YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 13

SINOPSIS

Terkejut mendengar pembatalan itu, Seok Hyun segera menemui Chancellor namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan telah dibuat oleh ibu Hee Joo. Seok Hyun kemudian cuba memujuk ibu Hee Joo namun gagal. Semua peserta sangat kecewa setelah Seok Hyun mengumumkan persembahan mereka tidak dapat diteruskan lagi.

Kyu Won dan Shin pulang ke rumah dan memberitahu kepada keluarga masing-masing akan berita itu. Ibu Shin cuba menenangkan Shin dengan berkata seni persembahan itu tidak semestinya dipersembahkan di hadapan orang ramai. Shin tiba-tiba mendapat idea lalu pergi menemui Kyu Won. Shin mencadangkan agar mereka teruskan persembahan biarpun tanpa penonton. Dengan cara itu usaha mereka selama ini akan tidak sia-sia. Semua orang bersetuju dengan cadangan itu akan tetapi mereka dikejutkan dengan berita pemergian Seok Hyun yang telah menerima tawaran bekerja di Broadway. Semua peserta pergi menemui Seok Hyun untuk memujuknya supaya kekal berada di situ dan meneruskan persembahan mereka. Seok Hyun akhirnya membatalkan niatnya untuk pergi.

Semua mereka berusaha mengumpul dana untuk persembahan mereka memandangkan penaja sudah menarik diri. Latihan demi latihan dilakukan terutama sekali Kyu Won yang akan memegang watak utama menggantikan Hee Joo. Sementara itu, Jun Hee tidak berputus asa memujuk Hee Joo supaya memunculkan diri di hari persembahan tersebut. Setiap hari dia menunggu Hee Joo di luar rumahnya. Mengimbas akan semua layanan Jun Hee, Hee Joo akhirnya mengambil keputusan pergi ke persembahan itu dan meninggalkan hospital di mana dia akan menjalani pembedahan pada hari tersebut.

Kemunculan Hee Joo mengejutkan semua orang. Shin cuba mempertahankan bahawa Kyu Won yang akan memegang watak utama. Hee Joo sebenarnya ke situ bukan kerana ingin memegang watak tersebut. Dia cuma ingin menolong Kyu Won dari segi tarian. Seok Hyun akhirnya tahu tentang sakit yang dialami Hee Joo.

Pada hari persembahan, Kyu Won telah mengubah fikiran lalu menghubungi Hee Joo. Semua yang berada di dewan itu terkejut apabila bukan Kyu Won yang keluar pentas sebaliknya Hee Joo. Sewaktu sampai ke penutup, Hee Joo hanya miming menggunakan suara Kyu Won yang menyanyi di belakang pentas. Shin yang juga turut sama menyanyi di atas pentas terkejut dengan situasi itu sambil menoleh ke belakang memandang Kyu Won yang sedang menyanyi sambil mengalirkan airmata.








































































































No comments:

Post a Comment