LIE TO ME - Episode 6

SINOPSIS

Ah Jung segera ke rumah Ki Joon menemuinya dan memberitahu masalahnya tentang So Ran dan rakan-rakan lain ingin melawat rumah mereka. Walaubagaimanapun Ki Joon enggan bekerjasama selepas dipujuk Ah Jung. Namun begitu, Sang Hee mendapat idea bagaimana mahu menolong Ah Jung. Sang Hee merancang menggunakan rumah makciknya untuk Ah Jung memandangkan makciknya akan ke Pulau Jeju setiap hujung minggu. Ah Jung gembira mendengarnya lantas membuat persiapan untuk party tersebut.

Makcik Ki Joon mengarahkan orangnya mengekori Ah Jung selepas melihat gambar-gambar Ki Joon dan Ah Jung keluar bersama. Dia kemudian terkejut dengan kemunculan Yoon Ju setelah 3 tahun melarikan diri ke luar negara.

Sang Hee mendapat tahu makciknya tidak jadi ke Pulau Jeju lalu mengkhabarkan Ah Jung bahawa rancangan mereka tidak dapat diteruskan. Ah Jung kecewa. Sementara itu, Ki Joon berubah fikiran dan bercadang ingin meminjamkan rumahnya kepada Ah Jung. Dia kemudian menunggunya di kawasan rumah Ah Jung. Sang Hee menemani Ah Jung pulang ke rumah. Ki Joon yang pada masa itu sedang menunggu Ah Jung di dalam kereta ternampak mereka berdua. Akhirnya Ah Jung mendapat tahu bahawa Sang Hee dan Ki Joon adalah adik beradik. Ki Joon bengang apabila mengetahui Sang Hee dan Ah Jung saling mengenali. Begitu juga Ah Jung. Dia marah terhadap Sang Hee.

Ah Jung mengambil keputusan membatalkan rancangannya dan berterus terang dengan So Ran perkara sebenar. Ki Joon mendapat mimpi ngeri rumahnya dibakar oleh Sang Hee dan Ah Jung lalu membuatkannya bersetuju meminjamkan rumahnya itu kepada Ah Jung. Dengan bantuan Sang Hee, Ah Jung menghias rumah itu dan memasak makanan buat rakan-rakannya nanti. Ki Joon terpaksa menghabiskan masa di luar sementara Ah Jung menggunakan rumahnya. Akan tetapi, Ki Joon mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Ah Jung terkejut dengan kepulangan Ki Joon. Ki Joon berlakon menjadi suami yang baik di depan semua rakan-rakan Ah Jung sehingga membuatkan Ah Jung tidak senang duduk. Selepas menikmati hidangan, Ki Joon dan Ah Jung di minta menyanyikan sebuah lagu. Sedang mereka berseronok menyanyikan lagu bersama, mata Ah Jung dan Ki Joon saling berpandangan. Ki Joon tiba-tiba menarik Ah Jung dan menciumnya.



OST Song - Lovin' Ice Cream (As One ft. EZ Life)









































































































No comments:

Post a Comment