MISS RIPLEY - Episode 2

******Episode 1





Hee Joo cepat-cepat menyiapkan diri di hari pertama bekerja di Hotel A. Memang kebiasaan watak dia yang clumsy itu mesti asyik rushing. Mengejutkan apabila nampak gambarnya bersama Miri masa kecil rupanya dialah kawan Miri sewaktu sama-sama tinggal di rumah anak yatim dulu. Jadi sekarang nampak sudah perkaitan.



Yutaka mula membuat research berkenaan bisnes hotel memandangkan dia bakal mengurus hotel milik keluarganya. Dia ternampak artikel tentang kejayaan Myung Hoon mengendalikan Hotel A dan merasakan orang itu adalah saingannya kelak.

Kembali ke hal Miri pada ending episod 1 di mana Myung Hoon bertanya jika benar dia graduated dari Tokyo University. Sebenarnya, Miri tidak pernah pun belajar di universiti itu. Tapi kata-kata dia buat Myung Hoon menyangka dia adalah graduan Tokyo University. Jadinya dia terpaksa menipu sebab dengan maklumat itu saja dia berpotensi diambil bekerja oleh Myung Hoon.



Miri duduk menunggu di luar pejabat sementara Myung Hoon dan Direktor Kang berbincang. Direktor Kang membantah keras untuk mengambil sembarangan pekerja. Tiba-tiba mereka mendapat panggilan bahawa Nakamura telah tiba 2 hari awal dari yang telah dirancang. Maka kelam kabut lah mereka dan akhirnya tanpa berfikir panjang terus melantik Miri dan segera memberi panjelasan mengenai kerjanya.



Lepas menyiapkan diri dengan uniform lengkap, Miri turun dan Myung Hoon memperkenalkannya kepada Nakamura. Nakamura kelihatan berpuas hati apabila mendengar Miri memperkenalkan dirinya dalam dialek bahasa.



Yutaka berada di Hotel A untuk melihat keadaan dan melakukan sedikit survey ke atas hotel itu. Dia terserempak dengan Hee Joo yang bekerja sebagai maid di situ. Hee Joo telah tertumpah air di baju Yutaka dan segera meminta maaf. Macam biasalah Yutaka yang sangat sweet tu tidak marah pun.



Direktor Kang meminta Miri menyerahkan resume dan sijil diplomanya untuk proses perlantikan dan kemudian memohon visa kerja untuknya. Miri mula panik tidak tahu di mana harus mendapatkan sijil diploma. Dia mula mencari maklumat di internet dan bertanya jika ada orang yang boleh mereplika sijil diploma. Setelah penat mencari akhirnya dia bertemu dengan seorang yang boleh membantunya.



Sementara itu, Myung Hoon menerima satu message mengatakan ibunya pengsan lalu segera pergi ke rumah dan mendapati ambulan telah tiba.

Miri kembali semula ke pejabatnya dan mula menaip resume dengan rasa tidak senang hati. Dia tiba-tiba menerima panggilan memberitahu ada kekecohan yang berlaku di lobby.



Isteri Myung Hoon, Gwi Yeon yang bersama kekasihnya membuat kecoh kerana ingin mendapatkan bilik di hotel itu. Miri cuba masuk campur tapi dicaci Gwi Yeon memandangkan dia staff baru. Pada mulanya Miri tidak tahu pun Gwi Yeon adalah anak pemilik hotel berkenaan dan juga isteri kepada Myung Hoon.



Gwi Yeon mula bertindak di luar kawalan dengan memecahkan pasu bunga. Miri cuba menenangkan Gwi Yeon tapi malangnya dia ditolak dan terjatuh di atas serpihan kaca mengakibatkan tangannya terluka. Tidak lama lepas itu, Myung Hoon tiba dan melihat Miri cedera. Dia menyuruh Miri ke bilik rawatan.



Myung Hoon mengheret Gwi Yeon pulang ke rumah dan pertengkaran pun bermula. Gwi Yeon ni macam kurang kasih sayang dari Myung Hoon sebab itu dia sering membuat hal untuk membuat Myung Hoon marah dan memberi perhatian kepadanya. Tapi Myung Hoon ni macam tiada perasaan langsung. Myung Hoon bertanya apa yang Gwi Yeon inginkan. Dia mahu meminta cerai dan tidak akan meninggalkan apa-apa pun harta termasuklah kereta dan rumah kepada Myung Hoon. Myung Hoon tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan segera mengemas pakaian meninggalkan rumah itu.



Myung Hoon berhenti di tepi sebuah sungai. Dia mengimbas saat dia pertama kali bertemu Gwi Yeon. Dulu Myung Hoon seorang doktor. Gwi Yeon adalah pesakitnya. Jadinya cinta berputik selepas Gwi Yeon sembuh.



Miri ternampak Hirayama, loan sharknya sewaktu di Jepun berada di lobby hotel berkenaan sedang mencari dia. Dia segera bersembunyi dan keluar dari hotel tersebut.



Hari ini adalah hari pertama Yutaka memasuki syarikat. Sewaktu berada di elevator, dia terserempak Hee Joo dalam keadaan kelam kabut untuk menghadiri interview di hotel Mondo itu. Yutaka senyum melihat gelagat Hee Joo.



Myung Hoon dan Gwi Yeon sudah rasminya bercerai. Gwi Yeon memberi peluang kepada Myung Hoon untuk mengatakan sesuatu. Tapi Gwi Yeon ni macam berharap Myung Hoon memujuk untuk kembali tapi Myung Hoon hanya meminta maaf kerana tidak dapat membahagiakan dia. Bolehlah disimpulkan yang Gwi Yeon ni masih mahu bersama dengan Myung Hoon tapi sebab Myung Hoon tidak pandai membahagiakan dia, itu sebab dia memberontak. Dan akhirnya bercerai. Kasihan tengok Myung Hoon ni. Dia sayang dengan Gwi Yeon tapi tidak tahu macam mana mahu ekspresikan perasaan itu.



Myung Hoon duduk seorang diri sambil memikirkan nasibnya. Kemudian datang Miri untuk mengucapkan terima kasih kerana Myung Hoon sudah membantunya memanjangkan tempoh proses mendapatkan visa. Mereka sempat bercerita mengenai status rumahtangga Myung Hoon.



Yutaka pulang ke bilik dengan seplastik snek. Dia memberinya kepada tuan punya bangunan yang duduk di kaunter. Yutaka sempat bertanya mengenai Miri. Dia memuji Miri memiliki mata yang cantik. Kemudian dia berjalan membawa dua biji aiskrim melintas di depan bilik Miri. Dia nampak teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik itu. Akhirnya tidak jadi.



Sementara itu, Miri mendapat panggilan dari orang yang membuat replika sijil diplomanya. Mereka ada masalah dengan cop untuk sijil berkenaan. Cop itu hanya dapat dicopy dari sijil original. Miri mula tidak keruan kerana tempoh visanya hampir tamat.



Di pejabat, Myung Hoon mendapat panggilan kecemasan dari bilik Nakamura. Berlaku sedikit kekecohan apabila maid yang bertugas didapati telah menggunakan tandas bilik itu membuat Nakamura naik berang lalu mencampakkan barang-barang tandas. Miri dilihat tiada untuk meredahkan keadaan. Myung Hoon cuba menenangkan Nakamura dan dia sendiri pergi membersihkan tandas bilik berkenaan. Keadaan kembali terkawal.



Dalam perjalanan turun, Myung Hoon meminta Direktor Kang mengemaskan barang-barang Miri dan memanggil calon lain menggantikan posisi Miri. Habislah Miri siapa suruh keluar sewaktu bertugas. Kemudian, pihak syarikat menelefon Hoo Jee untuk jawatan itu.



Miri kembali ke pejabat dan ternampak notis yang dia diletakkan under probation. Miri berasa marah dan tidak puas hati kerana dipersalahkan atas kesilapan yang dilakukan maid terbabit. Dia pergi menemui dan telah bertikam lidah dengan Direktor Kang. Bila aku tengok watak Miri ni jelas menampakkan dia ni seorang pendendam bila tengok cara dia marah sambil berdengus. Fuh. Heroin berbahaya.



Miri keluar dengan perasaan yang sangat marah. Sewaktu keluar dari lif dia terlanggar dengan Hee Joo. Miri seolah mengenali Hee Joo dan segera mengejarnya.



Ok memanglah dia kenal sebab mereka kan sama-sama membesar di rumah anak yatim. Tapi apa yang di flashback adalah, semasa berada di Tokyo University. Miri dan Hirayama sedang dalam lawatan ke Tokyo University dan terserempak dengan Hee Joo yang belajar di sana. Miri berbohong yang dia juga pelajar di situ.



Miri tahu Hee Joo mempunyai sijil diploma dari Tokyo University. Dia sangat perlukan sijil diploma original untuk membuat replika sijil untuk dirinya. Sebab itu dia mengejar Hee Joo. Alahai heroin. Hmm. Dia belum tahu lagi Hee Joo itu adalah pengganti pekerjaannya. Kalau dia tahu confirm dendam. Kalau korang tengok episod 1 masa mereka di rumah anak yatim, Hee Joo sangat baik terhadapnya tapi dia penuh rasa kebencian.


Miri mengekori Hee Joo sehingga menaiki bas. Di dalam bas, Miri berpura-pura melanggar seseorang untuk menarik perhatian Hee Joo. Dan ya, berlakulah jejak kasih antara mereka.


Bersambung....



No comments:

Post a Comment