Hyun Ki Joon merupakan seorang CEO sebuah hotel terkemuka. Dia seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan. Makciknya sering mengatur temujanji untuk Ki Joon dengan beberapa wanita agar dia dapat menemukan jodoh dan berkahwin.
Gong Ah Jung seorang yang selekeh dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan dalam kementerian pelancongan. Suatu hari, satu insiden telah berlaku di tempat dia bertanggungjawab menguruskan satu majlis. Dia telah dipertanggungjawabkan ke atas semua yang telah terjadi membuatkan Ah Jung melepaskan kekecewaannya di sebuah pub. Di pub dia bertemu Sang Hee, adik kepada Ki Joon yang baru tiba dari luar negara. Ki Joon yang mendapat tahu kepulangan Sang Hee segera mencarinya kerana bimbang Sang Hee akan melarikan diri lagi.
Namun Sang Hee melarikan diri sebaik melihat Ki Joon mencarinya di pub itu dan meninggalkan Ki Joon dan Ah Jung di situ. Ah Jung kelihatan mabuk teruk. Dia pengsan di depan Ki Joon. Mahu tidak mahu Ki Joon terpaksa membawanya ke hospital. Malah dia terpaksa menjaga Ah Jung semalaman. Setelah Ah Jung sedar, Ki Joon melangsaikan bil hospital dan segera beredar. Ah Jung mengejarnya dan mengatakan dia akan membayar semula wang Ki Joon. Tetapi Ki Joon menolak dan enggan bersembang lama dengan Ah Jung kerana tidak suka menghampiri wanita yang pengotor.
Ah Jung panik apabila terserempak So Ran, bekas rakan baiknya sewaktu di universiti dulu bersama suaminya yang merupakan cinta pertama Ah Jung. Belum sempat dia mengelak, So Ran terlebih dahulu menyapanya. Jae Bum, suami So Ran bertanya jika Ah Jung sudah berkahwin. Kemudian So Ran mencelah dan mengatakan mustahil orang seperti Ah Jung sudah berkahwin. Ah Jung bengang dengan kata-kata So Ran. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ah Jung segera menyambut dan berpura-pura sedang bercakap dengan suaminya. So Ran terkejut seolah tidak percaya.
Ah Jung mendapat tahu Ki Joon bekerja di sebuah hotel. Dia kemudian pergi menemui Ki Joon untuk membayar semula wangnya. Setibanya di sana, Ah Jung terpaksa menunggu kerana Ki Joon sedang bertemu janji dengan seorang wanita. Ah Jung duduk berdekatan dengan meja mereka dan cuba mencuri dengar perbualan mereka. Malang tidak berbau, Ah Jung terjatuh dan jus tertumpah di bajunya. Ah Jung berpura-pura pengsan kerana malu dengan orang di situ. Ki Joon mengenali wajah Ah Jung dan dia tahu Ah Jung hanya berpura-pura pengsan. Dia mengangkat Ah Jung ke sebuah bilik. Salah seorang rakan universiti Ah Jung yang kebetulan berada di situ ternampak Ah Jung didukung oleh pemilik hotel terkemuka. Selepas itu dia kebetulan menemui rakan-rakan yang lain termasuk So Ran. So Ran bertanyakan kepada mereka jika Ah Jung ada menjemput mereka ke perkahwinannya. Lalu rakan tadi meyakinkan tentang perkahwinan itu kerana dia ada ternampak Ah Jung bersama suaminya (Ki Joon). Kemudian berita itu merebak dengan cepat dan sampai ke pengetahuan Ki Joon. Ki Joon dilanda masalah besar kerana semua orang di sekelilingnya mempercayai khabar yang mengatakan dia sudah berkahwin. Ki Joon bengang dan dia dapat mengagak siapa yang memulakan semua khabar angin tersebut.
Harrah's Casino in Philadelphia - Dr. Maryland
ReplyDeleteHarrah's Casino 여주 출장안마 Philadelphia · Contact info · 춘천 출장마사지 About the Hotel · Contact Details 제주도 출장마사지 · 제천 출장마사지 Location 창원 출장안마 Information · Amenities. Information and Reviews. Rating: 3.5 · 9 reviews