YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 8

SINOPSIS

Setelah Kyu Won masuk ke dalam rumahnya, Shin masih berdiri di luar memastikan Kyu Won tidak dihukum datuknya. Kyu Won cuma dimarahi dan dia merayu kepada datuknya agar membenarkan dia menyertai persembahan tersebut sekali itu sahaja.

Persembahan nyanyian Kyu Won yang menarik perhatian ramai orang telah mendapat liputan akhbar. Walaupun berjaya mendapatkan watak utama, Hee Joo masih tidak berpuas hati kerana Kyu Won lebih mendapat perhatian berbanding dia. Ibu Hee Joo menemui Professor Tae dan menyuruhnya menyingkirkan Kyu Won dari persembahan itu agar anaknya mendapat lebih perhatian. Professor Tae merancang mewujudkan dua kumpulan pengurusan persembahan itu. Dia memujuk Yoon Su menyertai kumpulannya tetapi ditolak Yoon Su kerana tidak mahu mengkhianati Seok Hyun.

Shin semakin suka menghampiri Kyu Won. Dia yang dahulunya seorang yang bersikap dingin kini telah berubah kepada seorang yang ceria dan selalu tersenyum. Dia sering mengekori Kyu Won ke mana sahaja sehingga membuatkan Kyu Won kurang selesa. Satu hari Kyu Won mabuk. Dia memberitahu Shin yang dia kesal kerana setiap kali dia mahu melupakan Shin, Shin sering muncul di hadapannya. Shin hanya tersenyum dan menghantar Kyu Won pulang ke rumah.

Rakan-rakan Kyu Won serta band The Stupid telah membuat kejutan hari jadi kepada Kyu Won selepas selesai latihan mereka. Sewaktu ingin pulang, Kyu Won telah terjatuh dari tangga dan dimasukkan ke hospital kerana kakinya terseliuh. Shin menjaga Kyu Won sepanjang dia ditahan di wad. Kawan-kawan mereka datang melawat dan mengajak Kyu Won bermain bunga api di luar sehingga mereka dikejar oleh pengawal. Semua mereka lari dan Shin menolak kerusi roda Kyu Won lalu bersembunyi dari pengawal tersebut. Kini hanya tinggal mereka berdua. Kyu Won terkejut apabila Shin meminta Kyu Won agar tidak berhenti menyukainya.



Background Song OST - See My Eyes (Jung Yong Hwa)












































































































No comments:

Post a Comment