Kyu Won telah tersalah anggap akan niat Shin memintanya untuk tidak berhenti menyukai Shin. Dia kemudian memarahi Shin membuatkan Shin terkilan. Sejak dari itu, Shin selalu teringat kata-kata Kyu Won tentang perasaannya. Kyu Won sering marah-marah sewaktu Shin datang meminta tunjuk ajar mengenai muzik tradisional membuatkan Shin naik bosan dan mengatakan dia akan mencari orang lain untuk mengajarnya.
Professor Tae telah merancang untuk menyingkirkan Seok Hyun dari pengurusan program. Dia telah menemui satu isu berkaitan Seok Hyun yang bakal menyingkirkan dia. Tae memberitahu ibu Hee Joo akan rancangan tersebut. Sementara itu, Seok Hyun membawa semua peserta persembahan bermalam di satu tempat sambil menjalankan latihan. Shin dan Kyu Won masih bermasam muka antara satu sama lain. Walaupun begitu, Shin tetap mengambil berat akan kesihatan Kyu Won. Dia sering memerhati jika Kyu Won mengalami kesakitan.
Ada insiden di mana Kyu Won hilang dari pandangan Shin sewaktu mereka diminta membeli buah tembikai. Shin panik lalu mencarinya dan mendapati Kyu Won sedang membeli buah. Shin terus memarahi Kyu Won kerana bimbang akan kesihatan Kyu Won. Pada waktu malam, semua peserta diminta membuat persembahan termasuk kumpulan Windflower. Shin telah melarang Kyu Won untuk turut serta membuat persembahan memandangkan kesihatannya belum pulih sepenuhnya.
Kedua-dua mereka tidak dapat tidur. Kyu Won keluar bersiar-siar sambil menghirup udara segar. Shin datang menghampiri Kyu Won. Mereka duduk berbual bersama sambil Shin bertanya apa yang Kyu Won hajati jika melihat tahi bintang. Tanpa menjawab, Kyu Won pula bertanyakan kepada Shin. Sambil menggenggam tangan Kyu Won, Shin menjawab dia mahu Kyu Won kembali menyukainya.











No comments:
Post a Comment