LIE TO ME - Episode 2

SINOPSIS

Ki Joon pergi menemui Ah Jung dan bertanya adakah dia yang menyebarkan khabar angin tersebut. Ah Jung malah ketawa apabila Ki Joon menceritakan apa yang telah berlaku. Ah Jung langsung tidak tahu menahu akan hal itu. Ki Joon hanya memberitahu yang dia akan membawa kes itu ke mahkamah. Dia menyuruh pembantunya mencarikan seorang peguam dan kebetulan peguam yang mereka lantik adalah Jae Bum, suami kepada So Ran.

Ah Jung akhirnya teringat sesuatu yang dia pernah berpura-pura mengatakan dia sudah berkahwin tetapi tidak pernah memberitahu yang dia berkahwin dengan Ki Joon. Dia mulai mengelak apabila terserempak dengan Ki Joon. Ah Jung sekali lagi bertembung dengan Sang Hee. Sang Hee seolah meminati wanita itu. Sang Hee tinggal bersama rakannya. Dia enggan pulang ke rumah kerana malu untuk bersemuka dengan abangnya, Ki Joon sejak dia menjadi penyebab Ki Joon dan tunangnya tidak jadi berkahwin.

Ah Jung membuat keputusan untuk menemui Ki Joon di satu tempat di mana tiada yang mengenali mereka. Satu insiden telah berlaku di mana Ah Jung yang ingin menyelamatkan seseorang yang terjatuh dalam air namun dia pula yang tidak tahu berenang. Ki Joon terpaksa terjun dan menyelamatkan Ah Jung. Kedua-dua mereka basah kuyup. Mereka berdua mengeringkan pakaian di rumah Ki Joon. Satu kata sepakat telah dicapai. Ah Jung bersetuju untuk hadir ke sebuah majlis yang dianjurkan di Hotel World dan sekaligus memberitahu kepada semua orang bahawa gosip itu adalah tidak benar.

Ah Jung mempelawa Sang Hee untuk menemaninya ke majlis jamuan itu. Sebaik sampai, Sang Hee panik kerana hotel itu adalah hotel milik keluarganya. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya di situ terutama Ki Joon. Sang Hee kemudian melarikan diri. Puas Ah Jung mencarinya namun dia malah terserempak dengan So Ran yang kebetulan berada di situ untuk mencari tahu akan kebenaran tentang perkahwinan Ah Jung. Kata-kata So Ran telah menghancurkan hati Ah Jung. Dia tidak dapat menerima hinaan So Ran ke atas dirinya. Airmata Ah Jug bergelinangan sambil memerhatikan So Ran berlalu pergi bersama Jae Bum. Pada masa yang sama, Ki Joon turun mencari Ah Jung. Dalam keadaan terdesak, Ah Jung memanggil Ki Joon dengan gelaran 'yeabo' (suami) lantas membuat So Ran dan Jae Bum berpaling. Raut wajah Ki Joon berubah.














































No comments:

Post a Comment