Kyu Won dan Shin kini menjalin hubungan. Mereka mula pergi ke universiti bersama-sama. Sarang dan rakannya ternampak Shin dan Kyu Won sedang menikmati aiskrim bersama. Mereka hanya menganggap Shin dan Kyu Won keluar bersama atas hubungan jiran. Shin memberitahu Kyu Won dia tidak mahu pelajar-pelajar lain tahu akan hubungan mereka kerana bimbang ada yang akan memusuhi Kyu Won. Kyu Won tersalah tafsir akan maksud kata-kata Shin dan dia mula mengelak dari kelihatan berdua-duaan dengannya.
Keadaan menjadi lebih sukar untuk Shin menemui Kyu Won kerana Bo Woon sering muncul di antara mereka. Pelbagai cara Shin lakukan untuk keluar berdua-duaan dengan Kyu Won tanpa gangguan Bo Woon.
Rancangan Tae Joon untuk menjatuhkan Seok Hyun tidak dapat diteruskan kerana ibu Hee Joo enggan bekerjasama memandangkan Hee Joo sememangnya akan memegang watak utama dalam persembahan itu. Pihak penaja meminta ibu Hee Joo membawa mereka untuk menyaksikan sedikit persembahan mereka. Ibu Hee Joo cuba menghubungi Hee Joo meminta dia agar bersiap sedia membuat persembahan namun telefonnya tidak dapat dihubungi. Hee Joo sedang menikmati makanan yang dibawa Jun Hee dan seterusnya terlena seketika. Seok Hyun sedikit panik apabila Hee Joo tidak dapat dijejaki. Akhirnya Kyu Won yang cuma memegang watak simpanan tampil menggantikan Hee Joo. Persembahan mereka sangat menarik perhatian pihak penaja. Ibu Hee Joo bengang dan kecewa dengan anaknya. Tae Joon akhirnya berpeluang meneruskan rancangannya menjatuhkan Seok Hyun.
Hubungan Shin dan Kyu Won akhirnya diketahui semua pelajar apabila Shin berkeras ingin berjalan beriringan bersama Kyu Won sambil berpegangan tangan. Sejak itu, ramai di kalangan pelajar wanita kecewa dan tidak kurang ada yang menubuhkan persatuan menghalang hubungan mereka. Kyu Won berasa sangat terkilan dan sedih. Dia kemudian kecewa apabila Shin cuma memintanya untuk tidak mempedulikan semua itu. Seok Hyun berpendapat Kyu Won tidak sepatutnya bercinta sewaktu persembahan semakin hampir. Dia mahu Kyu Won fokus terhadap persembahannya.
Shin merasa bersalah terhadap Kyu Won. Dia menghantar sms kepada Kyu Won memintanya untuk datang ke bar tempatnya membuat persembahan. Sebaik Kyu Won tiba, Shin menyanyikan lagu untuknya. Dia memberi isyarat agar Kyu Won datang menghampiri pentas. Sambil diperhatikan penonton, Shin melutut di depan Kyu Won lalu menciumnya.

















No comments:
Post a Comment