Sewaktu mereka keluar dari bar itu, Hirayama sengaja melanggar Miri. Myung Hoon tanya jika dia kenal lelaki itu dan Miri menafikan. Myung Hoon berkata dia terdengar Miri seperti berbual dengan seseorang di dalam tandas tadi. Miri menjawab Myung Hoon hanya salah dengar.

Hee Joo berjaya membuat presentation pertama kali di depan ahli lembaga Hotel A. Myung Hoon berpuas hati dengan presentation itu. Hee Joo kemudian memperkenalkan diri dan menambah dia pernah bekerja dengan Hotel A. Dia juga berkata Miri adalah housematenya. Myung Hoon kemudian bertanya jika Hee Joo sudah sihat. Tapi Hee Joo kata dia tidak sakit pun. Myung Hoon terkejut kerana Miri pernah memberi alasan dia pulang awal kerana housematenya sakit.

Miri dan Yutaka pergi membeli bunga buat ibubapa Yutaka. Sebelum Yutaka membawa Miri ke rumahnya, dia telah berterus terang dengan Miri tentang latar belakangnya yang sebenar. Miri pura-pura berlakon terkejut dan kecewa kerana Yutaka telah menipunya selama ini. Yutaka menjelaskan dia tidak bermaksud untuk menipu lantas mengucapkan "i love u" kepada Miri. Oh shot!

Sementara itu, Myung Hoon ternampak Hirayama sedang membuat bising di bahagian reception meminta untuk berjumpa Miri. Myung Hoon mengimbas semula di mana dia pernah berjumpa lelaki itu. Dia kemudian menghampiri dan membawa Hirayama ke pejabatnya.

Myung Hoon tanya apa hubungannya dengan Miri dan bagaimana dia mengenali Miri. Hirayama mengatakan Miri berhutang dengannya.

Miri dan Yutaka akhirnya pergi menemui ibu bapa Yutaka. Presiden Lee terkejut kerana Mirilah wanita yang pernah memberi layanan baik dengannya dulu sewaktu di hospital.

Presiden Lee mengatakan dia suka dengan Miri di atas sikap baik dan jujurnya. Sementara Lee Hwa dan Miri sedang minum teh bersama. Lee Hwa nampak macam suka tidak suka saja Miri ni.

Myung Hoon merenung kad bisnes Hirayama setelah mereka berdua bertukar kad. Dia mulai mengesyaki sesuatu sedang berlaku pada Miri.

Selepas Miri dan Yutaka beredar, Lee Hwa kelihatan tidak senang. Presiden Lee memuji Miri di depannya.

Di dalam kereta, Yutaka tanya jika Miri masih marah terhadapnya. Miri menjawab dia tidak tahu dan apa yang penting hanyalah hati Yutaka. Damn. Sementara itu, Myung Hoon yang tidak dapat menghubungi Miri setelah berkali-kali cuba, akhirnya mengambil keputusan untuk ke rumah Miri dan berjumpa Hee Joo untuk lebih mengenal dengan lebih dekat tentang Miri.

Myung Hoon berterus terang kepada Hee Joo bahawa dia mencintai Miri dan kini mereka sedang berpacaran. Hee Joo apa lagi sangat terkejut.

Sementara itu, Yutaka menghantar Miri sampai ke depan pintu dan kemudian beredar. Tapi dia pusing semula dan terus memeluk Miri tanda dia sangat bahagia pada hari itu. (T_____T)

Selepas Yutaka beredar, Miri menuju masuk ke rumahnya dan terperanjat apabila mendapati Myung Hoon baru keluar dari rumahnya.

Mereka berbual di dalam kereta. Myung Hoon menjelaskan dia datang ke situ mencari Miri kerana terlalu rindukan dia.

Hee Joo tanya bagaimana kalau Yutaka tahu tentang hubungan Miri dan Myung Hoon. Miri bengang kerana menganggap Hee Joo macam mengugutnya. Dia kemudian menjelaskan memang betul dia tahu perasaan Myung Hoon terhadapnya dan dia banyak terhutang budi dengan Myung Hoon kerana telah membantunya dengan apa yang dia dapat sekarang. Tapi perasaannya terhadap Yutaka adalah benar. Hee Joo menjawab apa yang dia lakukan itu bukan cinta. Miri memandangnya dengan sinis sambil menjawab dia tidak pernah tahu apa itu cinta.

Miri duduk termenung mungkin memikirkan apa yang dikatakan Hee Joo. Manakala Myung Hoon masih berasa was-was dengan Miri sambil merenung kad bisnes Hirayama.

Hari berikutnya, Miri pergi ke pejabat Yutaka membawakannya makanan. Miri memandang Yutaka yang begitu berselera makan.

Sementara itu Myung Hoon cuba menyelidiki dan bertanya kepada staffnya tentang Hirayama yang datang tempoh hari dan meminta agar dia merahsiakan hal ini daripada Miri.

Miri tanya apa pandangan keluarga tentangnya. Yutaka menyatakan ayahnya sangat sukakan Miri dan ingin mereka cepat-cepat berkahwin. Air muka Miri berubah. Yutaka meminta Miri memikirkan tentang hal itu. Macam biasalah Miri memberi alasan yang dia perlukan masa.

Miri menghubungi Hirayama bertanyakan tentang hal itu. Pada masa itu juga, Hirayama mendapat panggilan dari Myung Hoon lantas memberitahu mungkin lepas ini dia tidak perlu berurusan dengan Miri lagi kerana Myung Hoon sedang menghubunginya sekarang. Miri panik dan Hirayama memutuskan talian. Dia kemudian segera menukar pakaian dan pergi mencari Hirayama.

Chul Jin kemudian membawa Hee Joo ke sebuah cafe. Dia menasihati Hee Joo agar melupakan Yutaka. Dia juga tidak menyukai Miri dan ingin menasihati Yutaka namun dia sedar tidak mungkin dia berjaya menasihati Yutaka kerana Yutaka terlalu cintakan Miri.

Belum sempat Miri menghabiskan ayatnya, Myung Hoon mencelah. Dia malah menyampaikan berita bahawa Miri sudah mendapat tempat di universiti dan boleh memulakan kerjanya sebagai lecturer. Myung Hoon menambah kini tiada apa lagi yang boleh melukakan hati Miri kerana apa yang Miri mahukan dia akan tunaikan. Miri cuma mampu mengalirkan airmata. Oh ini memang betul kesian.

Semasa melawat tapak pembinaan, Hee Joo sempat termenung memikirkan hal Miri dan Yutaka. Sewaktu sedang berjalan, dia terjatuh dan tangannya cedera. Chul Jin segera membawanya ke hospital. Sementara itu, di tempat kerja Miri terdengar receptionist sedang gosip sesuatu. Miri pergi bertanya dan salah seorang memberitahu Miri ada seorang lelaki aneh datang mencarinya dan lelaki itu kemudian dibawa oleh Myung Hoon ke pejabatnya.

Miri mengesyaki Hirayama telah datang mencarinya. Dia kemudian pergi menemui Myung Hoon di pejabat namun Myung Hoon tiada di situ. Miri bimbang. Myung Hoon mengambil cuti sehari untuk cuba menyiasat sambil memerhatikan club milik Hirayama.

Yutaka yang mendapat panggilan Hee Joo dirawat di hospital menawarkan untuk menghantar Hee Joo pulang. Namun Hee Joo menolak.

Myung Hoon dan Hirayama bertemu. Myung Hoon menyerahkan sampul berisi duit kepada Hirayama dan meminta agar dia tidak datang menemui Miri lagi.


Sewaktu Myung Hoon ingin beredar, Miri muncul di situ dan terkejut melihat Myung Hoon dan Hirayama yang sedang memegang sampul berisi duit.

Myung Hoon membawa Miri ke satu tempat. Miri kelihatan takut memulakan bicara. Suaranya terketar-ketar menjelaskan semuanya kepada Myung Hoon yang cuma berdiam sejak tadi. Dia mengatakan dia malu setelah Myung Hoon mengetahui kisah hidupnya yang terpaksa berhutang dengan loan shark untuk meneruskan hidup.

Pagi berikutnya, Myung Hoon kelihatan keluar dari pejabatnya masuk ke dalam kereta membawa sejambang bunga menuju ke kedai cincin. Sementara Yutaka juga membeli sebentuk cincin mestilah untuk Miri.


Myung Hoon yang baru tiba di kedai itu terserempak dengan Yutaka yang baru selesai membeli cincin. Adoi dua lelaki yang sangat kasihan mencintai satu wanita yang penuh kepura-puraan.
Bersambung......
Bersambung......
No comments:
Post a Comment