LIE TO ME - Episode 5

SINOPSIS

Ah Jung senang hati mendengar lamaran Ki Joon biarpun hanya untuk berpura-pura. Dia kemudian membuat perjanjian bertulis berkenaan dengan perkahwinan palsu mereka itu. Kini Ah Jung boleh membalas dendam terhadap So Ran dengan menunjukkan betapa dia bahagia dengan perkahwinannya. So Ran yang sebelum itu bercadang untuk berbaik semula dengan Ah Jung, kini berasa sangat sakit hati.

Ki Joon menerima panggilan dari Yoon Ju memberitahu yang dia kini telah berada di Korea. Tanpa membuang msa, Ki Joon segera berlari menaiki bumbung hotel itu di mana Yoon Ju pernah menunggunya di situ suatu ketika dahulu. Sebaik sampai, Yoon Ju benar-benar berada di situ. Mereka bertanya khabar masing-masing.

So Ran mendapati ada kesan lipstik di baju suaminya. Dia naik berang lalu keluar memandu kereta dengan begitu laju sekali. Kemudian dia berhenti di sebuah jambatan melepaskan tekanannya. Kebetulan Ki Joon dan Yoon Ju juga sedang bersiar-siar di kawasan itu. Suasana senyap apabila Ki Joon terlepas menyebut nama Sang Hee. Yoon Ju menyentuh pipi Ki Joon sambil memberitahu dia tidak mungkin mendapat lelaki sebaik Ki Joon. Adegan itu telah disaksikan oleh So Ran. Airmukanya berubah kerana dia pasti bakal menjatuhkan Ah Jung semula. Keesokkan harinya tanpa membuang masa So Ran memberitahu Ah Jung tentang apa yang disaksikannya. Ah Jung tidak percaya lalu segera pergi mencari Ki Joon dan memberi amaran kepada Ki Joon jangan pernah curang.

Sewaktu beredar, Ah Jung terserempak dengan Jae Bum bersama wanita lain di hotel itu. Ah Jung kelihatan terkejut sekali kerana lelaki idamannya yang dianggapnya seorang yang setia, kini curang di hadapan matanya. Dia tidak sanggup untuk memberitahu So Ran kerana dia tidak mahu jadi seperti So Ran. Kecewa dengan itu, Ah Jung mengajak Ki Joon minum bersama. Sesampainya Ki Joon di situ, Ah Jung sudah kelihatan mabuk. Sewaktu pulang, Ah Jung hampir dilanggar kereta namun sempat diselamatkan Ki Joon.

Ah Jung mengajak Sang Hee mencari cincin memandangkan So Ran sering bertanyakan cincin perkahwinannya. Dengan bantuan Sang Hee, Ah Jung berjaya meminjam sebentuk cincin berlian. So Ran menjemput Ah Jung serta rakan-rakan lain menghadiri jamuan kecil di rumahnya. So Ran bengang apabila terpandang cincin berlian yang dipakai Ah Jung. Jae Bum yang baru pulang, panik melihat Ah Jung. So Ran bertanya bila Ah Jung mahu menjemput mereka ke rumahnya. Ah Jung panik.




































































































1 comment:

  1. Casino Tropez Review 2021
    Casino 감사 짤 Tropez offers hundreds of players the 저녁 메뉴 룰렛 chance to play and win. In this review, we look at this 카카오 스포츠 software provider 모모벳 and 사설 바카라 the quality and reputation of

    ReplyDelete