CITY HUNTER - Episode 10

****Episode 9



Young Joo mengekori Yoon Sung dari hospital ke rumah Jin Pyo. Jadi Young Joo semakin mengesyaki Yoon Sung. Di rumah, Yoon Sung menentang Jin Pyo kerana telah membunuh Lee Kyung Wan.


Bukan itu saja, Yoon Sung kata itu bukan dendam tapi membunuh kerana Jin Pyo juga membunuh 2 orang anggota polis. Jin Pyo memberi amaran jika Yoon Sung cuba menghalangnya dia akan membunuh Yoon Sung. Tapi Yoon Sung sikit pun tidak gentar malah mengatakan dia sanggup pertaruhkan nyawanya menghalang Jin Pyo. Damn!

Yoon Sung bertembung dengan Young Joo yang menunggunya di bawah. Dengan senyum sinis Young Joo tanya apa dia buat di rumah Steve Lee sedangkan dia kata dia tidak mengenalinya. Yoon Sung menjawab dia baru dikenalkan dengan Steve Lee di MIT hari ini dan dia ke sana atas urusan pelaburan dalam bisnes Steve Lee. Namun Young Joo tetap tidak percaya.

Young Joo kembali ke pejabatnya meneruskan siasatan ke atas Yoon Sung. Mereka gagal mendakwanya kerana Yoon Sung mempunyai alibi yang kuat. Jadi Young Joo mula mengaitkan jarak antara setiap lokasi kejadian membabitkan kedua-dua menteri itu dengan Yoon Sung. Hanya ada satu cara saja iaitu ujian DNA.

Di rumah, Nana mendengar berita menyatakan City Hunter adalah suspek dalam pembunuhan Lee Kyung Wan. Dia jadi runsing sambil menyedapkan hatinya bahawa City Hunter bukan Yoon Sung.

Nana ternampak gambar Yoon Sung tercicir sewaktu Shik Joong datang mengambil barang-barang Yoon Sung. Nana terkejut bila ternampak ahjumma (Kyung Hee) dalam gambar itu dan dia mengesyaki ahjumma adalah ibu Yoon Sung.


Shik Joong hampir meminum minuman pemberian Kyung Hee yang diletak di atas meja. Yoon Sung cepat-cepat mengambilnya. Ouhh satu-satunya benda pemberian ibunya yang disimpannya.

Kyung Hee tidak sihat dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mengatakan dia menghidap leukimia dan harus segera ditahan di hospital. Tapi Kyung Hee meminta sedikit waktu untuk mengemaskan gerainya terlebih dahulu.

Kyung Hee pulang ke rumahnya lalu menangis sambil memeluk kain lampin anaknya sewaktu kecil. Dia mengatakan dia teruskan hidup pun semata-mata hanya untuk berjumpa anaknya semula.

Yoon Sung berdiri di luar tempat Nana kerja. Dia teragak-agak untuk masuk tapi demi untuk menanyakan sesuatu dia masuk juga. Yoon Sung memulangkan fail yang terbawa oleh Shik Joong kepada Nana. Dia tanya siapa orang di dalam fail itu.

Nana menjawab dia adalah orang yang menyebabkan kemalangan ibu dan bapanya. Dia mengumpul semua maklumat mengenai Kim Jung Shik untuk membuka semula kes siasatan. Dia mengatakan dia ada ternampak saksi (Shik Joong) di tempat mereka pergi karaoke tempoh hari namun gagal menjumpainya. Yoon Sung meminta Nana describe fikizal orang itu. Air muka Yoon Sung terus berubah setelah mengesyaki orang yang dicari Nana itu adalah Shik Joong. Nana juga kata dia berharap City Hunter akan menolongnya menangkap Kim Jung Shik. Sambil merenung tajam mata Yoon Sung, dia tanya sama ada City Hunter bukan jenis yang membunuh orang. Yoon Sung menjawab tidak dan terus beredar.


Yoon Sung pulang ke rumah dan terus minta penjelasan dari Shik Joong. Shik Joong panik dan akhirnya menceritakan keadaan sebenar.

Shik Joong telah menyaksikan kejadian kemalangan itu yang berpunca dari Kim Jung Shik. Kim juga nampak Shik Joong berada di tempat kejadian. Dengan menggunakan alasan sejarah hidup perjudian Shik Joong, Kim telah mengugutnya untuk menukar keterangannya mengenai kemalangan itu.

Shik Joong menyesal dan sebab itu dia tidak putus-putus menjaga Nana dari jauh. Dia juga berjanji membantu Yoon Sung menjerat Kim dan sedia menerima hukuman nanti. Ouhh sedih gila pula tengok orang tua ni menangis.

Nana gembira apabila diberitahu bosnya yang dia kini diambil bekerja semula memandangkan prestasi kerjanya selama ini memberansangkan. Nana melompat gembira.

Latihan judo berjalan seperti biasa. Tapi kali ini Nana nampak macam teragak-agak mengajar Yoon Sung. Mungkin sebab dia tahu Yoon Sung itu City Hunter? Jengjengjeng. Bila nampak Nana teragak-agak, dia terus menjatuhkan Nana sambil kata itu yang telah diajarnya. Hmm.

Yoon Sung kelihatan sedang duduk seorang diri dan kemudian Nana datang membawakannya kopi. Nana cuba memulakan perbualan dengan memberitahunya rahsia resepi kopi buatannya. Tapi Yoon Sung tidak berminat dan terus mencampakkan kopi itu. Oh crap!


Yoon Sung tanya kenapa dia selalu mendekatinya. Nana menjawab sebab dia sukakan Yoon Sung. Aigoo! Yoon Sung terkejut dan kata Nana bukan taste dia. Nana tahu tapi dia tetap sukakan Yoon Sung dan merinduinya. Dia cuma jujur pada diri sendiri. Yoon Sung minta Nana untuk melupakannya sambil berlalu pergi meninggalkan Nana sendir. Air mata Nana bergelinang. Heartbreaking!

Hari berikutnya, Da Hae bersama Nana, Eun Ah dan Yoon Sung melawat kampus universiti. Ada satu demonstrasi oleh pelajar di situ menarik perhatian mereka. Pelajar di situ menunjuk perasaan supaya Kim Jung Shik mengurangkan yuran pengajian seperti yang telah dia janjikan dulu.


Yoon Sung membelek-belek buku mencari gambar keluarga yang telah tercicir di rumah Nana. Dia kemudian tanya Shik Joong jika dia sudah membawa semua barang-barangnya dari situ.

Semasa makan Yoon Sung teringat makanan yang dimasak Shik Joong itu sama macam masakan Nana lantas membuatkan dia tidak jadi makan lalu beredar dari situ. Dalam masa yang sama, Nana juga sedang makan di rumahnya. Dia juga masak makanan yang sama dan teringat akan Yoon Sung.

Nana gembira mendapat sms dari Yoon Sung memintanya menjadi driver pada malam itu. Dia ingat Yoon Sung sudah kembali mahu melayannya. Jadi sewaktu dalam perjalanan Nana lalu di depan kedai make up. Dia singgah untuk memakai sedikit sample make up. Aigoo Nana please don't.

See? Kau juga yang kecewa. Yoon Sung sengaja bersama wanita lain untuk buat Nana sakit hati dan melupakan dia. Tanpa berfikir panjang, Nana memberhentikan kereta dan menarik wanita itu keluar dan menahan teksi lain untuk wanita itu. Hahahaha cool Nana!

Dia berkata kepada Yoon Sung yang dia tidak akan cemburu jika dia dengan wanita seperti itu. Nana meminta supaya Yoon Sung lupakan saja niatnya untuk buat Nana melupakan dia kerana dia tidak minta pun Yoon Sung membalas perasaanya. Dia mencadangkan agar Yoon Sung cari wanita yang boleh buat dia rasa cemburu. Err? Sae Hee? No don't! Nana mengembalikan gambar Yoon Sung dan terus berlalu pergi.

Yoon Sung pulang dengan perasaan berkecamuk. Dia mengimbas semula kata-kata Nana tadi sambil mengeluh, "Kim Na Na, don't fall for me. You have to be happy." Heartbreaking.

Nana membawakan Kyung Hee buah lemon untuk dimakan. Kyung Hee pengsan sewaktu ingin menyiapkan makanan untuk Nana.

Nana menghubungi Yoon Sung memberitahu ibunya dimasukkan ke hospital. Pada mulanya Yoon Sung enggan datang tapi akhirnya dia pergi juga. Yoon Sung terkejut apabila doktor mengatakan ibunya menghidap leukimia dan harus mencari penderma dikalangan keluarganya.

Nana memujuk Yoon Sung supaya menderma bagi ibunya. Dia tahu Yoon Sung dan Kyung Hee adalah anak beranak. Yoon Sung enggan kerana ibunya itulah yang telah membuangnya sejak kecil. Tapi Nana tahu Yoon Sung masih sayang ibunya sebab itu dia masih menyimpan gambar itu.

Yoon Sung pun bersetuju dan pergi membuat ujian. Dia telah diperhatikan oleh Sang Gook dan pekerja bawahan Young Joo. Mereka kemudian masing-masing melaporkan tentang Yoon Sung itu. Jin Pyo bekeras mahu menghentikan Yoon Sung daripada melakukannya. Sementara Young Joo harus mengambil peluang itu mendapatkan DNA Yoon Sung.

Sewaktu Yoon Sung sudah bersedia untuk menjalani ujian darah, Jin Pyo muncul. Dia melarang Yoon Sung menderma sebab itu hanya akan mendedahkan identitinya dan menggagalkan misi mereka. Dia cuba meracun fikiran Yoon Sung dengan mengatakan ibunya itulah yang telah membuangnya dulu. Tapi Yoon Sung membalas walaubagaimanapun dia tetap ibu kandungnya. Dia mahu ibunya terus sihat agar dia rasa senang untuk membencinya kemudian.

Yoon Sung menuju ke bilik ujian darah tapi dihalang Sang Gook atas arahan Jin pyo.


Yoon Sung di bawa ke basement hospital itu dan dia dibelasah oleh 3 orang demi menghalangnya menjalani ujian darah. Tapi Yoon Sung berjaya menewaskan mereka semua.

Semasa nurse sedang mengambil darah Yoon Sung, Young Joo masuk sambil membawa waran sah untuk mengambil sample darah Yoon Sung. Yoon Sung berpura-pura cool dan membenarkan mereka mengambil sample itu. Tapi dalam hatinya bimbang! Sewaktu dalam perjalanan keluar meninggalkan hospital, Young Joo mengarahkan pegawainya mengekori Yoon Sung. Nana yang baru tiba di situ terdengar perbualan mereka.

Nana pura-pura menahan kereta pekerja Young Joo itu semata-mata mahu menggagalkan rancangan mereka mengekori Yoon Sung sebab dia tahu Yoon Sung pasti akan dalam bahaya. Whoa Nana salute!

Yoon Sung dapat idea bagaimana mahu memasuki makmal tempat darahnnya akan diuji. Dia menyelinap masuk ke dalam ambulans sebagai mayat dan berjaya sampai ke dalam bangunan itu.

Yoon Sung menyelinap masuk menerusi luar tingkap bangunan itu. Spiderman!


Yoon Sung akhirnya berjaya mengambil semula sample darahnya dan menukarnya ke sample lain lalu segera beredar melalui tingkap. Young Joo nampak seperti curiga apabila melihat ke arah tingkap.

Yoon Sung berjalan keluar melalui lobby. Dan Young Joo juga sedang menuruni tangga ke lobby pada masa yang sama. Tiba-tiba Yoon Sung ditarik masuk ke dalam sebuah bilik. It's Nana!

Yoon Sung mengeluarkan pisaunya dan mengacukan ke leher orang itu kerana menyangka itu orang jahat. Tapi sebaliknya adalah Nana!




Bersambung....










CITY HUNTER - Episode 9

******Episode 8




Walaupun kecederaan Yoon Sung semakin parah, dia dapat juga menyelamatkan Nana.


Sewaktu Yoon Sung mahu melarikan diri, Nana menahan dia lantas bertanya adakah dia yang selamatkan Nana masa Seo Yong Hak hampir ditembak. Tapi Yoon Sung tidak mengendahkan dan segera lari.

Sementara itu, Young Joo mengejar Seo Yong Hak namun gagal.

Seo Yong Hak lari ke tempat letak kereta bangunan itu tapi Jin Pyo terlebih dahulu menangkapnya. Kemudian muncul Yoon Sung lalu membawa Seo Yong Hak yang dijemput Shik Joong.


Mereka semua pergi ke sebuah gudang kosong dan mengikat Seo di kerusi. Jin Pyo marah Yoon Sung sebab menyelamatkan Nana berbanding pergi menangkap Seo.


Jin Pyo mengacukan pistol di muka Seo sambil minta dia memberi nama-nama yang berkomplot dalam insiden 1983 itu. Dia sempat menyebut satu nama iaitu, Kim Jong Shik, yang mana akan menjadi target ketiga. Belum sempat Seo memberikan nama dua yang lain, pasukan polis yang diketuai Young Joo dan SWAT telah datang mengepung tempat itu.

Semasa bergelut dengan City Hunter, Young Joo berjaya melekatkan alat pengesan di baju City Hunter (Yoon Sung). Sebab itu mereka berjaya menjejaki Jin Pyo dan yang lain. Semasa Jin Pyo hampir menarik picu pistol untuk menembak Seo, Yoon Sung dan Shik Joong dengan pantas memakai topeng mulut lalu melepaskan gas menyebabkan yang lain pengsan termasuk Jin Pyo.

Sewaktu pasukan polis menyerbu, gudang itu telah pun kosong. Young Joo mendapat panggilan daripada City Hunter (Yoon Sung) memberitahu dia dalam perjalanan menghantar Seo Yong Hak ke pejabatnya. Dia menyoal Young Joo kenapa dia membawa Seo ke gudang kosong itu dna menyuruh Young Joo untuk siasat sendiri.

Dalam masa yang sama, pasukan Young Joo menemui baju milik Yoon Sung di gudang itu dan mendapati wangian di baju itu adalah dari limited shower gel. Young Joo mengarahkan staffnya menyiasat siapa yang pernah membeli shower gel tersebut.

Young Joo bergegas ke pejabatnya dan mendapati Seo sudah terlentang di situ. Ada dog tag dilehernya sama seperti semasa Lee Kyung Wan ditangkap.

Di rumah, Jin Pyo tersedar dari pengsan. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Cuma dia tahu Shik Joong terlibat membuatnya pengsan lalu terus membelasah Shik Joong. Omo kesian.

Jin Pyo menghubungi Yoon Sung dan melihatkan kepadanya keadaan Shik Joong yang teruk dibelasah kerana telah menggagalkan rancangannya. Yoon Sung kemudian segera pulang ke situ.

Yoon Sung tersangat marah dan membelasah Sang Gook yang cuba menghalangnya.

Ouh kesian betul Shik Joong ni. Jin Pyo kemudian menghayunkan tongkatnya tapi Yoon Sung terus bangun dan menghalang Jin Pyo. Yoon Sung menyatakan dia tidak akan membalas dendam secara membunuh. Jin Pyo berkeras mahu membunuh mereka dan bertanya jika Yoon Sung tetap akan menghalangnya. Yoon Sung menjawab ya. Dia akan menghalang Jin Pyo habis-habisan dan melarang Jin Pyo dari mencederakan orang-orang yang disayanginya kerana dia akan melindungi mereka. Whoaaaaa! Sekarang diorang berdua sudah jadi lawan. Lepas Yoon Sung beredar, Jin Pyo mengarah Sang Gook untuk menyiasat identiti wanita yang Yoon Sung selamatkan itu. Uh-oh!

Sementara itu di hospital, polis tanya beberapa soalan kepada Nana berhubung dengan City Hunter. Nana menyatakan dia tidak dapat cam siapa City Hunter itu. Dia cuma nampak orang itu tinggi dan juga mata. Tiba-tiba Nana terdiam sebab teringat pandangan mata itu persis Yoon Sung.



Yoon Sung terbaring lemah di atas katil sambil minta maaf pada Shik Joong. Yoon Sung bangkit untuk mencari Nana namun dia pengsan. Shik Joong pergi menemui Sae Hee untuk meminta bantuan. Sae Hee datang ke rumah Yoon Sung dan merawatnya. Apabila Yoon Sung sedar dari tidur dia terus tanya tentang Nana kepada Shik Joong. Yoon Sung sudah mengambil keputusan akan pindah keluar dari rumah Nana sebab dia takut kalau Jin Pyo akan membahayakan Nana.

Nana call Yoon Sung bertanyakan dia ada di mana. Tapi Yoon Sung macam jawab tak jawab ja panggilan Nana dan terus dimatikan. Ouch!

Yoon Sung bermimpi dia tidak dapat menyelamatkan Nana dan Nana terjatuh dari atas bangunan itu. Dia terbangun dan terus keluar menemui Nana walaupun badan masih lemah.

Di rumah Nana tidak dapat tidur lalu duduk termenung di rooftop. Tiba-tiba Yoon Sung muncul di situ memarahi Nana kerana duduk seorang diri di situ waktu malam. Nana membalas dia tidak dapat tidur sebab risaukan Yoon Sung yang tidak balik-balik lagi.

Nana potpetpotpet and fuh! Yoon Sung terus mencium Nana. Voila!

Yoon Sung memeluk Nana sambil menasihatinya agar selalu kunci pintu, berhati-hati dengan stranger, jangan asyik makan kimchi saja, jangan asyik jaga anjing tapi jaga dirinya juga. Yoon Sung cakap begitu sebab dia akan meninggalkan rumah itu dan juga Nana. NO!

Yoon Sung juga cakap dia suka minum kopi yang dibuat Nana. Nana kemudian menawarkan diri untuk membuat kopi dan meminta Yoon Sung tunggu di situ. Tapi sekembalinya dia di situ membawa kopi, Yoon Sung sudah pergi. (T____T)

Hari berikutnya, Sae Hee sudah selesai merawat Yoon Sung. Sebelum beredar, dia ada terdengar Yoon Sung mengigau menyebut nama Kim Jong Shik dan tanya apa hubungannya dengan Kim Jong Shik. Sae Hee tanya jika City Hunter tahu yang Young Joo adalah anak kepada Kim Jong Shik. Yoon Sung dan Shik Joong saling berpandangan tanda terperanjat. Aik? Sae Hee ni macam tahu ja Yoon Sung itu City Hunter. Tapi perempuan ni memang cool.


Dalam masa yang sama, Jin Pyo juga mendapat tahu yang Presecutor Young Joo itu adalah anak kepada target ketiga mereka. Dia kesal sebab Yoon Sung sudah berurusan dengan musuh mereka sendiri. Yoon Sung juga kesal.

Di Blue House, Nana telah dipecat kerana gagal menjalankan tugas bodyguard. Dia mengemaskan barang-barangnya dan pergi meninggalkan Blue House.

Dalam perjalanan, dia terserempak Yoon Sung. Tapi Yoon Sung tidak mengendahkan langsung Nana yang memanggilnya dan terus jalan meninggalkan Nana. Heartbreaking!


Selepas seketika, Young Joo datang menyapa Nana. Dia tanya adakah Nana familiar dengan City Hunter. Nana nampak panik sebab dia rasa dia tahu siapa City Hunter tapi dia cuma menjawab tidak tahu depan Young Joo. Young Joo menjelaskan yang mereka sedang menjalankan ujian darah milik City Hunter. Yoon Sung pula sedang mendengar perbualan mereka secara sembunyi.


Young Joo tanya patung yang berada dalam kotak yang dibawa Nana itu. Nana memberitahu Yoon Sung telah memberinya patung itu. Young Joo mula mengesyaki sesuatu apabila teringat yang dia pernah melihat patung itu di rumah Jin Pyo.

Seo Yong Hak dibawa ke pejabat prasecutor. Sebaik turun dari bas dia telah dibaling telur oleh beberapa orang awam di atas apa yang telah dilakukannya.

Young Joo menyoal siasat Seo dan Seo hanya mengakui setiap kesalahannya dan meminta dia segera dipenjarakan di tempat yang selamat dari City Hunter. Young Joo terkejut mendengar kata-kata Seo. Dia tanya jika City Hunter ada kaitan dengan insiden 1983. Seo cuma berdiam diri sebab mana mungkinlah dia mahu menceritakan tentang insiden itu.

Satu majlis penghargaan buat adik Ki Joon dan presiden Lee juga telah menghadirinya.

Sewaktu bersalam-salaman, Presiden Choi terkejut apabila melihat Jin Pyo memunculkan dirinya di celah-celah orang ramai. Tapi telah lesap begitu saja.

Kemudian Young Joo datang menemui Presiden Choi meminta kebenaran untuk membuka semua dokumen berkaitan insiden 1983. Presiden Choi menjelaskan perkara itu tidak boleh dipersetujuinya seorang diri dan akan cuba untuk membantu apa yang patut.

Young Joo bertembung dengan Yoon Sung. Dia tanya kalau Yoon Sung mengenali Steve Lee (Jin Pyo) Yoon Sung menjawab dia tidak kenal.

Semasa latihan judo, bos Nana telah menggantikan tempatnya untuk memberi latihan kepada Yoon Sung. Bos Nana memberitahu mungkin Nana akan diberhentikan kerja selama-lamanya. Mungkin sebab bengang dengan kata-kata itu, Yoon Sung menjatuhkan bos Nana sekelip mata. Semua yang berada di situ terkejut sebab Yoon Sung mana pernah menunjukkan skill judonya.


Yoon Sung mendapat panggilan daripada Nana menyuruhnya untuk pulang sebentar. Tapi Jin Pyo mengambil telefon itu dan bercakap sendiri dengan Yoon Sung. Yoon Sung terkejut mendengar suara Jin Pyo. Dia segera pergi ke rumah Nana.

Yoon Sung masuk ke rumah dan memanggil-manggil Nana. Dia sangkakan sesuatu yang buruk telah dilakukan Jin Pyo ke atas Nana. Namun sebaliknya. Sebaik dia masuk ke rumah itu, Nana dan Jin Pyo sedang duduk bersembang.

Yoon Sung dan Jin Pyo kemudian berbual di luar. Jin Pyo tanya adakah Yoon Sung jatuh cinta dengan perempuan itu. Yoon Sung cuba menafikan. Jin Pyo memberi amaran kepada Yoon Sung jangan jatuh hati kepada sesiapa.

Setelah Jin Pyo beredar, Nana segera mendapatkan Yoon Sung. Tapi Yoon Sung malah turut beredar di situ tanpa mempedulikan Nana. Heartbreaking.


Yoon Sung terjumpa anting-anting nana di lantai rumahnya. Dia kemudian menghantar sms kepada Nana tapi dipadamnya semula.

Da Hae dan Eun Ah pergi menemui Nana yang kini bekerja di sebuah cafe.

Young Joo telah menerima senarai nama pembeli yang pernah membeli shower gel yang baunya terlekat pada baju yang mereka temui di gudang tersebut. Setelah meneliti Young Joo berhenti apabila mendapati nama Yoon Sung juga ada di situ.

Dia kemudian pergi menemui Sae Hee bertanya kenapa Yoon Sung boleh memakai baju miliknya tempoh hari. Adakah sebab Yoon Sung pernah tercedera. Sae Hee macam biasa cool menafikan tuduhan Young Joo walaupun Young Joo tahu Sae Hee berbohong. Young Joo kemudian keluar mencari bukti di dalam tong sampah luar klinik itu namun tiada apa-apa.

Rupanya Yoon Sung ada di dalam klinik itu. Dia berterima kasih kepada Sae Hee kerana telah membantunya. Whoa Sae Hee ni memang cool lah!

Sementara itu, Yoon Sung telah meminta Shik Joong packing semua pakaiannya di rumah Nana. Tapi alahai masa mengemas, Shik Joong tercicir gambar keluarga Yoon Sung bersama Presiden Choi. Habislah kalau Nana nampak gambar tu nanti. Mesti dia syakwasangka.

Yoon Sung datang dan menyuruh Shik Joong pulang dulu kerana dia mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Nana. *Tears* Sementara Nana yang sedang membeli bahan dapur memikirkan tentang City Hunter yang dirasakannya ialah Yoon Sung.

Nana pulang dan mendapati Yoon Sung sedang tidur keletihan di atas sofa. Dia memasak beberapa hidangan yang pernah dijanjikannya untuk Yoon Sung. Selesai masak, Nana membangunkan Yoon Sung. Tiba-tiba Nana terfikir untuk cuba memastikan sama ada wajah Yoon Sung sama persis City Hunter.


Nana sungguh terkejut apabila dia menutup separuh muka Yoon Sung sama seperti wajah City Hunter. Yoon Sung terjaga dan Nana segera buat-buat tiada apa yang berlaku.

Nana cuba mengajak Yoon Sung berbual seperti biasa walaupun dalam hatinya panik. Yoon Sung merenung Nana dan berkata lupakan apa yang telah berlaku. Dia hanya mempermainkan Nana. Mereka baru bercium sekali tapi Nana sudah mengubah perasaannya terhadap Yoon Sung yang mana Yoon Sung rasa tidak seronok. "You're easy." DAMN!!! Heartbreaking.

Yoon Sung beredar meninggalkan Nana. Dia macam sudah tekad yang dia tidak akan jatuh cinta kepada Nana lagi lepas ni. NO! Tinggal Nana bergenang airmata di bilik yang telah Yoon Sung kosongkan. (Background song 'So Goodbye' play)

Shik Joong menyerahkan satu file yang disangkanya kepunyaan Yoon Sung. Yoon Sung kata itu kepunyaan Nana. Dia kemudian membelek kandungan file itu dan hairan kenapa Nana mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai Kim Jong Shik. Shik Joong mula rasa tidak senang hati. Dalam masa yang sama mereka berdua menonton berita di tv ada satu pembunuhan berlaku di hospital dan mereka terkejut apabila berita itu terakam wajah Jin Pyo yang berada di hospital tersebut. Yoon Sung terus bergegas ke hospital itu.

Young Joo juga bergegas ke situ setelah mendapat tahu tentang kejadian itu. Dia hairan melihat Yoon Sung juga berada di situ.

Sewaktu Young Joo mengecam mayat, Yoon Sung yang berada di luar merenung tajam ke arah Jin Pyo yang juga ada di situ. Dan ya. Jin Pyo berjaya membunuh target pertama, Lee Kyung Wan.





Bersambung...