YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 15

SINOPSIS

Shin bangkit dan memberitahu kepada semua dia tidak apa-apa. Namun Kyu Won tahu tangannya tercedera semasa dia terjatuh. Kyu Won diberitahu yang dia akan bertolak ke Amerika bulan hadapan. Sementara Shin bersetuju untuk menjalani pembedahan tetapi selepas Kyu Won bertolak. Seok Hyun tahu akan masalah yang dihadapi Shin dan Shin memintanya agar merahsiakan perkara itu daripada Kyu Won kerana dia tahu Kyu Won akan membatalkan rancangannya untuk ke Amerika.

Semasa pertemuan mereka di cafe, Shin telah terlepas minuman dari tangannya akibat kecederaan itu. Kyu Won yakin Shin memang benar tercedera walaupun Shin bersungguh-sungguh menafikan. Kyu Won kemudian mengambil keputusan untuk menarik diri dari tawarannya itu dan kemudian memberitahu Shin. Shin tidak mahu Kyu Won membuat keputusan sebegitu lalu dia memutuskan hubungan mereka. Kyu Won berasa sangat kecewa. Kyu Won akhirnya berangkat ke Amerika sementara Shin sedang bersedia menjalani pembedahan di hospital.

Setahun kemudian, Kyu Won pulang ke Korea. Dia kini semakin dikenali dan albumnya diminati ramai. Manakala Shin telah sembuh dari kecederaannya dan sedang melatih tangannya memetik gitar. Seok Hyun dan Yoon Soo juga pulang ke Korea. Seok Hyun sedang menyiapkan projek seterusnya dan melamar Shin dan Kyu Won untuk turut sama dalam projek itu. Kyu Won terpandang CD pemberian Shin dan kemudian bercadang untuk menyerahkannya semula kepada Shin. Setelah setahun tidak berjumpa, Shin kelihatan enggan bersemuka dengan Kyu Won. Dia tidak mahu Kyu Won mendapat tahu yang dia pernah menjalani pembedahan dan sebab itu dia terpaksa menjauhi Kyu Won. Kedua-dua mereka kelihatan sangat sedih.

Kyu Won mendapat tahu Shin tidak mahu menyertai projek baru Seok Hyun. Dia meminta Shin untuk bertemu dan cuba memujuk Shin. Namun Shin tetap enggan malah meminta Kyu Won tidak mencarinya lagi. Tidak tahan melihat situasi itu, Seok Hyun memberitahu perkara sebenar mengenai Shin kepada Kyu Won. Kyu Won segera menemui Shin dan memarahinya. Kyu Won beredar dengan perasaan sangat hampa. Kedua-dua mereka mengimbas kenangan bersama sehinggalah mereka secara kebetulan bertemu di satu tempat di mana mereka pernah keluar bersama. Mata bertentang mata dan kemudian Shin datang menghampiri lalu memeluk Kyu Won. Akhirnya mereka bersatu semula.



OST Song - I Don't Know (M Signal)
















































































































TAMAT