YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 11

SINOPSIS

Seok Hyun telah difitnah sengaja tidak menghubungi Hee Joo menghadiri persembahan itu kerana mahu Kyu Won mengambil wataknya. Malangnya saksi utama iaitu Jun Hee telah diberi amaran terlebih dahulu oleh Hee Joo supaya tidak memberitahu sesiapa yang dia ada bersama Jun Hee pada ketika itu. Kyu Won mendengar perkara itu namun tetap menghadiri kelas latihan walaupun ramai yang menuduhnya menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan watak utama. Shin amat tidak suka dengan apa yang didengarinya. Dia menyuruh Kyu Won menarik diri daripada persembahan tersebut. Namun Kyu Won enggan.

Tae Joon masuk ke bilik Seok Hyun. Dia menggunakan telefon bimbit Seok Hyun yang berada di atas meja lalu menghantar sms kepada Kyu Won untuk bertemu di sebuah hotel. kemudian ibu Hee Joo pula yang menghantar sms kepada Seok Hyun untuk menemuinya di hotel sama. Tae Joon dan ibu Hee Joo telah merancang untuk memerangkap mereka berdua. Sewaktu ingin keluar rumah, Kyu Won terserempak dengan Shin sambil bertanya dia ingin ke mana. Kyu Won menjawab dia ingin bertemu seorang kawan. Sementara itu, Yoon Su menemui Seok Hyun mengingatkan dia tentang temujanji mereka. Seok Hyun terpaksa membatalkan temujanji itu dengan alasan ada wartawan ingin bertemu dengannya.

Di hotel, Seok Hyun terkejut melihat Kyu Won berada di situ. Dia semakin terkejut apabila Kyu Won memberitahunya dia menerima sms daripada Seok Hyun memintanya datang ke situ. Seok Hyun akhirnya mengetahui bahawa itu adalah satu perangkap. Dia segera membawa Kyu Won keluar dari situ. Akan tetapi, seseorang telah menangkap gambar mereka berdua keluar dari hotel bersama. Shin menunggu kepulangan Kyu Won di luar rumahnya. Dia ternampak Seok Hyun menghantar Kyu Won pulang. Shin kesal kerana Kyu Won telah membohonginya.

Keesokkan pagi, seluruh kampus telah digemparkan dengan gambar-gambar Seok Hyun dan Kyu Won keluar dari hotel bersama. Shin yang baru mengetahui perkara itu segera mencari Seok Hyun dan meminta penjelasannya. Tanpa berfikir panjang, Shin meminta kunci kereta Seok Hyun untuk membawa Kyu Won pergi dari situ sebelum perkara menjadi bertambah teruk. Manakala Seok Hyun cuba membersihkan gosip tersebut. Yoon Su menasihati Seok Hyun agar menggugurkan Kyu Won daripada persembahan itu. Namun Seok Hyun masih mencari jalan lain. Satu mesyuarat telah diadakan. Seok Hyun mengambil keputusan menggugurkan Kyu Won dari persembahan itu. Akan tetapi Tae Joon merasakan Kyu Won harus diberi cuti dan meninggalkan kolej buat sementara waktu sehingga gosip itu redah. Seok Hyun naik angin mendengarnya lantas meletakkan jawatannya dari situ. Yoon Su cuba memujuk Seok Hyun dan memberi cadangan supaya mereka mengumumkan pertunangan mereka untuk meleraikan gosip tersebut. Namun Seok Hyun tidak bersetuju membuatkan Yoon Su kecewa kerana Seok Hyun lebih mengutamakan Kyu Won berbanding dia.

Dalam pada kekecohan itu berlaku, Shin membawa Kyu Won pergi bersuka ria. Kyu Won masih belum tahu apa yang sedang berlaku kerana telefonnya disimpan Shin. Shin sengaja tidak mahu Kyu Won tahu perkara itu kerana tidak mahu dia terluka. Akan tetapi, Kyu Won akhirnya tahu juga setelah dia menghubungi Bu Woon. Dia memberitahu Shin dia perlu ke kampus kerana tidak mahu Seok Hyun menghadapi semuanya seorang diri. Shin menghalang Kyu Won dan mengatakan jika dia pergi hubungan antara mereka putus. Kyu Won tetap ingin pergi lalu Shin memeluk Kyu Won dan memohon agar tidak meninggalkannya.

























































































































No comments:

Post a Comment