CITY HUNTER - Episode 20

SINOPSIS

Young Joo mati di tempat kejadian. Pada masa yang sama, ayahnya, Kim Jung Shik sedar dari koma. Yoon Sung menyalahkan Jin Pyo atas kematian Young Joo. Jin Pyo sedang berada di pelabuhan menunggu Chun yang akan melarikan diri menaiki sebuah bot. Setibanya Chun di sana, Jin Pyo terus membunuhnya. Yoon Sung yang juga menuju ke pelabuhan mendapati mayat Chun berada di sana. Dia tahu itu adalah perbuatan Jin Pyo.

Yoon Sung membuka dokumen 1983 itu dan terkejut apabila mendapati Presiden Choi adalah target terakhir. Dia menyalahkan Jin Pyo kerana telah memusnahkan hidupnya selama ini yang mana akhirnya membawa dia membalas dendam ke atas ayah kandungnya sendiri.

Semua orang menghadiri pengebumian Young Joo. Turut sama menghadiri adalah Presiden Choi dan Yoon Sung. Sebaik ternampak Yoon Sung tiba, rakan sekerja Young Joo datang menghampiri dan menyalahkan Yoon Sung atas kematian Young Joo. Dia menjerit mengatakan Yoon Sung adalah City Hunter. Semua yang berada di situ sedikit terperanjat termasuklah Presiden Choi. Sejak dari itu, Presiden Choi mengesyaki Yoon Sung adalah City Hunter. Dia kemudian menyelidiki beberapa maklumat dan akhirnya yakin dengan sangkaannya itu.

Walaupun Nana menasihati Yoon Sung bahawa Presiden Choi adalah ayahnya, namun Yoon Sung tetap meneruskan niatnya membongkar rahsia Presiden. Presiden Choi hanya membiarkannya malah menyerahkan Yoon Sung bukti yang dia pernah menerima wang kotor. Setelah semua bukti dikumpul, Yoon Sung mengirimkannya ke semua rangkaian media. Seluruh negara telah digemparkan dengan berita mengenai Presiden Choi termasuk insiden 1983 tersebut. Presiden Choi kemudian dipanggil untuk pendakwaan.

Sebelum pendakwaan bermula, Jin Pyo dan Presiden Choi bertemu. Jin Pyo ingin menewaskan Presiden Choi dengan tangannya sendiri dan bukan dengan cara dakwaan. Sebaik Jin Pyo memasuki dewan itu, Presiden Choi tiada sebaliknya Yoon Sung yang kelihatan. Jin Pyo bengang kerana Yoon Sung mahu menghalangnya membunuh Presiden Choi. Mereka serentak mengacukan pistol ke arah masing-masing. Akan tetapi Yoon Sung kemudian mengacukan pistol ke kepalanya sendiri dan mengatakan jika itu takdirnya dia akan menamatkan semua ini dengan tangannya sendiri.

Apabila Yoon Sung hampir menarik picu, Presiden Choi muncul bersama Nana yang sedang mengacukan pistol ke arah Jin Pyo dan mengarahkan mereka supaya berhenti. Presiden Choi mengambil keputusan merelakan dirinya untuk dibunuh oleh Jin Pyo. Jin Pyo tanpa membuang masa menembak Presiden Choi namun Yoon Sung dengan pantas berlari melindungi Presiden Choi lalu terkena tembakan itu. Jin Pyo panik. Nana seraya menembak Jin Pyo. Semua pengawal peribadi masuk ke dalam. Jin Pyo masih belum rebah. Dia telah menyelamatkan Yoon Sung dengan mengaku di depan semua yang berada di situ bahawa dialah City Hunter. Yoon Sung dan Jin Pyo rebah. Yoon Sung cuba mencapai tangan Jin Pyo dan menggenggam tangan ayah yang pernah membesarkannya. Jin Pyo mati serta merta.

Kyung Hee dan Shik Joong bersiap untuk pindah ke Amerika Syarikat. Sebelum berangkat, Kyung Hee menerima sepucuk surat minta maaf daripada Presiden Choi. Nana kini telah berhenti kerja di Blue House. Di lapangan terbang dia bertemu dengan Yoon Sung. Kedua-dua mereka senyum antara satu sama lain.


Background Song OST - Love (Yim Jae Bum)









































































































- TAMAT -