsu Seo berhenti mengajak Nana naik bersamanya namun Nana enggan.

Anak bongsu Seo turun dan memaksa Nana masuk ke dalam kereta. Mujur pada wktu itu Shik Joong ternampak dan segera menelefon Yoon Sung. Yoon Sung memecut keretanya dan menghalang anak bongsu Seo itu.

Yoon Sung membawa Nana ke restoran di mana rakan sekerja mereka sedang meraikan pembebasan Ki Joon. Da Hae juga ada bersama. Macam biasa Da Hae dengan manjanya mendekati Yoon Sung sepanjang malam.


Yoon Sung dan Shik Joong menyamar untuk mendapatkan maklumat dari anak sulung dan anak kedua Seo Yong Hak. Mereka berjaya mendapat pengakuan daripada dua beradik itu tentang laporan palsu kesihatan mereka yang sebenarnya tiada kecederaan pun untuk mereka menyertai ketenteraan.

Hari pertama Yoon Sung menjadi tutor kepada Da Hae. Selepas selesai kelas, Da Hae mengajak Yoon Sung keluar makan tapi Yoon Sung memberi alasan dia sibuk. Sewaktu keluar melimpasi Nana, Nana menyindir, "sibuk dating dengan perempuan." Heh.
Da Hae membawa bodyguardnya pergi ke club. Kebetulan anak bongsu Seo juga berada di situ. Dia mendekati Nana lalu menyentuh pinggangnya. Nana dengan tindakan refleksi memusing tangan lelaki itu. Lelaki itu bertindak kasar.
Yoon Sung muncul tepat pada masanya. Dia memberi amaran agar tidak menyentuh wanitanya. Ouchh! Anak bongsu Seo bengang dan mengheret Yoon Sung keluar.

Anak bongsu Seo membelasah Yoon Sung dengan ganasnya. Yoon Sung berpura-pura tidak melawan sebab bakal membongkarkan identitinya. Nana dan yang lain tidak dapat membantu kerana harus mengawal Da Hae.

Dalam diam rupanya orang kanan Seo sedang memerhati dari jauh tingkah laku Yoon Sung. Jadi bila dia nampak Yoon Sung tidak melawan sedikit pun, dia yakin itu bukan City Hunter yang dicarinya. Manakala Shik Joong sedang merakam pergaduhan itu.

Apabila ada peluang, Nana segera menumpaskan lelaki itu tapi Yoon Sung pada waktu itu telah melarikan diri.

Apabila Nana pulang ke rumah, dia mendapati Yoon Sung sedang mengubati lukanya. Nana membantu menampal plaster yang pernah dibelikan Young Joo untuknya. Yoon Sung berkeras tidak mahu plaster itu tapi tetap dipaksa. Nana marah kerana usahanya melatih Yoon Sung taktik judo tiada hasil apabila Yoon Sung sikit pun tidak melawan. Ouh kalaulah kau tahu Yoon Sung saja berpura-pura.

Di depan rumah Seo, kelihatan mereka sekeluarga sedang mengucapkan selamat tinggal kepada anak keduanya yang konon telah ditawarkan bekerja di sebuah makmal di US. Tiba-tiba muncul sekumpulan wartawan dan sebuah kereta askar tentera di sana untuk menjemput anak-anak Seo memasuki ketenteraan. Sebenarnya ini adalah perangkap Shik Joong dan Yoon Sung. Mereka telah menghantar bukti menyatakan anak-anak Seo sihat dan layak menyertai ketenteraan. Jadinya ketiga-tiga anaknya terperangkap. Seo terperanjat dan tidak dapat berbuat apa-apa sebab dikelilingi wartawan. Hahahaah.

Jin Pyo ternyata tidak senang mendengar berita tentang anak-anak Seo itu. Dia merasakan itu bukan namanya hukuman. Namun Yoon Sung menjelaskan kepada Jin Pyo dengan menghantar anak-anak Seo masuk tentera adalah untuk membuat Seo rasa kesengsaraan anak-anaknya sebagaimana orang lain pernah rasa di atas kerosakan kelengkapan ketenteraan yang disebabkan olehnya sendiri.

Kini tiba hari pengundian. Shik Joong dan Yoon Sung bersiap sedia melakukan misi mereka. Shik Joong akan menyamar jadi salah seorang staff di bangunan itu.

Sementara itu, Young Joo telah berjaya mendapatkan bukti tentang syarikat milik anak perempuan Seo ada kaitan dengan US military Mars. Tanpa membuang masa, dia segera mengeluarkan waran siasatan ke atas syarikat tersebut.

Yoon Sung berjaya menumpaskan pengawal-pengawal yang sedang berkawal di luar bilik Seo Yong Hak.

Seo Yong Hak yang sedang membuat persediaan di biliknya telah pengsan setelah memegang tombol pintu yang dialirkan dengan tenaga elektrik oleh Yoon Sung.

Namun malang bagi Shik Joong. Dia telah terkantoi apabila kad ahlinya didapati palsu lantas berlari keluar. Dia sempat menghubungi Yoon Sung untuk segera meninggalkan tempat itu.

Nana dan Young Joo mendapat laporan Seo Yong Hak telah diculik. Mereka melakukan pencarian. Tapi sewaktu berada di elevator, Jin Pyo telah menutup bekalan elektrik menyebabkan elevator itu terhenti. Namun Nana berjaya keluar melalui lubang kecil dan sambung mencari Seo seorang diri.

Saat getir telah tiba. Yoon Sung sedang bersiap untuk membawa turun Seo melalui bumbung bangunan. Malangnya Nana ternampak dan menyuruh Yoon Sung berhenti sambil mengacukan pistol. Gosh. Haruslah Yoon Sung panik sebab kemonnn Nana kot.
Tapi Yoon Sung tetap terjun malangnya Nana melepaskan tembakan dan terkena sasaran. NO!
Bersambung.....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment