Setelah mengetahui kisah sebenar mengenai pembunuhan ayahnya, Yoon Sung sedar dia harus berusaha mengubah dirinya dan membalas dendam demi ayahnya. Peluru yang telah membunuh ayahnya itu telah dijadikan sebagai rantai.
Dia telah berlatih dan belajar dengan tekun. Kelihatan kini dia telah tinggal di sebuah mansion besar. Jin Pyo telah berjaya dalam perniagaan dadahnya.
Jin Pyo menyerahkan surat tawaran kepada Yoon Sung menyatakan dia telah berjaya diterima masuk ke MIT (Massechusetts Institute of Technology) Jin Pyo juga menyerahkan Yoon Sung dokumen identiti barunya sebagai warganegara Texas dengan nama inggerisnya John Lee. Selain itu Yoon Sung juga telah diingatkan agar tidak mempercayai dan mencintai sesiapa pun apabila tiba di Seoul kelak.
7 tahun kemudian. Berbalik kepada penghujung cerita episod 1 di mana Yoon Sung telah tiba di Seoul dan mengamati sekitar pemandangan kota itu sedang Kim Na Na turut berdiri di belakangnya.
Kim Na Na mendapat panggilan dan bergegas pergi ke hospital. Doktor memberitahu Na Na tentang keadaan ayahnya yang kian memburuk. Kos rawatan adalah sangat tinggi.
Demi mengumpul wang, Na Na membuat seberapa banyak kerja sambilan termasuklah menjadi jurujual ubat-ubatan. Ketika menjalankan kerjanya, Na Na mendapat satu panggilan meminta dia bekerja sebagai driver sementara untuk seseorang.
Pada masa yang sama di sebuah club, Yoon Sung sedang bercakap di telefon dengan Shik Joong bertanyakan sesiapa yang boleh menjadi drivernya kerana dia masih belum biasa dengan jalan di Seoul. Kemudian datang seorang wanita dalam keadaan mabuk duduk memeluk Yoon Sung. Mereka berdua keluar dari club bersama-sama.
Sejurus melangkah keluar, Yoon Sung melihat Na Na adalah drivernya pada malam itu. Dia semestinya sudah mengenali Na Na daripada Shik Joong melalui gambar sewaktu dulu. Namun bagi Na Na itu adalah kali pertama dia mengenali Yoon Sung. Yoon Sung terus melemparkan kunci kepada Na Na dan meminta dia membawa mereka ke hotel.
Sewaktu ingin beredar, seorang lelaki muncul. Lelaki itu adalah Kim Young Joo the prosecutor. Dia ingin berbicara dengan Kim Min Hee wanita yang bersama Yoon Sung itu. Dia cuba mengeluarkan id card tetapi tiada. Lantas menarik Min Hee keluar dari kereta.
Sewaktu Yoon Sung ingin menghalang, Na Na terlebih dahulu keluar dari kereta dan segera menjatuhkan Young Joo membuat Yoon Sung terkesima. Haha cool.
Di dalam kereta, Yoon Sung dan temannya kelihatan sedang bermesra di kerusi belakang. Na Na kelihatan sangat terganggu. Dia lantas memberhentikan kereta dan tidak mahu meneruskan lagi kerjanya.
Sebelum meninggalkan mereka, dia sempat meminta sebahagian daripada upahnya berjumlah 10,000won daripada Yoon Sung. Pada mulanya, Yoon Sung enggan membayar tetapi Na Na sendiri telah mengambil dompet Yoon Sung dan mengambil 10,000won. Na Na berlalu pergi. Ketika sampai di bus stop, Na Na menyedari handphonenya tertinggal di kereta Yoon Sung.
Di Hotel, Yoon Sung berada bersama Min Hee. Ada sebuah camera telah dipasang di bawah meja di bilik itu. Rupanya Yoon Sung sedang mengumpul maklumat dari wanita itu. Wanita itu adalah teman wanita kepada target pertama yang diburunya, senator Lee Kyung Wan.
Ketika hampir mendapatkan maklumat penting, Yoon Sung menerima satu panggilan dari front desk. Na Na telah menyuruh menghubunginya dan bertanyakan tentang handphonenya. Akan tetapi Yoon Sung tidak mempedulikan dan segera meletakkan telefon.
Na Na pergi ke kereta Yoon Sung dan mendapati ada panggilan memasuki handphonenya. Dia sangat memerlukan handphonenya itu kerana bimbang hospital menghubunginya. Bengang dengan sikap Yoon Sung, dia menendang kereta itu membuatkan alarm berbunyi. Yoon Sung yang sedang mencatit segala maklumat yang diperolehi terdengar bunyi alarm keretanya. Dia segera turun dan mengambil handphone milik Na Na dan terlihat ada panggilan dari hospital.
Di hospital, Na Na kelihatan tidak menentu apabila doktor memberitahu keadaan ayahnya kini dalam kritikal. Na Na merayu kepada doktor agar menjalankan rawatan segera dan akan membayar kos kemudian kerana duitnya masih belum cukup.
Tiba-tiba Na Na dikejutkan dengan suara Yoon Sung memberitahu dia telah melunaskan semua kos pembedahan itu dan meminta doktor segera melakukannya.
Na Na mengejar Yoon Sung yang berlalu pergi dan bertanya kenapa dia menmbantu membayar bil itu. Yoon Sung hanya menjawab dia bukan membantu tetapi dia tidak mahu tahu ada seseorang mati disebabkan dia. Na Na kemudian memberitahu akam membayar wang itu semula namun Yoon Sung tidak mahu. Dia kemudian terus beredar. Dalam hati Na Na berkata dia tetap akan membayar balik wang itu.
Sewaktu menunggu pembedahan ayahnya di hospital, Na Na mendapat satu panggilan dan terus melompat keriangan. Dia telah ditawarkan menjalani latihan sebagai ejen sulit Blue House.
Keesokan paginya, Na Na berpakaian lengkap dan kemas memasuki bangunan Blue House. Mereka diberi taklimat mengenai bidang pekerjaan mereka.
Sedang mendengar taklimat, kelihatan Yoon Sung memasuki ruangan tersebut. Dia ditengking oleh ketua kerana lambat dan berpakaian seperti itu. Semua orang berpaling melihat siapa yang ditengking itu. Na Na terkejut melihat Yoon Sung. Dia tertanya-tanya kenapa dia berpakaian seperti itu. Tiba-tiba seorang staff berlari memanggil Yoon Sung dengan gelaran 'Doctor'. Na Na terkejut. Yoon Sung tersilap memasuki pejabat.
Yoon Sung menyedari Na Na yang berada di situ. Dia memanggilnya dengan gelaran "ten thousand won". Na Na kelihatan tidak senang. Ketuanya bertanya sama ada dia mengenali Yoon Sung dan menjawab tidak. Tetapi Yoon Sung menjawab sebaliknya.
Yoon Sung sebenarnya ialah staff baru yang akan bekerja di Blue House tersebut di bawah jabatan komunikasi. Dia telah dibawa masuk dan diperkenalkan kepada staff lain.

Sementara di rumah, Na Na memandang gambar keluarganya dan berkata dia akan menjadi secret service agent untuk melindungi Presiden sama seperti ayahnya dulu.Na Na senyap-senyap memasuki Jabatan Komunikasi untuk berjumpa dengan Yoon Sung. Dia berkeras mahu membayar semula wang Yoon Sung dan meminta nombor akaunnya tetapi Yoon Sung tetap tidak mahu. Yoon Sung malah menanggap Na Na cuba menggunakan taktik ini untuk mendekatinya lantas Yoon Sung berkata dia bukan citarasanya. Haha kelakarlah pula.

Na Na dan seorang lagi rakannya telah diberi tugasan khas oleh ketua mereka iaitu menjadi bodyguard kepada anak perempuan Presiden, Choi Da Hye disebabkan bodyguard sebelum itu telah berhenti tanpa notis gara-gara tidak tahan dengan karenah Choi Da Hae. Na Na dan rakannya kelihatan agak kecewa kerana tujuan mereka datang ke situ cuma untuk menjaga Presiden.

Communication team dan Secret Agent team mengadakan latihan Judo. Yoon Sung dan Na Na digandingkan bersama.

Na Na tetap menjatuhkan Yoon Sung dan menahannya. Dia hanya akan melepaskan Yoon Sung selepas dia memberi nombor akaunnya. Yoon Sung bertanya kenapa dia bersungguh-sungguh ingin membayar semula. Na Na mengatakan bahawa harga itu adalah penyelamat nyawa ayahnya dan dia tidak mahu nilai itu diberi secara percuma. Akhirnya Yoon Sung bersetuju.

Sewaktu mandi, Yoon Sung nampaknya sudah mula memikirkan tentang Na Na. Dia mengimbas kembali gambar Na Na yang disimpannya sewaktu dulu.

Yoon Sung menemui Na Na dan memberinya satu kontrak perjanjian di mana Na Na harus menjadi drivernya dan membantunya membuat apa-apa pekerjaan. Itu sebagai tanda dia membayar semula hutangnya.

Mereka kemudian dipanggil bertemu Presiden sekeluarga untuk diperkenalkan. Guess what? Presiden itu adalah musuh utama Jin Pyo yang pernah mengkhianati mereka semua termasuklah penyebab kematian ayah Yoon Sung. Dia adalah Presiden Choi Eung Chan.

Semasa sesi perkenalan, anak presiden, Da Hae kelihatan meminati Yoon Sung. Dia mengenyitkan mata ke arah Yoon Sung namun Yoon Sung malah menjeling. Hahaha.

Selepas Presiden Choi beredar, Da Hae menghampiri Yoon Sung dan bertanya jika dia ingin menjadi tutor bahasa inggerisnya. Tetapi Yoon Sung langsung tidak mengendahkan lalu keluar dari ruangan itu. Da Hae bengang.

Na Na dan rakannya kemudian memperkenalkan diri kepada Da Hae. Namun Da Hae memperlekehkan mereka.

Yoon Sung menghubungi Jin Pyo dan melaporkan perkembangan maklumat mengenai target pertama, Lee Kyung Wan. Yoon Sung bertanya kepada kenapa Jin Pyo hanya mendedahkan seorang daripada lima orang itu. Dan kenapa dia ditempatkan di Blue House. Jin Pyo hanya mengatakan dia akan tahu juga nanti.

Di pejabat Prosecutor, Young Joo juga turut menyiasat target pertama berkenaan atas kegiatan kotornya. Dia cuba mendapatkan waran namun tidak dipersetujui pegawai atasan.

Penyiasatan Young Joo itu telah mendapat liputan berita. Yoon Sung kebetulan melihat berita itu dan bergegas ke rumah target pertama.

Yoon Sung menyelinap masuk ke rumah target pertama, Lee Kyung Wan. Dia mencuri dengar perbualan antara Young Joo dan target pertama berkenaan. Dia terpandang buku catatan kepunyaan Lee Kyung Wan lalu mengambilnya.

Yoon Sung meneliti kandungan buku catatan Lee Kyung Wan. Terdapat satu maklumat yang berkaitan dengan Sunshine Welfare telah manarik perhatian Yoon Sung.
Tugas pertama Na Na dan rakannya telah bermula. Mereka sedang mengiringi Da Hae yang sedang berada di dalam kelas. Na Na telah melakukan kesilapan membuatkan Da Hae marah. Selesai kelas, Da Hae memberi satu persalinan pakaian kepada Na Na dan rakannya. Da Hae mengajak mereka ke club.
Kelihatan Da Hae sedang ligat menari sambil diperhatikan Na Na dan rakannya. Na Na meminta izin untuk ke tandas dan meminta rakannya teruskan memerhati Da Hae. Malangnya Da Hae yang berjaya menyelinap keluar.
Yoon Sung kebetulan juga berada di club yang sama bersama Kim Min Hee. Dia meneruskan misinya mendapatkan maklumat daripada Min Hee. Akan tetapi Min Hee mengatakan dia sudah putus hubungan dengan Lee Kyung Wan. Yoon Sung kemudian mengambil keputusan turut memutuskan hubungan dengan Min Hee. Kerana baginya Min Hee sudah tidak berguna untuk mendapatkan maklumat. Min Hee tidak dapat menerima keputusan lantas cuba menahan Yoon Sung dari meninggalkan ruangan itu.

Na Na keluar dari tandas dan terserempak dengan Yoon Sung. Lantas Yoon Sung mencium Na Na hanya untuk menunjukkan Min Hee bahawa dia sudah ada pengganti.

Na Na masih dalam keadaan terkedu. Yoon Sung kemudian memberinya 1juta won untuk ciuman itu. Na Na bengang dan terus membuka teknik judonya dan menjatuhkan Yoon Sung ke lantai. Tiba-tiba dia mendapat panggilan Da Hae hilang.

Semasa keluar dari club untuk mencari Da Hae, Na Na terlanggar Young Joo yang kebetulan berada di situ mencari Min Hee. Dia sempat memperkenalkan dirinya dan kemudian membantu Na Na mencari Da Hae dengan syarat dia harus memberi detail untuk menghubungi Min Hee.

Selepas menemui Da Hae, Na Na meminta maaf tentang tempoh hari dan berterima kasih kepada Young Joo. Dia memberitahu Young Joo agar bertanyakan sendiri kepada Yoon Sung mengenai Min Hee.

Yoon Sung meminta Na Na membawakannya segelas kopi sebagai kerja pertamanya. Dia mengeluarkan buku untuk dicop Yoon Sung setiap kali dia selesai melakukan pekerjaan yang disuruh Yoon Sung. Na Na mengungkit kisah semalam tentang ciuman itu dan menyuruh Yoon Sung meminta maaf. Yoon Sung hairan kenapa Na Na bertindak seperti dia telah mencuri ciuman pertamanya. Na Na lantas mengalihkan pandangan membuatkan Yoon Sung merasakan betullah itu ciuman pertama Na Na. Yoon Sung mengusiknya dan Na Na segera beredar dari situ.

Seperti biasa mereka melakukan latihan Judo. Yoon Sung masih mengusik Na Na tentang ciuman pertama tersebut membuatkan Na Na bengang lalu menjatuhkan Yoon Sung dan cuba menyakitkannya. Tetapi kaki Na Na pula yang terseliuh.

Young Joo datang berjumpa Yoon Sung dan bertanyakan nombor telefon Min Hee. Tetapi Yoon Sung hanya menjawab memory cardnya hanya akan habis jika dia menyimpan nombor wanita untuk semalam itu. Yoon Sung beredar meninggalkan Young Joo. Na Na berada disitu mendengar perbualan mereka.

Young Joo ternampak Na Na berjalan terjongket-jongket. Dia berlari menghampiri Na Na dan menghulurkan bantuan untuk menghantarnya ke hospital. Semasa pergi mendapatkan keretanya, muncul Yoon Sung memanggil Na Na untuk dibawa ke hospital. Na Na kemudian memilih untuk naik dengan Yoon Sung meninggalkan Young Joo di belakang. Woo nampak sudah perebutan antara dua jejaka ini heh.

Na Na ternampak budak-budak itu sedang duduk di tepi jalan sambil makan roti. Na Na lantas menjerit ke arah mereka membuatkan mereka lari. Na Na menyuruh Yoon Sung turun mengejar mereka.
Salah seorang daripada budak-budak itu terjatuh semasa cuba melintas jalan. Kelihatan target pertama berada di dalam sebuah kereta yang kebetulan lalu di situ. Yoon Sung sempat ternampak target pertama terbabit.
Di dalam kereta, target pertama, Lee kyung Wan sedang berbincang sesuatu dengan seseorang. Mungkin ianya ada kaitan dengan Sunshine Welfare, perkara yang sedang disiasat Yoon Sung dan juga Young Joo.

Yoon Sung menghantar Na Na sehingga sampai di rumahnya. Na na terjatuh sewaktu menaiki tangga. Yoon Sung segera keluar dari kereta dan mendukungnya naik ke rumah.

Yoon Sung berasa lapar. Dia menyuruh Na Na memasakkannya sesuatu tetapi dia tidak dapat berdiri akibat kecederaan kakinya. Yoon Sung kemudian mencari ramen dan memasaknya sendiri. Mereka kemudian makan bersama.

Yoon Sung memerhati keadaan rumah Na Na. Dia terpandang semua barang-barang dilekatkan dengan pelekat merah (maknanya barang-barang itu telah disita bank). Tapi Yoon Sung tidak tahu sambil tanggannya menanggalkan satu pelekat tersebut. Na Na melenting. Dia kemudian menjelaskan kepada Yoon Sung bahawa rumahnya itu sedang disita dan dia sedang berusaha mengumpul wang untuk menebus semula rumah itu. Yoon Sung kelihatan sedih mendengar cerita hidup Na Na yang dihimpit kesusahan itu. Sedihnya mesti dalam hati Yoon Sung tersentuh melihat keadaan Na Na.

Pintu rumahnya diketuk. Budak tadi datang memberitahu Na Na kakaknya dalam kesakitan. Na Na panik dan segera pergi.

Yoon Sung juga turut pergi ke hospital. Dia minta izin untuk pulang tetapi Na Na tidak membenarkan kerana tiada siapa yang akan mengangkat budak itu pulang.

Mereka kemudian menghantar budak-budak itu pulang ke rumah mereka. Na Na memarahi mereka kerana memakan roti dan bukan makanan yang dibekalkan oleh jabatan kebajikan. Budak itu menangis sambil menjawab mereka lebih rela mati kebuluran daripada mendapat bantuan kebajikan kerana tidak mahu dianggap anak yatim piatu. Ayah mereka telah meninggalkan mereka dan tidak pernah kembali ke rumah itu lagi. Yoon Sung kelihatan sedih mendengar cerita budak-budak itu.

Lelaki itu tidak tahu menahu dan hanya memberitahu budak-budak itu adalah di bawah kebajikan SunShine Welfare. Yoon Sung terkejut mendengar nama itu kerana ada kaitan dengan Lee Kyung Wan.

Na Na kemudian membawa Yoon Sung ke pejabat kebajikan. Di sana dia bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab ke atas kebajikan anak-anak jirannya itu. Dia bertanya kenapa budak-budak itu tidak mendapat keperluan makanan yang sepatutnya.

Lelaki itu tidak tahu menahu dan hanya memberitahu budak-budak itu adalah di bawah kebajikan SunShine Welfare. Yoon Sung terkejut mendengar nama itu kerana ada kaitan dengan Lee Kyung Wan.
Semasa meninggalkan pejabat itu, Yoon Sung memberi gambaran yang dia telah mengesyaki sesuatu tentang Lee Kyung Wan dan juga badan kebajikan itu.
Bersambung....
Bersambung....
No comments:
Post a Comment