LIE TO ME - Episode 3

SINOPSIS

Terkejut dengan insiden itu, perut So Ran mengalami kesakitan. Manakala Ki Joon pula naik berang dengan tindakan Ah Jung. Jae Bum meminta diri untuk membawa isterinya ke hospital. Ah Jung mengambil peluang itu melarikan diri daripada Ki Joon.

Sejak dari itu Ah Jung sering berjaga-jaga agar tidak terserempak dengan Ki Joon. Ki Joon pergi menemui peguam yang dilantik pembantunya untuk membincangkan kes Ah Jung tersebut. Namun dia membatalkan apabila mendapati peguam itu adalah Jae Bum. Dia mengesyaki Jae Bum ada hubungan dengan Ah Jung dan menyuruh pembantunya, Hoon, mencari peguam lain.

Sang Hee datang ke pejabat Ah Jung untuk menemuinya. Dia telah disalah sangka sebagai suami Ah Jung oleh rakan-rakan sekerja di situ. Sang Hee meminta maaf kepada Ah Jung kerana menghilangkan diri pada malam majlis jamuan lalu. Semasa sedang duduk minum di cafe, Jae Bum datang menyapa mereka. Dia memberitahu Ah Jung yang dia ada terserempak dengan suaminya (Ki Joon). Sang Hee terkejut mendengarnya. Dia bertambah terkejut apabila orang yang didakwa Ah Jung sebagai suaminya adalah Ki Joon.

Ah Jung melawat So Ran di hospital. Untuk pertama kalinya dia berasa sangat puas hati kerana telah membuatkan So Ran sakit hati. Sewaktu di pejabat, Ah Jung panik setelah menerima surat dari peguam Ki Joon. Dia bergegas ke Hotel World untuk menemui Ki Joon. Akan tetapi pembantunya memberitahu Ki Joon tiada di pejabat. Ah Jung bekeras mahu menunggu Ki Joon di situ namun dia terpaksa beredar apabila pembantu Ki Joon memanggil pengawal keselamatan.

Ah Jung tidak mudah menyerah begitu saja. Dia mendaftar masuk ke sebuah bilik di hotel itu dan mula membuat kecoh. Akhirnya Ki Joon terpaksa sendiri menemuinya. Ah Jung memujuk Ki Joon supaya menarik balik dakwaannya ke atas Ah Jung. Namun Ki Joon enggan walaupun sudah bermacam cara Ah Jung gunakan. Dia sangat kecewa lantas menghubungi Sang Hee untuk menemaninya di hotel itu. Ah Jung kelihatan begitu kacau sekali dan minum sehingga mabuk. Dia meluahkan semuanya sambil didengar oleh Sang Hee. Ah Jung akhirnya tertidur. Keesokan paginya dia terbangun dan terkejut melihat Sang Hee berada di situ. Sang Hee bertanya kepada Ah Jung jika dia mahu bantuannya untuk berkahwin dengan Ki Joon.




















































































No comments:

Post a Comment