Dalam episod 5, Nana dapat tahu rumahnya telah dibeli atas nama Yoon Sung. Dia pergi menemui Yoon Sung lalu memarahinya kerana masuk campur dalam urusannya. Dia bengang kenapa Yoon Sung mahu membeli rumah itu sedangkan dia sudah ada rumah yang lagi mewah. Ini menambahkan lagi kebencian Nana kerana Yoon Sung suka membuang-buang duit sedangkan bagi Nana duit susah untuk dicari.

Nana melawat ayah di wad hospital. Manakala Yoon Sung hanya memerhati dari luar melihat Nana menangis sambil mengadu tentang masalahnya kepada ayah.

Ki Joon berterima kasih kepada Yoon Sung kerana menghantarnya pulang ketika mabuk. Dia macam ingat pada malam itu ternampak seorang wanita bersama mereka. Tapi dia tidak cam. Lalu bertanya Yoon Sung. Yoon Sung malah bertanya jika Ki Joon benar-benar tidak ingat. Jadi selamat di situ. Heh.

Nana duduk di meja kerja kesal dengan sikap Yoon Sung. Dia kemudian mengambil kalung milik Yoon Sung dan merenung jauh.

Di pejabat prosecutor, Young Joo masih menyiasat kes berkenaan rampasan bas yang membawa Lee Kyung Wan. Dia merasakan kes itu ada kaitan dengan kes cubaan menembak Seo Yong Hak. Kemudian seorang staffnya memberitahu saspek penembak itu berkaki tempang. Young Joo mengarahkan semua staffnya menyiasat dan mencari lelaki lingkungan umur 40-50 tahun yang berkaki tempang.

Yoon Sung memeriksa sekeliling rumah Nana memastikan ia dalam keadaan selamat. Dia cuba meminta kunci rumah itu supaya pekerja upahannya dapat memasang jeriji tingkap dan pintu yang baru.

Yoon Sung menunggu Nana di luar rumah. Sambil menunggu dia berlatih bercakap bila berhadapan dengan Nana nanti. Hahaha. Dia takut kalau kata-kata dia nanti bakal menyinggung Nana lagi. Tiba-tiba Nana muncul di tingkap kereta membuatkan Yoon Sung terkejut beruk. Kahkah takut kedapatan. Dalam masa yang sama, orang kanan Seo Yong Hwa datang memerhati mereka dari jauh. Dia syak orang yang memukulnya ialah Yoon Sung.
Sedang Nana sibuk packing, Yoon Sung kelihatan menggelabah di luar bilik mahu menghalang Nana daripada pindah keluar. Tapi biasalah ego langsung berat mulut nak cakap.

Yoon Sung mengejar Nana dan memujuknya kembali ke rumah itu. Nana tidak mempedulikan.

Sempat lagi mereka bertelagah. Yoon Sung cuba untuk beritahu Nana supaya kekal tinggal di situ. Makin lama mereka bertikam lidah Yoon Sung makin annoyed. Haha. Nana menyerahkan anjingnya untuk dijaga Yoon Sung sementara waktu hingga dia dapat cari rumah baru. Nana kemudian beredar dari situ membawa barang-barangnya menaiki bas.

Orang kanan Seo mengekori di belakang kereta Yoon Sung tanpa pengetahuannya.

Dia mengadu kehidupannya kini semakin sukar dan pernah hampir mati ditembak. Dia mengeluarkan kalung milik Yoon Sung yang dianggap adalah penyelamatnya. Yoon Sung baru tahu bahawa kalungnya ada pada Nana.

Yoon Sung perasan yang dia sedang diperhatikan oleh orang kanan Seo. Dia pura-pura mengalih perhatian lelaki itu dengan mengumpan seorang wanita yang berada di situ.

Yoon Sung balik semula ke rumah itu. Dia merungut tv dan flush tandas rosak. Haha. KIM NA NA!! Jeritnya.

Di Blue House, Yoon Sung menunggu Nana dengan memegang dua cawan coffee pastilah satu itu untuk Nana. Namun by the time Nana keluar, dia langsung mengendahkan Yoon Sung. Kemudian Yoon Sung cuba menarik perhatian Nana dengan mengadu kerosakan di rumahnya. Nana hanya membalas menyuruh Yoon Sung tanggung sendiri kerosakan itu lantas berlalu pergi.

Young Joo dimaklumkan bahawa mereka sudah berjaya mengesan hacker yang telah menggodam sistem Blue House dengan menyebarkan gambar military boot rosak. Dia kemudian bersama pegawainya pergi ke Blue House dan menahan Ki Joon. Yoon Sung hanya mendengar ketua dan rakannya bercerita mengenai hal Ki Joon. Mereka macam tidak percaya orang seperti Ki Joon melakukan hal itu.

Yoon Sung dan Jin Pyo sedang mendengar hasil siasatan Shik Joong ke atas kecederaan kaki yang di alami anak bongsu Seo Yong Hwa. Mereka mendapati x-ray kecederaan itu adalah palsu. Yoon Sung berpendapat, Seo Yong Hwa sengaja memalsukan x-ray itu untuk dijadikan alasan agar anaknya dikecualikan dari menyertai ketenteraan. Jadi Yoon Sung kini ada point untuk membongkarkan tipu helah Seo.

Yoon Sung meyakinkan Nana tiada yang akan berlaku jika mereka tinggal bersama. Yoon Sung tidak akan berbuat apa-apa kepadanya sebab dia tahu Nana hebat berjudo. Tambahnya lagi, dia tidak tertarik dengan wanita bersaiz bawah cup C. Kahkahkahkah! Nana pun rasa ada betulnya juga apa yang dikatakan Yoon Sung. Mereka memang tidak suka satu sama lain jadi tidak mungkin ada apa-apa yang akan berlaku.

Sementara itu, Nana dan rakannya bertugas mengeskot Seo Yong Hwa dan isteri mengadakan lawatan di satu tempat. Tiba-tiba datang seorang lelaki menyerbu ke arah Seo. Nana segera menjatuhkan lelaki itu sehingga rebah. Malangnya lelaki itu bukan penyerang tetapi penyokong Seo. Seo memarahi Nana kerana tidak dapat membezakan penyerang dengan penyokong.

Funny scene must watch! Yoon Sung dapat idea bagaimana untuk membuat Nana datang ke rumah itu. Dia sengaja membuang najis Blackie(anjing) di atas kapet. Kemudian sms Nana datang membersihkan najis itu. Hahahhaah! Nana bengang sesampainya dia di situ. Yoon Sung menyuruh Nana membawa anjing itu bersamanya. Nana mengatakan dia belum ada rumah seraya Yoon Sung menjawab "then why don't we just live together?" Hahaha dia sebenarnya tidak sangka boleh cakap macam itu. Nana pun apa lagi terkejut beruk.

Nana setuju untuk tinggal bersama (yayyyyyyyy) tapi ada beberapa syarat. Yoon Sung harus sign agreement yang dia buat iaitu, jika Yoon Sung menyentuh tangannya dia harus membayar 50k won. Yoon Sung tanya jika dia memegang bahu Nana berapa dia perlu bayar? Akhir sekali Yoon Sung tanya jika dia mencium Nana berapa pula harus dibayarnya? Nana mulai panik as Yoon Sung semakin dekat padanya "1 million won!" Hahahhaa. Yoon Sung kemudian memerli Nana susah dibawa dating sebab high maintanence. Hahahaha.

Yoon Sung pulang mengemas kain baju untuk dibawa pindah sambil dibantu Shik Joong. Shik Joong menunjuk buku lima kepada Yoon Sung jika dia berani menyentuh Nana walau sedikit. Hahaha.

Di rumah, Yoon Sung nampak gembira sekali mandi sambil bersembang dengan Nana yang berada di meja makan menulis kontrak mereka. Seronoklah si Yoon Sung sebab memang itu yang dimahunya. Hehe.

Yoon Sung tanya jika Nana ada baju yang boleh dipakainya di rumah. Aloloh sweet. Nana meminjamkan dia baju Judonya. Hahahaha.

Yoon Sung nampak terpegun melihat Nana yang baru siap mandi sedang mengeringkan rambut. Bagi lelaki ianya seksi. Dia terus menutup pandangan dengan roti yang dimakannya itu. Hahaha. Nana terus masuk ke bilik bila dia perasan Yoon Sung menutup muka. Kahkahkah! Awkward!

Malam pertama tinggal bersama haruslah janggal. Dua-dua susah melelapkan mata di bilik berasingan. Kemudian, masing-masing tertidur.

Nana telah bermimpi tentang kemalangan yang meragut nyawa ibu dan menyebabkan ayahnya koma. Dia tiba-tiba terjaga lalu menangis memanggil ibunya. Ouhh kasihanlah pula.

Keesokan pagi, Nana nampak macam sembunyi-sembunyi keluar pergi kerja. Dia terkejut apabila Yoon Sung tiba-tiba muncul dibelakangnya. Dia meminta Yoon Sung keluar kemudian selepas Nana sudah jalan. Takut kalau-kalau orang tahu mereka tinggal bersama. Hehe.

Yoon Sung melawat Ki Joon di penjara. Dia menasihati Ki Joon agar berterus-terang kepada pihak atasan bahawa adiknya sebenarnya hacker itu. Yang mana telah menjadi mangsa military boots rosak. Namun Ki Joon lebih rela menanggung sendiri.
Dalam perjalanan keluar, Yoon Sung terserempak dengan adik Ki Joon. Dia cuba menasihatinya agar tidak melibatkan abangnya, Ki Joon.

Yoon Sung pura-pura tidak tahu menembak semasa latihan. Kemudian Da Hae muncul meminta Yoon Sung mengajarnya menembak.

Yoon Sung tidak banyak songeh lalu mengajar Da Hae menembak. Nana nampak macam err cemburu? Pelik ekpresi wajah dia waktu itu. Heh.

Sementara itu, Shik Joong melaporkan kepada Yoon Sung tentang ketibaan Mr.Hudson, rakan perniagaan Seo Yong Hak berkenaan military boots dan memaklumkan tentang hotel tempat Mr.Hudson dan Seo akan bertemu.

Young Joo menjemput Sae Hee untuk pergi bersama ke majlis hari jadi anak rakan mereka. Oh rupanya Sae Hee dan Young Joo ini adalah bekas pasangan kekasih. Mungkin mereka berpisah sebab Young Joo ni terlalu mementingkan kerja dari Sae Hee.

Ketika berjalan menuju ke tempat majlis itu disambut di hotel, Young Joo ternampak Seo Yong Hak bersama dengan Mr.Hudson. Dia meminta izin untuk pergi sekejap membuat Sae Hee kecewa.

Young Joo menahan elevator yang dinaiki Seo dan yang lain. Young Joo memberi amaran kepada Mr.Hudson agar tidak menjalankan kegiatan haram dalam penghasilan kelengkapan tentera. Sebab dia yakin syarikat mereka adalah dalang disebalik pengeluaran military boots yang rosak.

Yoon Sung masuk bilik bersebelahan dengan bilik dimana Seo dan Mr.Hudson mengadakan perbincangan. Manakala Shik Joong menyamar sebagai pekerja hotel dan membawa hidangan masuk ke bilik Seo. Camera telah dipasang di jug air yang dibawa masuk itu. Yoon Sung kemudian melihat rakaman perbualan Seo dan Mr.Hudson dan mendapati betullah mereka sengaja produce kelengkapan berkualiti rendah. Seo menambah jika dia menjadi presiden kelak dia akan menyalurkan kos yang tinggi hanya untuk kelengkapan ketenteraan. Nah! Terbuktilah sudah taktik kotor Seo (Target kedua)

Sementara itu, Nana dan rakannya juga berada di hotel sama menjalankan tugas mereka memeriksa keselamatan di mana akan diadakan sidang akhbar Seo Yong Hak. Young Joo pula pergi menemui rakan yang menjemput dia dan Sae Hee. Dia mendapati Sae Hee tiada di situ dan segera pergi mencari.

Sae Hee berada di bar sedang minum kerana kecewa dengan sikap Young Joo yang katanya tidak berubah dari dulu. (Mungkin betullah mereka berpisah sebab Young Joo yang lebih utamakan kerja) Yoon Sung kebetulan juga pergi ke bar itu dan terserempak dengan Sae Hee. Mereka minum bersama. Kemudian Sae Hee meminta izin untuk beredar. Dia nampak sedikit mabuk. Tanpa disengajakan dia terlanggar gelas berisi wine dan tertumpah di baju Yoon Sung. Sae Hee menawarkan bantuan untuk mencuci baju Yoon Sung dan mereka kemudian menuju ke bilik Yoon Sung.
Young Joo pergi mencari Sae Hee dan terserempak dengan Nana. Mereka berhenti berbual sekejap. Kemudian Young Joo sambung mencari dan ternampak Sae Hee jalan beriringan Yoon Sung.
Pada masa yang sama, Seo Young Hak menyuruh Nana mengambil satu dokumen dari nombor bilik yang disebutnya (bilik Mr.Hudson). Setibanya di tingkat itu, Nana pula terlupa nombor bilik tersebut.

Beberapa ketika, Young Joo muncul di situ. Dia juga turut terperanjat apabila mendapati Yoon Sung dan Sae Hee berada di bilik sama dengan Yoon Sung lagi berpakaian bathrobe.
Bersambung.....
Dia cuba mengetuk bilik dimana bilik itu adalah bilik Yoon Sung. Nana terkejut apabila mendapati Yoon Sung membuka pintu itu dan semakin terkejut apabila melihat Sae Hee muncul dari dalam.

Bersambung.....




No comments:
Post a Comment