Yoon Sunglah yang menyelamatkan Nana dari tembakan dan segera pergi selepas itu. Nana pun tidak tahu itu adalah Yoon Sung sebab keadaan masih gelap.
Yoon Sung berlari ke arah bangunan tempat Jin Pyo melepaskan tembakan kerana pihak polis telah mengepung bangunan itu. Jin Pyo terperangkap.
Jin Pyo terpaksa turun menggunakan lif. Pihak Swat mengepung semua sudut di bahagian lobby.
Mujur Yoon Sung datang tepat pada masanya menyelamatkan Jin Pyo melalui bumbung lif. Di luar Shik Joong sedang menunggu mereka. Sang Gook mencipta kemalangan kecil dan berjaya menghalang pasukan polis dari mengejar mereka.
Di dalam kereta, Jin Pyo marah setelah mengetahui Yoon Sung yang menyebabkan black out itu. Yoon Sung merayu agar Jin Pyo membiar dia melakukan pembalasan itu ikut caranya dan bukan dengan pembunuhan.
Nana luka sedikit di pipi. Dia menjumpai kalung peluru di tempat itu. Itu kalung kepunyaan Yoon Sung!
Isteri Seo Yong Hak dimasukkan ke hospital kerana trauma. Anak sulung Seo Yong Hak berseloroh berharap dia yang ditembak dalam kejadian itu sebab ada juga alasan dia untuk tidak dihantar menyertai military service. Seo Yong Hak membentak dia harus menyertai kerana Seo Yong Hak kan bekas Menteri Pertahanan.
Seo Yong Hak berterima kasih kepada Nana dan rakannya kerana menjalankan tugas dengan baik.
Jin Pyo bersetuju untuk membantu Yoon Sung dan membiarkan dia ikut caranya. Jin Pyo berkata target kedua tidak mudah untuk ditumbangkan. Yoon Sung mengatakan dia ada dua kunci kelemahan Seo Yong Hak. Military boots dan anak-anaknya. Seo Yong Hak telah menerima banyak komplen berkenaan dengan military boots rosak yang dihasilkan oleh anak syarikat miliknya.
Di dalam kereta, Sang Gook bertanya jika benar Jin Pyo membenarkan Yoon Sung melakukan dengan caranya. Jin Pyo menjawab jika target kedua berjaya ditangkap, dia akan mengurusnya dengan cara sendiri. Means, Jin pyo tetap akan membunuh target kedua tanpa pengetahuan Yoon Sung. Ingatkan sudah berubah rupanya kejam tetap kejam. Huhu.
Young Joo dan bossnya berbincang mengenai surat layang yang diterima mereka bertulis komplen terhadap Seo Yong Hak mengenai isu military boots. Boss mengesyaki Seo Yong Hak melakukan penyelewengan dan mengarah Young Joo untuk menyiasat.
Young Joo berfikir kes itu ada kaitannya dengan cubaan menembak Seo Yong Hak. Dia melihat semula rakaman cctv dimana Jin Pyo sedang berada di dalam lif. Staff masuk menyerahkan kad hari jadi rakan yang dikirimkan kepada Young Joo.
Yoon Sung memuji Nana di atas tindakan beraninya menyelamatkan Seo Yong Hak. Tapi Nana masih bersikap dingin dengan Yoon Sung meminta dia tidak mencampuri urusannya.
Nana menerima surat lagi daripada mahkamah berkenaan rumahnya. Dia menghubungi makciknya juga rakan sekerja Young Joo meminta nasihat. Aik banyak pula perkaitan mereka ini huhu.
Young Joo terdengar perbualan Nana dan makciknya. Dia segera menemui tuan rumah tersebut untuk membeli rumah Nana itu. Tetapi tuan rumah itu enggan.
Yoon Sung yang tahu masalah Nana itu menghubungi Shik Joong dan memintanya berjumpa dengan tuan rumah itu dan membayar rumah Nana. Dengan amaun yang banyak, Shik Joong berjaya memujuk tuan rumah itu menjualkan rumah Nana kepadanya. Selesai isu rumah tergadai.
Kemudian Young Joo menemui Sae Hee di kliniknya. Young Joo memberi kad hari jadi rakan mereka yang baru diterimanya tadi. Melalui apa yang mereka bualkan aku rasa dulu mereka ini masing-masing menyimpan perasaan tapi tak kesampaian menjadi pasangan mungkin. Sae Hee memberitahu Young Joo yang Nana sebentar lagi akan ke klinik itu. Dan meminta Young Joo tunggu untuk bertemunya. Aik aik aik? Lagi sekali berteka teki siapa Sae Hee dan Young Joo kepada Nana.

Sementara itu, Mi Jin dan Do Jin serta ayah mereka yang sudah kembali ke pangkuan, mengucapkan selamat tinggal kepada Nana dan Yoon Sung kerana mereka akan berpindah tempat tinggal. Do Jin sempat memberi hadiah kepada Nana dan Yoon Sung. Hadiah barang berharga buat Do Jin iaitu plaster dan patung itik teehee.

Setelah keluarga itu beredar, Yoon Sung mengambil plaster pemberian Do Jin lalu menampal luka di pipi Nana. Membuat Nana tergamam. Huhu sweet. Nana yang masih marah terus naik ke rumahnya meninggalkan Yoon Sung.

Sewaktu menaiki tangga, Nana menerima satu kad. Kad pemberian Young Joo tadi. Rupanya itu yang digelar Nana sebagai Daddy Long Leg. Dia tersenyum dan bergerak pergi ke satu tempat. Yoon Sung mengekori Nana membuat Nana bengang. Haha korang mesti tengok scene ini. Comel je Yoon sung usik Nana :P
Nana berlari dan sampai di depan klinik Sae Hee. Dia memanggil Sae Hee 'unnie'. Ouh memang kenallah mereka ni. Yoon Sung juga turut berhenti dan hairan kerana mereka kenal satu sama lain. Kemudian muncul Young Joo dari klinik dan Sae Hee menjemput mereka semua minum bersama di dalam kliniknya. Yoon Sung sempat mengusik Nana tentang kad yang diterimanya. Young Joo tunduk malu apabila mendengar Nana menyebut Daddy Long Leg. Hahaha. Nampaknya Nana tak tahu lagi Daddy Long Leg itu sebenarnya Young Joo.

Sementara menanti Sae Hee membuat kopi, mereka menonton tv yang kebetulan menyiarkan berita mengenai bekas menteri pelajaran, Kim Jong Shik. Air muka serta merta berubah melihat berita itu.

Nana terimbas satu kemalangan jalan raya mungkin ada kaitan dengan sejarah hidupnya dan terus menukar ke chanel lain. Mukanya nampak pucat.

Yoon Sung mengekori Young Joo dan Nana. Mereka singgah di sebuah farmasi. Yoon Sung ternampak Young Joo membelikan Nana sepek plaster dan kemudian membantunya menampalkan di pipi Nana. Yoon Sung berasa marah dan cemburu. Sebenarnya dia pun ada belikan Nana plaster tapi bila nampak adegan itu terus dicampaknya plaster itu ke sebelah seat.

Yoon Sung tiba-tiba teringat akan lelaki yang pernah ditendangnya di atas boat semasa ingin menangkap Lee Kyung Wan sama seperti lelaki yang ditendangnya tadi. Maka dia tahu lelaki itu adalah orang Chun. Dia tertanya-tanya kenapa Chun memburu Nana.

Young Joo bertanya kenapa dan Nana menjawab dia tidak sukakan Kim Jong Shik. Wah makin interesting pula! Mungkin inilah sebab kenapa Young Joo melayan Nana dengan baik dan mungkin dia sudah lama mengenali Nana sebab ayahnya Kim Jong Shik itu ada kaitan dengan sejarah hidup Nana.

Yoon Sung dan Young Joo berebut menghantar Nana pulang. Hahaha. Akhirnya Nana naik kereta Young Joo sebab masih bengang dengan Yoon Sung.

Young Joo kelihatan tidak senang duduk apabila Nana bertanya jika masih boleh menyiasat semula tentang kes kemalangan jalan raya 10 tahun lepas. Jadi di sini bolehlah dianggap bahawa ibu Nana mati dalam kemalangan jalan raya tersebut yang berpunca daripada ayah Young Joo, Kim Jong Shik. Sebab itu Nana tidak suka dengan dia. Young Joo pula kelihatan tidak rapat dengan ayahnya mungkin disebabkan itu. Dan atas sebab bersalah maka dia selalu concern dengan kehidupan Nana. See the relation?

Di rumah, Nana membelek keratan-keratan akhbar yang dikumpulnya berkaitan dengan Kim Jong Shik yang dianggapnya bertanggungjawab dalam kematian ibunya. Kemudian dia tersenyum melihat kad dan surat yang dikumpul. I bet semuanya daripada Daddy Long Leg. Ouh.

Yoon Sung melaporkan maklumat yang diperolehinya kepada Jin Pyo berkaitan dengan military boots dan Seo Yong Hak.

Dalam masa yang sama, Nana menerima sms daripada Yoon Sung bertanyakan jika dia sudah tidur atau belum. Nana tidak mempedulikan. Yoon Sung sekali lagi menghantar sms menyebut pororo plaster(pemberian Do Jin) lagi cantik dipakainya. Nana kehairanan dan melihat sekeliilng rumahnya seolah-olah Yoon Sung sedang memerhati. Manakala Yoon Sung pula seperti orang gila menunggu balasan dari Nana. HAHAHAHAHA.

Yoon Sung menyedari kalungnya telah hilang. Sementara, Nana di rumahnya sedang merenung kalung yang diambilnya dari tempat kejadian tembakan itu. Dia syak kalung itu adalah kalung orang yang menyelamatkan dia.

Chun menemui Seo membincangkan tentang cubaan menembaknya tempoh hari. Dia mengesyaki mungkin ada kaitan dengan isu military boots itu. Tetapi Seo merasakan semua itu ada kaitan dengan dog tags tersebut setelah menyelidiki bahawa dog tags itu kepunyaan mereka yang menyertai gerakan rahsia di Burma 28 tahun lepas.

Chun pula ingin mengetahui siapa citu hunter tersebut. Dia menyuruh orang kanannya menyiasat tentang dua orang adik beradik Mi Jin dan Do Jin kerana mereka mungkin tahu siapa dalang disebaliknya.

Presiden Choi bersiar-siar di taman sambil mendongak ke langit mengimbas semula sewaktu Jin Pyo datang ingin membunuhnya dan juga rayuan Kyung Hee membantunya mencari Jin Pyo dan bayinya.

Kemudian muncul Da Hae masih memujuk ayahnya untuk menggantikan tutor baru. Masih bekeras mahukan Yoon Sung haha.

Seperti biasa Judo training diadakan. Yoon Sung enggan menurut kata Nana apabila diajar taktik baru. Jadinya mereka bertekak dan Nana sengaja menyakitkan hati Yoon Sung dengan membandingnya dengan Young Joo. Hahahha.

Yoon Sung geram lantas cuba menjatuhkan Nana. Nana tiba-tiba teringat tentang cara orang yang menyelamatkan dia pada malam itu sama macam cara Yoon Sung menjatuhkannya. Whopps!

Sekali lagi rangkaian komunikasi Blue House digodam. Kali ini tersiar gambar military boots yang rosak. Tidak tahu perbuatan siapa tapi mesti sebab ingin tunjuk protes terhadap Seo Yong Hak.

Pada mulanya Ki Joon diarah untuk menyelesaikan masalah itu tapi gagal. Maka Yoon Sung mengambil alih dan berjaya menyelesaikannya. Dia melihat Ki Joon dengan ekspresi yang mencurigakan manakala Ki Joon kelihatan gementar.

Yoon Sung mengekori Ki Joon ke tandas. Dia tahu Ki Joon hanya berbohong dan buat-buat tidak tahu menyelesaikan masalah godam itu. Ki Joon tetap tidak mengaku lantas segera beredar dari situ.

Sementara itu, orang kanan Chun datang ke rumah adik-beradik itu namun mereka sudah berpindah dari situ. Kemudian dia ternampak Nana baru pulang menaiki tangga rumahnya. Dia teringat pernah melihat Nana bersama dua beradik itu semasa majlis Lee Kyung Wan. Meletakkan Nana sebagai suspeknya.

Rakan sepejabat Yoon Sung mengadakan gathering party. Yoon Sung dipaksa menyertai. Ki Joon pula kelihatan resah dan minum banyak sehingga mabuk. Yoon Sung menawarkan diri menghantar Ki Joon pulang sebab dia mahu keluar dari tempat itu. Di luar, Ki Joon menangis sambil memberitahu adiknya hilang sebelah kaki gara-gara military boots yang dipakainya. Ouh rupanya sebab itu dia sengaja membiarkan sistem mereka digodam dengan gambar military boots itu.

Handphone Ki Joon tiba-tiba berbunyi. Melihat keadaan Ki Joon yang mabuk teruk, Yoon Sung menjawab panggilan itu dan menyedari itu suara Nana. By the time, Nana sampai untuk menjadi pemandu upahan Ki Joon. Nana sendiri tidak tahu Ki Joon yang meminta servis pemandu. Ki Joon menyedari kemunculan Nana bertanya kenapa dia berada di situ. Jadi Yoon Sung terus cover up takut jika Ki Joon mengetahui Nana mengambil kerja sambilan kerana itu melanggar peraturan kakitangan Blue House.


Yoon Sung terpaksa memandu menghantar Ki Joon pulang. Yoon Sung sempat membebel hahaha. Dia juga terpaksa piggy back Ki Joon naik ke rumahnya.

Seorang lelaki tanpa sebelah kaki membuka pintu. Mereka tergamam. Itulah adik yang dikatakan Ki Joon sebentar tadi. Yoon Sung memerhati tanpa kata. Mungkin menaikkan lagi semangatnya untuk menjatuhkan Seo Yong Hak demi membela nasib adik Ki Joon.

Ok ini scene wajib tengok like omg so sweet hehehe. Mereka berdua pulang menaiki bas bersama. Di dalam bas Yoon Sung memejamkan mata mengimbas semula kata-kata Ki Joon. Pada masa yang sama, Nan berterima kasih atas bantuannya tadi. Sebaik menoleh dia melihat Yoon Sung menutup mata menyangka dia sedang tidur. Tiba-tiba Yoon Sung merebahkan kepalanya ke bahu Nana.

Nana terkejut dan kurang selesa lalu dia cuba menolak kepala Yoon Sung dari bahunya. Walau beberapa kali mencuba tetap tidak berjaya ahahahha.

Akhirnya Nana membiarkan sahaja. Sebenarnya Yoon Sung sengaja buat begitu. Dia tidak tidur pun. Sambil tersenyum landing di bahu Nana. Wuuuuu sweet. Tiba-tiba teringat Boys Over Flower. Karakter Yoon Sung sama saja seperti karakternya dalam BOF. <3

Mereka berdua berjalan menuju ke rumah Nana sambil Yoon Sung bergurau Nana sengaja tidak mengejutkan dia sebab suka Yoon Sung landing di bahunya. Hahahah. Sementara kelihatan orang kanan Chun mencari sesuatu di dalam rumah Nana.

Lelaki itu terus bersembunyi selepas mendengar suara Nana. Yoon Sung meminta Nana membungkuskan kimchi buatnya. Dia menunggu di pintu sementara Nana menyiapkan kimchi. Yoon Sung ternampak lelaki itu cuba menikam Nana dari belakang. Yoon Sung berpura-pura bersuara menyebabkan lelaki itu terus cabut lari.

Di luar Yoon Sung melompat ke arah lelaki itu dan menyambar topinya. Haruslah menutup muka sebab nanti akan di cam. Maka berlakulah pergaduhan dan berjaya menewaskan lelaki itu.

Yoon Sung naik semula ke rumah Nana seperti tiada apa-apa berlaku. Dia bertanya tentang grill pintu rumahnya. Nana menjawab acuh tidak acuh menyebabkan Yoon Sung menengkingnya. Hahaha sebenarnya Yoon Sung risau lelaki itu datang semula. Sebelum balik pun dia memeriksa grill tingkap rumah itu tidak meyakinkan.

Gara-gara risau dengan keselamatan Nana, Yoon Sung mengambil keputusan berjaga di bawah rumah Nana sampai ke pagi. Tsk! Terharu pula dengan tindakan Yoon Sung yang diam-diam sangat protective ini.

Nana diberi amaran oleh supervisornya mengenai keadaan kewangannya yang hanya akan memburukkan reputasi jabatan mereka kerana mengambil pekerja yang mempunyai masalah kewangan.

Kemudian Nana pergi menemui tuan rumah itu untuk merayu sekali lagi. Namun Nana dikhabarkan bahawa sudah ada orang membayarkan rumah itu. Nana bertanya siapa dan tuan rumah itu.

Yoon Sung kelihatan merungut dengan kopi buatannya tidak sesedap kopi buatan Nana. Kemudian muncul Nana seraya berkata kenapa Yoon Sung suka mencampuri urusan peribadinya. Mungkin tuan rumah itu memberitahu rumah itu dibeli atas nama Yoon Sung.
Bersambung.....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment