Bila dapat tahu identiti Yutaka sebenar, Miri terus keluar meninggalkan majlis itu. Myung Hoon ternampak dan menemui Miri di luar. Miri meminta izin untuk pulang dengan alasan kurang sihat.

Di rumah, dia membuat research mengenai latar belakang Mondo Resort dan tidak banyak maklumat mengenai Yutaka sebab dia hidup secara low profile.

Ayah menghubungi Yutaka mengucapkan tahniah di atas kejayaannya dalam projek penggabungan itu. Dia tanya perkembangan hubungan Yutaka bersama wanita idamannya. Kenapa dia ambil masa lama untuk mendapatkan wanita itu. Yutaka tersenyum sambil berkata tidak seronok kalau senang dapat. Lol.

Di pejabat, Miri mendengar rakan sepejabat berbual mengenai Yutaka yang khabarnya akan melibatkan diri dalam politik. Miri nampaknya tertarik dengan khabar itu.

Selepas selesai menonton, mereka singgah di sebuah restoran. Miri ni menipu saja kerjanya. Konon kata tidak pandai minum alkohol. Berlakon baik didepan Yutaka sampai Yutaka pun impressed dengannya. Damn. Tetapi apabila digesa Chul Jin, Miri konon-konon paksa diri minum sambil buat muka tidak suka. Hee Joo meluat tengok lakonan Miri. Damn bitch Miri.

Miri mendapat sms daripada Myung Hoon mengajak jumpa di rooftop. Myung Hoon mempelawa Miri makan malam bersama. Tapi Miri bagi alasan sakit. Aisehmen sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Myung Hoon memberitahu dia sebenarnya nervous untuk bekerjasama dengan Yutaka. Miri kemudian pura-pura berkata dia tidak sanggup biarkan Myung Hoon dalam keadaan stress jadinya dia akan pergi makan malam bersama. Walhal mahu kumpul maklumat mengenai Yutaka. Cis!

Sementara itu, Hee Joo bersedia pergi kerja di Mondo Group. Chul Jin membawanya ke pejabat Yutaka. Hee Joo terkejut apabila mendapat tahu Yutaka sebenarnya adalah bos syarikat itu. Dia terus berlari keluar.

Hee Joo kecewa kerana Yutaka menyangka Yutaka mendekatinya selama ini adalah kerana mahu memujuk Hee Joo bekerja dengannya. Yutaka menjelaskan yang dia memang berniat untuk memujuknya namun dia memang ikhlas berkawan dengan Hee Joo. Chul Jin kemudian membawa Hee Joo ke cafe. Dia menceritakan tentang Yutaka yang tidak seperti anak orang kaya lain. Selama ini dia hidup secara low profile dan berdikari di kaki sendiri. Yuran pengajiannya juga dibayar dengan hasil titik peluhnya dan bukan dari keluarga.

Hee Joo menyampaikan berita itu kepada Yutaka membuatkan Yutaka gembira bukan kepalang. Aigoo.
Walaupun tahu Yutaka suka Miri, namun ada juga terselit perasaan cemburu di hati Hee Joo. Dia nampak terkilan apabila air yang diberinya kepada Yutaka diberi pula kepada Miri. Ouhh.

Myung Hoon menceritakan serba sedikit mengenai Yutaka kepada Miri. Yutaka seorang yang low profile dan selama ini hidup berasingan dari keluarganya. Namun hubungan mereka baik dan dia kini telah diwariskan syarikat Mondo itu. Dia menambah Yutaka diberi kebebasan untuk memilih calon isteri. Miri kelihatan teruja mendengar. Alahai target baru.

Pagi berikutnya, Miri tiba-tiba rajin menyiapkan sarapan membuatkan Hee Joo agak kehairanan. Miri memberi respon sungguh ceria apabila Hee Joo memberitahu dia sudah mula bekerja dengan Mondo Resort. Walaweyh! Bukan main talam dua muka. Lepas itu dia cuba membuka cerita tentang 'that guy' (Yutaka). Miri berkata mereka harus meraikan sempena Hee Joo mendapat kerja lalu mencadangkan mereka berempat keluar menonton perlawanan besbol.

Yutaka bertanya kepada Hee Joo tentang apa yang Miri suka semasa di universiti. Kemudian Chul Jin pula tanya kepada Miri apa course yang diambilnya semasa di Tokyo Universiti. Miri tergagap-gagap menjawab "National....Japanese Literature" Chul Jin pelik kerana di sana mereka tidak menyebut Japanese Literature. Miri mula panik namun Yutaka yang super +ve thinking cuba memberi andaian. Duhh. Chul Jin kemudian bertanya lagi tentang kampusnya. Miri pura-pura menegur Hee Joo kerana minum terlalu banyak semata-mata untuk menukar topik. Miri menyuruh Hee Joo pulang sebab dia sudah mabuk dan meminta Chul Jin menghantarnya. Damn.

Sementara itu, Myung Hoon mencuba beberapa kali menghubungi Miri namun hpnya dimatikan. Hirayama telah dapat mengesan tempat tinggal Miri dan menunggu Miri di depan rumah itu. Good!

Yutaka dan Miri berjalan pulang bersama-sama. Miri panik apabila ternampak Hirayama sedang berdiri di depan rumah mereka.

Dengan nada cemas, Miri mengajak Yutaka pergi kedai membeli aiskrim buat Hee Joo. Tapi Yutaka menawarkan diri pergi beli sementara Miri menunggu di situ namun Miri berkeras ikut. Yutaka tetap memintanya tunggu di situ. Hirayama pula sedang memerhatikan Miri.

Selepas Yutaka pergi, Miri cepat-cepat menarik Hirayama ke tempat lain. Hirayama mula bertindak kasar ke atas Miri. Dia menampar dan menarik rambut Miri sambil mencacinya. Hirayama menyuruh Miri sedar diri bahawa dia adalah pekerja bar. Miri melawan sambil berkata dia tidak mahu bekerja seperti itu lagi. Hirayama memaksa Miri untuk berjumpa dengan Presiden Kang. (mungkin bapa segala bapa ayam) Namun Miri enggan.

Hee Joo yang kebetulan melalui tempat itu, ternampak Miri sedang dipukul Hirayama dan terdengar akan perbualan mereka. Semasa di rumah, Hee Joo tidak berani menegur Miri yang seakan tidak bermaya dan terus masuk ke bilik mandi. Menangis. Ouh kesianlah pula dia di sini.

Keesokan pagi, Hee Joo cuba bertanya siapa lelaki semalam itu kepada Miri. Miri cuma menjawab kawan lama yang mahu mengajaknya bekerja bersama. Miri memberi amaran kepada Hee Joo agar tidak bercakap apa-apa mengenainya kepada Yutaka.

Sewaktu keluar rumah, Miri ternampak motor milik Yutaka. Dia kemudian mendapat idea bagaimana dia boleh keluar semula berdua bersama Yutaka. Cis!

Miri menyuruh guard di situ menghubungi Yutaka dan Miri meminta maaf kerana telah menjatuhkan motor kawannya. Maksudnya Miri konon berpura-pura tidak tahu identiti Yutaka jadi dia konon menganggap motor itu kepunyaan kawan Yutaka. Duhh! Jadinya Miri sudah berhutang dengan Yutaka dan berjanji akan membayar kos pembaikan motor itu nanti. Jadi adalah alasan untuk mereka berjumpa. Damn.

Myung Hoon menemui Yutaka di pejabatnya sebagai pertama kali melaporkan tentang prestasi hotel A kepada bos besar, Yutaka. Yutaka memintanya supaya menganggap mereka seperti adik dan abang. Tipikal Yutaka. Sweet.

Myung Hoon dan Miri terserempak di elevator. Myung Hoon tanya jika dia ada masa terluang kerana dia mahu mengajak Miri bertemu ibunya yang sudah sedar di hospital. Miri pura-pura gembira mendengarnya dan akan mengikut Myung Hoon melawat. Namun dalam masa yang sama, Miri mendapat panggilan dari Yutaka mengajaknya pergi ke bengkel motor bersama.

Like hello? Gading baru mestilah pergi berjumpa. Myung Hoon ternampak Miri bergegas pergi menaiki teksi.

Direktor Kang terdengar dari pemilik butik yang Myung Hoon ada meminjam sepasang dress untuk seseorang dan bertanya kepadanya siapa orang itu. Myung Hoon tidak memberitahu dan hanya berkata kelak dia akan beritahu juga.

Ouh shit. Miri dan Yutaka menghabiskan masa bersama dan nampak sangat gembira. Yutaka mendapat tahu yang Miri seorang anak yatim piatu dan terpaksa mencari wang untuk menampung sekolah. Yutaka kagum dengan kehidupan yang dijalaninya. Duh. Paling menyampah apabila Miri tolong mengelap sos di bibir Yutaka. Pfftt. Haha.

Miri dan Yutaka pulang bersama. Ketika hampir sampai, Yutaka terlupa sesuatu dan menyuruh Miri menunggunya di situ.


Myung Hoon cuba menghubungi Miri beberapa kali tapi tidak dapat. Dia akhirnya pergi melawat ibunya seorang diri. Sementara Miri dan Yutaka seperti pasangan kekasih menunggang motor bersama-sama. Kesiannya Myung Hoon.

Myung Hoon pergi mencari Miri di rumahnya setelah tidak dapat menghubungi. Dia ternampak Miri sedang berdiri di bahu jalan. Miri terkejut melihat Myung Hoon di situ.
Myung Hoon tanya kenapa tidak dapat menghubungi hpnya. Miri berpura-pura memeriksa hpnya telah mati. Kononnya satu hari dia menunggu panggilan Myung Hoon untuk ke hospital bersama tapi tiada. Myung Hoon cuba tanya adakah Miri menyesal dengan hubungan mereka. Miri pura-pura terluka dengan soalan itu seolah Myung Hoon meragui cintanya. Tiba-tiba Miri ternampak Yutaka sedang mencarinya dan cepat-cepat membelakang dan menghadang Myung Hoon supaya Yutaka tidak nampak mereka. Miri yang berpura-pura terluka itu meminta izin untuk pulang.

Miri bercadang pergi ke pulau Jeju setelah Yutaka ada memberitahunya dia akan ke sana atas urusan kerja. Miri menghubungi Myung Hoon memberitahu dia kini berada di Pulau Jeju untuk menenangkan fikiran dan meminta waktu berfikir mengenai hubungan mereka. Duhh?
Yutaka, Hee Joo dan Chul Jin baru selesai membuat kerja. Yutaka ternampak Miri di lobby hotel tempat mereka menginap.


Miri pura-pura memberitahu dia datang ke situ mencari teh yang diminta oleh seorang pelanggan hotel mereka. Dia konon mahu bertemu Hee Joo sebelum pergi. Hee Joo nampak tidak senang dengan kehadiran Miri di situ. Begitu juga Chul Jin haha! Kemudian Yutaka menawarkan diri menemani Miri mencari teh.

Maka bermulalah perjalanan mereka seperti sepasang kekasih. Bersiar menaiki kereta, bermain di tepi pantai, menaiki bot, dan last sekali Yutaka membawanya menikmati sunset.

Yutaka memberitahu tempat itu adalah tempat ibunya selalu melancong. Kemudian keluarlah cerita mengenai ibu Miri yang telah meninggalkannya. Miri menangis menyebut tentang ibunya. Ok yang ini bukan lakonan. Tangisannya adalah pure. Mana mungkinlah dia berlakon soal ibu. Yutaka sayu mendengar cerita Miri.

Yutaka kemudian comfort Miri. Tapi kenapa harus peluk???? Hahhaha.

Mereka kemudian balik ke hotel. Miri senyum lebar tanda misi berjaya. Balik kepada watak bitch. Di lapangan terbang kelihatan Myung Hoon tiba di pulau Jeju. Jeng jeng jeng. Kantoi lah kau.
Miri mendapati beg pakaiannya tidak boleh buka. Kebetulan Yutaka mengetuk pintu biliknya untuk mengembalikan topi Miri yang tertinggal di kereta. Miri meminta bantuan Yutaka membaiki begnya. Myung Hoon tiba di hotel itu dan membunyikan loceng bilik Miri.

Miri sungguh terkejut apabila mendapati Myung Hoon sedang berdiri di depan bilik. Semoga kau kantoi. Hahaha.
Bersambung.......
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment